Drama Aku Yang Kau Sakiti telah pun berakhir. Macammana korang setuju dengan ending nya? Apapun usah lah berdendam kerana dendam yang menguasai diri akan membawa padah dan banyak kesan buruk dari baiknya. Slot Samarinda diteruskan dengan sebuah drama saspen thriller berjudul PEMBURU RAHSIA. Drama ini dilakonkan dengan ramai barisan pelakon yang agak baru. Sebelum ni Scha Elinnea biasanya melakonkan watak yang ceria, manja dan pernah menjadi heroin dalam Drama Sitiktok. Namun drama Pemburu Rahsia ini banyak bermain dengan emosi dan espresi wajah.
Tak kurang hebat dengan ada nya Intan Najuwa! Suka lakonan pengantin baru ni. Lakonan beliau semakin matang dan bersahaja! Kemunculan pelakon senior Haliza Misbun pasti memberi kekuatan pada drama ini.
Sinopsis Drama PEMBURU RAHSIA
Kerana tajamnya lidah akhirnya mengundang padah!
Sebuah drama saspen thriller mengisahkan Damia (Scha Elinnea) seorang gadis instafamous yang terkenal di Sekolah Tengku Karim telah ditemui mati di Malam Seluhur Kasih. Damia dipercayai membunuh diri kerana terlalu tertekan akibat menjadi mangsa buli di media sosial.
Aku tak rasa Damia mati bunuh diri!
Kakak tirinya, Alia (Intan Najuwa) pulang ke Malaysia dari Sunderland untuk menyiasat kes berkenaan. Alia yang menerima dm daripada akaun tidak diketahui itu ternyata melayan dan cuba mencari tahu apa yang terjadi.
Kenapa you sanggup buat macam tu! Kenapa you malukan Damia? – Alia
Alia terima panggilan misteri
Alia terima panggilan misteri, kali ini memaksa dia bertindak ke atas Ikmal dan kawan-kawannya. Alia menyerang Ikmal di sekolah dan menuntut penjelasan Ikmal. Ikmal flash back imbauan kembali tentang Damia dan Ikmal sebelum kematian Damia.
Elijah pula berkenalan dengan seorang lelaki misteri di Instagram. Shaqir, Bella dan Elijah dihantui gangguan misteri. Ikmal pula diserang dan hampir dibunuh selain menerima ugutan supaya mengaku dia punca kematian Damia. Madam Mariam begitu panik, kes tersebut.
Keadaan makin genting bila munculnya seorang pembunuh misteri yang ingin menuntut bela atas kematian Damia. Siapakah dia? Apa akan terjadi? Siapa sebenarnya pembunuh Damia? Benarkah Damia mati bunuh diri? Rahsia apa yang bakal dibongkarkan?
Setiap orang ada RAHSIA Kerana satu kematian, rahsia silam kembali menghantui Terkadang ada RAHSIA yang harus kekal sebagai RAHSIA sampai bila-bila
Siapa sebenarnya Pemburu Rahsia Secret Keeper Pembunuh Damia ?
Soalan yang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya Secret Keeper Adakah secret keeper pembunuh Damia? Adakah Mak Damia tapi apa pulak motif Mak Damia nak bunuh anak dia sendiri lak kan? Sedangkan Mak Damia pun kemurungan, tak percaya Damia bunuh diri.
Adakah secret keeper tu Waiz? Sebab Waiz pun suka kat Damia dan Secret Keeper takde pun bagitau Alia apa yang Waiz dah buat kat Damia. Macam ya kann? Tapi .. cubaan membunuh Waiz sampai Waiz sendiri hampir nak mati kena tanam dalam tanah. Dan Mak Waiz meninggal lemas angkara Secret Keeper. Macam tak logik jugak kan?
Ker antara mereka juga? Alia kot? Ker Mak Jah? Dia marah semua orang kacau cucu dia. HAhaa… OK tipu sangat dah nih Atau mungkin kawan Mak Damia? Ker Alia komplot dengan Waiz, dua-dua tu secret keeper? Misteri sungguh , mendebar-debar kan tunggu episod akhir
Drama ini menggabungkan elemen-elemen cerita yang mengujakan, ketegangan, dan pengungkapan misteri yang mengasyikkan, sambil menggambarkan seorang pemburu rahsia yang berusaha mengejar keadilan dan kebenaran. Selain daripada elemen- elemen aksi, drama ini juga mengeksplorasi hubungan antara watak-watak utama dan mendedahkan rahsia-rahsia peribadi mereka yang sebelum ini tersembunyi.
Secara keseluruhan, #PemburuRahsia adalah drama yang menggabungkan elemen misteri yang serba cepat dan watak-watak yang kompleks, menjadikannya tontonan yang menarik untuk peminat siri televisyen yang mencari cerita yang berintelek dan mengasyikkan. Selamat menonton!
Looks like an interesting drama with a thrilling storyline. The detailed synopsis gives a great insight into what to expect. Excited to watch how the mystery unfolds
thanks for the helpful information
Looks like an interesting drama with a thrilling storyline. The detailed synopsis gives a great insight into what to expect. Excited to watch how the mystery unfolds