Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

EM DRINK PLUS khasiat kebaikkan bantu tingkatkan imuniti badan semua usia
May 18, 2022March 24, 2023

EM DRINK PLUS khasiat kebaikkan bantu tingkatkan imuniti badan semua usia

EM DRINK PLUS khasiat kebaikkan bantu tingkatkan imuniti badan semua usia

Isi Kandungan hide
1 Khasiat dan manfaat EM DRINK Plus Advance
1.1 Bahan kandungan dalam EM Drink + Advanced
2 Related posts:
3 Mee Hoon Goreng Hailam
4 Ayam Goreng Mix Herb
5 Bahaya GLAUKOMA! Jika dibiar boleh BUTA
6 Lepas ni order Ayam BISMI jer laaa... Sebab . . .

“Mama, Eicha selesema laa..” – sambil dok gonyoh-gonyoh hidungnya.

Oh no.. Eicha ni memang mudah kena selsema. Sejak dah start sekolah ni lagi laaa risau!
Anak Nina yang bongsu Eicha mudah dapat selesema. Memula gatal hidung dok gonyoh-gonyoh pastu mula laaa hidung berair. Jenuh aihhh kalau dok nak disuapkan ubat je kannn? So Nina fikirkan solusi lain selain ubat untuk Eicha.

Anak Tulis Terbalik DISLEKSIA DYSLEXIA

Kebelakangan ini dok dengar pelbagai wabak menular di kalangan kita. Sebelum ni satu dunia dilanda C0vid19 dan dalam fasa endamik kini kita perlu lebih titikberatkan imuniti badan kita teruatama kanak-kanak. Dan baru-baru ni HFMD pulak.

Ya risau risau risau!
Buat yang ada anak kecil kat rumah lagi laaa risau sebab ianya penyakit yang mudah berjangkit dikalangan kanak-kanak. Bukan kaleng-kaleng sakitnya. Melepuh dalam mulut, kaki dan tangan. Ulser banyak dalam mulut so surely anak tak mo makan. Kemungkinan anak hydrated boleh terjadi dan ini menyebabkan komplikasi lebih teruk yang perlu dirujuk ke hospital. Huhuuu.. Mengelak sebaiknya!

Jujur cerita, anak-anak Nina dah lama nau Nina cutikan mereka dari pergi sekolah. Dok rumah join Tuisyen Online FLYHIGH je sokmo.  Tapi sejak fasa endamik ni kuatkan hati dan berserah pada Allah. Tapi tetap risau bila anak mula menunjukkan tanda kurang sihat. Teruatama Eicha dan Eilhan. Keduanya baru berusia 5 tahun dan 8 tahun. Dan lagi bila tengok list tidak hadir dalam kelas mereka ramai yang tidak sihat,  lebih banyak bakul-bakul pesanan untuk mereka sebelum pegi sekolah. HAhaa.. semua MakMak pun sama kann?

PUNCA IMUNISASI BADAN LEMAH DAN MUDAH MENGHIDAP PENYAKIT

  • Terdedah dengan kawasan orang ramai dan sesak.
  • Pemakanan yang tidak seimbang dan berunsurkan chemical.
  • Bercampur dan sering bertukar pengambilan ubat dan supplement.
  • Penghasilan bakteria baik terbantut dan semakin perlahan.

Okies citer pasal punca imuniti lemah ni, setakat mengelak kawasan sesak ok je, elakkan makanan ada chemical pun ok, jangan campur aduk suplement pun ok cuma yang terakhir tuu nak tingkatkan penghasilan bakteria baik tuu yang cam blur blurrr..

Lepas terbaca cerita Saidila sakit dia berkurangan lepas consume EM Drink, Nina teruja nak cuba EM DRINK Plus Advance yang Nina pegang tuuu
Betul ke bagus?
Memang berkesan ke tingkatkan imuniti badan?
Bakteria baik vs bakteria jahat tuu penting ehhh?
Haishhhh . . . banyak persoalan yang bermain dalam minda nih..
Serasi ke produk ni ngan Nina nanti? Tak cuba tak tahu kannn…
Ok, share ngan korang gak laaa alang-alang benda baik untuk kesihatan, kita share is caring

EM DRINK TU AIR APA?

EM DRINK adalah minuman Bio Organik yang dihasilkan melalui proses fermentasi (penapaian) bagi mewujudkan effektive microbes (bakteria baik).

EM Drink+ Advanced merupakan minuman berasaskan bakteria baik hasil kultur campuran daripada penapaian micro-organisms hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria jahat, sekaligus membantu meningkatkan antibodi dalam badan.

EM DRINK PLUS khasiat kebaikkan bantu tingkatkan imuniti badan semua usia

Sebab itu, dengan pengambilan secara berterusan kita akan kekal aktif dan sihat, kerana kandungan EM Drink+ Advanced sendiri membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik serta imunisasi badan yang lebih tinggi.

Khasiat dan manfaat EM DRINK Plus Advance

Okies kita ringkaskan, apa sebenarnya kandungan dan kelebihan EM Drink+ Advanced ini

  • Mampu meningkatkan antibodi tubuh badan manusia.
  • Merawat serta mencegah penyakit bawaan virus seperti Selesema, Demam, Batuk, Sakit Tekak, Ulser serta Kulit.
  • Kekal Cergas, Aktif serta tidak mudah terkena jangkitan yang menyebabkan sesuatu penyakit.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Tiada kandungan gula tambahan. Ya, sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

Keajaiban EM Drink+ Advanced ini, mengadungi sekurang-kurangnya 8 Juta Bakteria Baik yang hidup dalam setiap 1mL. Ya, bakteria hidup. Boleh dijadikan Sanitizer dengan campuran sedikit air.
Merawat semua jenis permukaan kulit atau luaran.
Tiada dos atau had penggunaan kerana EM Drink bukan ubat.

Masa Eicha selsema hari tu, Nina bagi dia minum separuh cup kecik Em Drink tuu waktu pagi dan sekali algi waktu malam sebelum tido. Relax je dia minum. Sedap katanya. Manis masam! Halah hallahhh… Pandai kritik yaa? HAhaa

Besoknya selsema dia takde dah. Macam magic je!
Alhamdulillah serasi ngan Eicha. Lega hati seorang emak.
Yelah bukan apa … Budak kecik kann tidak digalakkan minum ubat selsema atau batuk. Nina sendiri pun ada dah cuba dan serasi nagn Nina. Dari rasa nak demam, lepas minum dalam secawan dua, acah-acah nak demam pun tak jadi datang.

Tu testimoni Nina.. Nah tengok testimoni orang lain.

EM DRINK PLUS khasiat kebaikkan bantu tingkatkan imuniti badan semua usia

EM DRINK Plus khasiat kebaikkan

FUNGSI EM DRINK adalah untuk meningkatkan imunisasi consumer seterusnya bertindak merawat penyakit terutama bawaan virus dan bakteria

APA RASA AIR EM DRINK NI?
EM DRINK mempunyai rasa masam seperti rasa cuka epal tapi tidak sekuat rasa masam cuka epal. Rasa masam lebih lembut dan sedikit manis

BERAPA BANYAK NAK KENE MINUM EM DRINK?
Pesakit Covid digalakkan minum 1 botol sehari selama 4-5 hari berturut-turut. Untuk imuniti, boleh minum 1 Cup 3x sehari. Sila rujuk pengedar sah EM DRINK untuk lebih detail

ORANG SIHAT BOLEH MINUM AIR NI?
EM DRINK sesuai untuk diminum oleh semua peringkat usia sejak kecil hingga warga emas. Samada sihat atau mempunyai masalah kesihatan

EM DRINK PLUS khasiat kebaikkan bantu tingkatkan imuniti badan semua usia

Bahan kandungan dalam EM Drink + Advanced

Air Suling
Tebu hitam
Ragi
Effective Microbes

Antara bahan-bahan terbaik yang terkandung dalam EMD+ antaranya tebu hitam.

Khasiat tebu hitam pada kesihatan

1. Membantu mengawal gula dalam darah (diabetes) kerana mengandungi pemanis semulajadi yang menjadikannya lebih baik berbanding gula biasa.
2. Membantu mencegah strok dengan pengambilan yang berterusan menjaga metabolisma badan.
3. Membantu melawan kanser kerana tebu hitam kaya dengan antioksidan. Antioksidan bertanggungjawab melindungi diri daripada kerosakan sel yang disebabkan radikal bebas yang tidak efektif dalam badan.
4. Membantu mengurangkan tekanan. Sangat sesuai yang mempunyai masalah kegelisahan (anxiety)
5. Membantu melindungi dari jangkitan kerana mempunyai sifat anti-radang dan anti-septik. Anti-septik berkesan memperlahan atau menghentikan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat
6. Merupakan ubat semulajadi melegakan batuk.

EM DRINK PLUS khasiat kebaikkan bantu tingkatkan imuniti badan semua usia

Website : https://emdrinkplus.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/EmdrinkLover/
Instagram : https://instagram.com/emdrinkplus_hq

100% organik tanpa chemical.
Kerana EM Drink+ Advanced bukanlah ubat mahupun supplement, tetapi bakteria hidup yang diperlukan badan serta kawasan persekitaran. EMD+ adalah alternatif bagi sesapa yang tidak mahu makan ubat.

Selamat mencuba!

Related posts:

Mee Hoon Goreng Hailam

Ayam Goreng Mix Herb

Bahaya GLAUKOMA! Jika dibiar boleh BUTA

Lepas ni order Ayam BISMI jer laaa... Sebab . . .

Lifestyle Parenting Review Bakteria baikBakteria jahatCara minum EM DRINKCara tingkatkan imuniti badanEM DRINK PLUSKebaikkan EM DRINKKhasiat EM DRINKKhasiat Tebu HitamOrganikPrebiotik

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. Rawlins GLAM says:
    May 20, 2022 at 3:46 pm

    Menarik gak EM Drink nie ye. Memang zaman2 sekarang nie better jaga diri dengan mengambil supplemen sebegini kan.

    Reply
  2. Ezna says:
    May 20, 2022 at 5:12 pm

    Sekarang ni nak kena minum / makan produk kesihatan untuk menjaga kita dari terkena penyakit yang tak sepatutnya. Sis baru tahu ada tebu hitam ye? Sis tahu tebu warna hijau ajer.

    Reply
  3. farah says:
    May 21, 2022 at 11:04 am

    wahhhh thank you for sharing =D. bagus untuk kesihatan minuman macam ni =D

    Reply
  4. ienaeliena says:
    May 23, 2022 at 1:44 am

    Menarim ni Em Dring Plus ada 8 juta bakteria baik dalam. 1ml. Bagus ya banyak khasiat nya. Kalau rasa masam masam cuka apple tu boleh makan la. Sedap jugak tu

    Reply
  5. huda says:
    May 23, 2022 at 10:03 am

    wah betul-betul berkesan lah minuman ni. rasa nak beli juga untuk stok kat rumah, boleh amalkan bila anak tak sihat ke nanti

    Reply
  6. Sunshine Kelly says:
    May 25, 2022 at 3:47 am

    Bagus juga minuman ni, banyak khasiat, natural, dan sesuai untuk whole family. Nanti kita nak check out juga.

    Reply
  7. Saidila Abdul Rahman says:
    May 26, 2022 at 8:01 pm

    Ai pun ambil Em Drink ni Nina pastu ambil time betul2 sakit. So pendek kata memang kena ada stok sebagai rawatan kecemasan kalau sakit. Dan ianya memang berkesan .

    Reply
  8. Rolling Grace says:
    June 1, 2022 at 11:51 am

    wow it seems like this EM drink comes with so many amazing health benefits for the body. cant wait to try this for myself one day!

    Reply
  9. Pingback: EM DRINK PLUSS Berkesan Bantu Tingkatkan Antibodi Badan -

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes