Buat Ernie Zakri, tahniah di ucapkan! Pertama kali Nina tengok lakonan beliau, ternyata Ernie punya bakat lakonan semulajadi dan andai di asah lagi pasti jadi artis serba boleh! Sinopsis Drama SURI KATRIANA
Akhinya tamat drama bersiri bak telenovela sinetron yang panjang – Drama Puteri yang Di Tukar (lama sungguh nak tahu ending dia) HAhaa… Dan kini diganti pula dengan naskah hebat dari MIG Production Sdn Bhd, sentuhan hebat dari (Pali Yahya).
Naskah hebat SURI KATRIANA ini penuh emosi dengan penceritaan kisah dendam, khianat, percintaan, kasih sayang terhadap ibu dan ayah. Kisah hidup Suri Katriana dari kebahagiaan menjadi dendam
Sinopsis Drama SURI KATRIANA
Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.
Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).
Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya.
Kau tak akan pernah rasa kehilangan sebab tu kau tak tahu makna keperitan” – Suri
Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.
Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?
Biarkan aku hilang segalanya, asalkan kesakitan aku terbela ” – Katriana
Drama bersiri Suri Katriana akan ditayangkan di Astro Prima slot Tiara bermula 30 Oktober 2019. Dibintangi oleh Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman, dan ramai lagi. Drama 49 episod arahan Pali Yahya. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
JUDUL : SURI KATRIANA
EPISOD : 49 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara Astro Prima
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani
WATAK PELAKON
Ernie Zakri sebagai Suri
Ummi Nazeera sebagai Katriana
Aishah Azman sebagai Yasmin
Nadiya Nisaa sebagai Saerah
Ezzaty Abdullah sebagai Edora
Zul Huzaimy sebagai Faizal
Nazim Othman sebagai Daniel
Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
Eleena Sui sebagai Amanda
Ryzal Jaafar sebagai Rizal
Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)
LAGU TEMA / OST
Ernie Zakri – Sinar Mata Hati
Sebuah naskah yang hebat. SuriKatriana , mengangkat tema kesihatan mental yang selalu kita dengari , tetapi kurang difahami.
Melalui naskhah ini, korang akan dapat lihat secara visual apakah antara contoh penyebab, petunjuk dan simptom yang dialami oleh seseorang yang menghidap BIPOLAR = kecelaruan emosi.
Selain itu, korang juga akan dapat lihat antara contoh kesan buruk yang akan berlaku kepada seseorang yang menghidap bipolar sekiranya tiada diagnosis dibuat atau tiada rawatan untuk meneutralkan mood diambil.
Suri dan Katriana , adalah figura yang diketengahkan sebagai penghidap bipolar menerusi drama ini. Kot korang terlepas episod, korang boleh laaa Tonton Online Drama SURI KATRIANA Astro Gempak ehh… Lakonan pelakon lain memang membuatkan drama ni lebih padu hasilnya. Suka tengok!
Comments (4)