Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK
May 16, 2022August 4, 2022

AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

Isi Kandungan hide
1 AEON BERKOLABORASI DENGAN OMAR HANA PERKENALKAN LIMA PILIHAN ONIGIRI UNTUK KANAK-KANAK
2 AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK
3 Onigiri – Idea bekal sekolah yang mudah, comel, mengenyangkan!
4 Related posts:
5 Adab Menguap ... Huarghhh ......tutup mulut tau nanti lalat masukkkk!! Hehee
6 SSPN-i Plus bukan sekadar Skim Pendidikan Terbaik TAPI ....
7 APA ITU SUMAC ? Betul ke bagus untuk kesihatan. Ketahui kelebihan kebaikan manfaat nya
8 Pizza Simple Roti Pita

Sebut aje Omar Hana bebudak sure kenal. Kartun animasi yang cukup popular ditayangkan di Astro karya dari Digital Durian. Hebat penangan Omar Hana ni. Paling Nina suka opkos olahan islamik yang diterapkan, sangat positif!

Anak-anak Nina banyak belajar dari siri-siri Omar Hana. Antara ayat paling popular “Alhamdulillah” dan banyak lagi ayat-ayat serta doa dan cara hidup, personaliti yang baik yang anak hafal serta pelajari dari Omar Hana. Kalau anak-anak pasang kat Youtube seharian siri Omar Hana pun Nina tak kisah.  Lebih 5 tahun laaa anak-anak ngadap Omar Hana sampai Nina pun dah hafal dialog dan karektor lain dalam  siri Omar Hana. Kita yang dah tua pun seronok nonton!

AEON BERKOLABORASI DENGAN OMAR HANA
PERKENALKAN LIMA PILIHAN ONIGIRI UNTUK KANAK-KANAK

AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

Sabtu lepas bertempat di AEON Shah Alam, Nina berkesempatan turut serta di majlis pelancaran 5 perisa baharu dalam rangkaian produk onigiri untuk pasaran kanak kanak dan turut diwakili oleh watak di dalam animasi Omar & Hana.

  • Kacang Merah (Red Bean) diwakili oleh Omar
  • Kacang dan Coklat (Choco Peanut) diwakili oleh Hana
  • Kentang dengan mayonis (Potato Mayo) diwakili oleh Sara
  • Tuna dengan mayonis (Tuna Mayo) diwakili oleh Yuki
  • Ketam dengan mayonis (Kani Mayo) diwakili oleh Indra

 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi AEON CO. (M) BHD.; Dr Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON CO. (M) BHD.; Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat  Pemprosesan Makanan AEON; Sinan Ismail, CEO & Pengasas Digital Durian dan Izrol Izuddin Ahmad, Pengurusan IP Tempatan & Pembangunan Perniagaan Astro.

Menurut Sunny Setiawan, “Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan kumpulananimasi terkenal Omar & Hana untuk memasarkan rangkaian onigiri dengan perisa terbaharu kami. Usaha sama ini merupakan salah satu langkah AEON untuk menggiatkan pembangunan produk asimilasi Malaysia-Jepun dan kami yakin produk ini mampu mendapat sambutan yang baik dari para pelanggan AEON dan peminat Omar & Hana sendiri,”

AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

Pemilihan produk onigiri sebagai pencetus kolaborasi ini juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan budaya makan makanan sihat dan berkhasiat di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Onigiri juga merupakan makanan dari Jepun yang bukan sahaja boleh dimakan segera malah mengenyangkan. Justeru, AEON ingin membawa corak dan budaya pemakanan yang sihat ini di negara kita.

‘Kami ingin jadikan AEON sebagai duta kecil Jepun di Malaysia yang dapat memperkenalkan dengan lebih dekat budaya positif masyarakat Jepun. Produk yang akan dihaslkan oleh AEON Delicatessen ini juga adalah disahkan halal oleh JAKIM.’ ujar beliau lagi.

Paling seronok masa event tuu turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot Omar dan Hana!
Sakan seronok Eilhan dan Eicha bergambar. Nina pun tumpang sekaki! HAhaaa

AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

Onigiri – Idea bekal sekolah yang mudah, comel, mengenyangkan!

Nina dan anak-anak dah rasa Onigiri dan paling suka rasa Tuna.
Menariknya Onigiri, packaging nya comel  bentuk segi tiga. Onigiri ni   ianya sesuai buat bekal anak sekolah. Ready to eat , mudah keje MakMak kannn ..

Portion pun sesuai, tak terlalu banyak atau terlalu sikit untuk budak sekolah rendah. Kalau sekolah menengah rasanya kena bawak 2 kot. Tapi Eilhan tuu selamba 2 pack dia makan.  Ker anak Nina yang makan banyak? HAhaaa
Sedap katanya! Menepati selera

Opkos laaa korang boleh je beli di memana AEON yang berhampiran kawasan korang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
• Facebook: AEON Retail Malaysia
• Instagram: AEON Retail Malaysia
• Twitter: AEON Retail Malaysia
• LinkedIn: AEON Group Malaysia
• Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com

AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

Okies sedikit info tentang Omar dan Hana
Omar & Hana adalah animasi berteraskan islamik Nombor 1 di Malaysia. Bermula pada tahun 2017, Omar & Hana kini telah berjaya mendapatkan lebih dari 6 Juta langganan di YouTube dalam semua bahasa. Selain di Malaysia, Omar & Hana juga ditonton di serata dunia dan telah dialih suara ke Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan juga Bahasa Urdu. Hebat kannn?

Jom ikuti media sosial Omar & Hana di:
Youtube : https://www.youtube.com/c/OmarHanaLaguKanakKanakIslam
Instagram : https://www.instagram.com/omardanhana
Facebook : https://www.facebook.com/OmarDanHana/
Twitter : https://twitter.com/omardanhana
Tiktok : https://www.tiktok.com/@omarhanaofficial

So buat yang belum pernah rasa Onigiri. Nina sarankan korang dapatkan di AEON segera!
Cuba jangan tak cuba..

Related posts:

Adab Menguap ... Huarghhh ......tutup mulut tau nanti lalat masukkkk!! Hehee

SSPN-i Plus bukan sekadar Skim Pendidikan Terbaik TAPI ....

APA ITU SUMAC ? Betul ke bagus untuk kesihatan. Ketahui kelebihan kebaikan manfaat nya

Pizza Simple Roti Pita

Lifestyle Parenting Review AEONAEONOmaHanabekal anak sekolahBekal NutrisiHalal FoodHealthy FoodKids Menumakanan sihat untuk anakmenu anak susah makan nasimenu anak-anakmenu sihatOmar & HanaOnigiriRaya Penuh MaknaReady To EatTravel Food

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Marina says:
    May 17, 2022 at 10:41 am

    Nak tryla nanti. Potato mayo macam best

    Reply
  2. varunnarula says:
    May 31, 2022 at 6:03 pm

    Nice information shared here.

    Reply
  3. Pingback: Inisiatif AEON KPDNHEP PJKM Program Jualan Keluarga Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes