Biskut Raya apa favorite korang? Kalau biskut Raya tradisional Nina paling suka Biskut Samperit atau ada gak yang panggil Biskut Dahlia. Sebab kejadiannya bentuk Bunga Dahlia kot. Tapi sebenarnya Nina lagi suka yang tak de bunga. Hok yang papan jer tu… Oldschool sangat kannn..?? Resipi Biskut Raya Dahlia Samperit
Tapi memandangkan Biskut Dahlia lagi cantik, maka kena laaa bikin style gini gak. Ramai yang suka warna warni kann..? Kalau tanya Nina sejujurnya Nina lagi suka warna asli. Tapi … Taste memasing, ada suka cantik ada yang sukakan asli tanpa bahan tambahan. Tak mo gadoh pasal ni yeaa…
Jom tengok resipi dan TIPS penting agar biskut Dahlia kekal cantik bentuknya, sebab ada yang buat lepas bakar penyek jatuh sudah bentuknya. Usah nangis eh… Meh try TIPS akak Nina comey lak eh.. moga ianya membantu ramai akak-akak, MakMak luar sana.
Resipi Biskut Raya Dahlia Samperit Susu Sedap gerenti jadi – wajib cuba buat !
Resipi Biskut Dahlia | Samperit Susu Sedap
Bahan-bahan
500 gram buttercup
½ cawan susu pekat manis
6 sudu besar gula aising – di ayak dulu
1 sudu besar esen vanilla
2 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil pewarna kegemaran (nak original tak payah buh pun)
Cara buat
1. Mula-mula satukan butter, susu pekat manis, gula aising, esen vanilla dan pewarna. Kacau sebati pakai senduk jer
2. Kemudian masukkan tepung jagung diikuti dengan tepung kastad. Uli bagi sebati.. Nanti adunan ni akan melekat-lekat siikit kat tangan. Tak pe..
3. Lepas tu masukkan tepung gandum sikit-demi sikit. Ikut arahan eh… Jangan lak buh semua tau! Uli doh sebati. Jangan keras sangat, jangan lembik sangat.
4. Pastu buh dalam piping, bentukkan ikut bunga idaman korang. Nak tinggi ke, nak mekar mewangi ke, ikut suka! Dah bentuk REHATKAN ADUNAN DALAM FRIDGE (bukan yang beku tau) 10 MINIT. Agak-agak dah keras bunga tak jatuh pass laaa tu…
5. Masa rehatkan adunan, korang siap-siap laaa panaskan oven. Dalam 10 minit, suhu 170c.. Dah 10 minit, keluarkan adunan dalam fridge tadi dann bakar selama 20 minit. Dah siap simpan dalam bekas kedap udara. Pastu sorok dalam gobok. Nak Raya nanti baru hidangkan. Ok tipu Hidang laaa bagi makan sekeluarga. Sedap bikin lagi…
Kalau tanya Nina, lagi suka hok gini. Lurus bak pembaris gitu. Senang buat dan senang nak di susun dalam bekas. HEhee .. . .
Okey, senang jer kannn buat Biskut Raya Dahlia Samperit Susu ni..? Sedap, mudah dan senang jer bahan nya. Kot korang nak open for order pun boleh. Kot kot boleh buat duit baju raya liplap liplap vogue tahun ni. Meletop you!
Happy Baking..!!
Comment