Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

TIPS Cara Setting AirCond Jimat Bil Elektrik
March 6, 2021June 27, 2023

TIPS Cara Setting AirCond Penghawa Dingin ini dapat Jimat banyak Bil Elektrik

Sekarang ni cuaca panas terik kannn? Dengan cuaca yang panas, angin pun rasa panas. Bahang! Korang rasa yang sama tak? Paling ketara waktu tengahhari semasa jemput anak balik sekolah. Alahai… dengan panas terik akan buat kita rasa lebih cepat penat dan tak bermaya kann malah rasa macam nak cepat marah pun ada! Rumah yang ada aircond, tentu akan on je aircond. Rugi lah tak on kann? Tapi bila on, bil eletrik memang lah akan melambung tinggi sebab aircond antara barangan eletrik yang menggunakan tenaga eletrik yang tinggi. Ketahui tips cara setting aircond supaya jimat eletrik.

Isi Kandungan hide
1 TIPS Cara Setting AirCond ini dapat jimat bil eletrik
1.1 Memilih kapasiti aircond Horsepower (HP) yang tepat mengikut saiz ruang
1.2 Gunakan Aircond Dengan Teknologi Inverter
2 TIPS Cara Setting AirCond
2.1 Apa itu Dry Mode dan Cool Mode
2.1.1 Set remote DRY mode
2.2 Tetapan suhu yang betul
2.3 Pasang Aircond , Tutup KipasBaru Jimat Bil Elektrik
2.4 Tutup Suis Utama
2.5 Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan.
2.6 6 ke 9 bulan sekali servis aircond
2.7 Related posts:
3 RESEPI TAUGEH | Ketahui Cara Tanam dan Khasiat amalkannya
4 Semestinya Kasut Sekolah PALLAS !!
5 Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan
6 Info tentang ROTAVIRUS

Tidak dinafikan dengan adanya aircond dalam rumah memberi rasa nyaman, selesa buat penghuni rumah. Suasana yang sejuk membuatkan emosi dan mood yang lebih relax. Namun contranya sedikit sebanyak kos bulanan membebankan bila hujung bulan bil eletrik melambung. Stress pulak! Huhuuu..

Dah pasang AirCond ni, bil elektrik pulak melambung tinggi!
Macammana nak jimat kan bil elektrik?
Tak pakai aircond panas lah pulak, takkan dah beli tak on?
Ada cara atau TIPS tak nak setting kat aircond ni?

TIPS Cara Setting AirCond ini dapat jimat bil eletrik

Actually Nina pun terfikir yang sama!
Berikut Nina kongsikan beberapa tip mudah untuk meningkatkan kecekapan penyaman udara. Ia bukan sahaja akan membantu menjimatkan bil eletrik tetapi juga mengurangkan penggunaan tenaga. Mmm… menarik kann?

So moh ler kita sesama hadam dan praktikkan TIPS cara setting aircond / Penghawa Dingin di rumah kita. Moga dengan langkah bijak ini dapat lah jimat bil elektrik bulanan nanti. InsyaAllah

Memilih kapasiti aircond Horsepower (HP) yang tepat mengikut saiz ruang

Buat yang baru nak beli aircond, faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah kapasiti penyejukan – ia bergantung pada keluasan bilik atau ruang rumah korang. Kapasiti penyaman udara yang rendah mungkin tidak akan cukup untuk menyejukkan bilik yang besar so aircond terpaksa bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang dikehendaki dan ini akan menaikkan kadar elektrik.

Namun jika kapasiti penyaman udara yang terlalu tinggi pula, ia mungkin menyejukkan ruang rumah korang dengan lebih cepat tetapi kawasan anda akan berasa lembap dan apabila ia dimatikan tidak ada masa yang mencukupi untuk mengeluarkan kelembapan.

Bagi kebanyakan bilik, penyaman udara yang berkapasiti antara 1.0HP hingga 2.0HP sudah mencukupi. Selain daripada saiz bilik, faktor lain yang perlu diambil kira adalah seperti ketinggian siling, cahaya matahari dan juga bilangan penghuni. Jadi, sekiranya kita dapat mengurangkan pergerakan compressor, maka kita pasti dapat jimatkan lagi penggunaan elektrik.

Gunakan Aircond Dengan Teknologi Inverter

Yang baru nak beli disarankan beli model terkini yang ada teknologi Inverter. Tapi yang mana aircond dah berpuluh tahun tuu elok lah ganti baru yang dilengkapi dengan teknologi inverter! Inverter berfungsi untuk menstabilkan penggunaan motor atau compressor aircond korang. Jadi, bila compressor makin stabil, bil elektrik juga makin terkawal.

Satu tips lagi, inverter pula hanya akan berfungsi sepenuhnya selepas suatu tempoh yang panjang dan kebiasaannya selepas 4 jam. Jadi, dengan teknologi inverter ini korang tak perlu terlalu risau kalau nak on aircond pada tempoh yang lama.

TIPS Cara Setting AirCond

Apa itu Dry Mode dan Cool Mode

Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Betul tak?

TIPS Cara Setting AirCond Jimat Bil Elektrik

Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji. Set remote pada DRY mode (tanda air bukan tanda snow) dengan suhu 24’c atau 25’C. Jika tak selesa juga, set remote 22’C COOL kemudian tukar mode pada DRY.

Set remote DRY mode

DRY mode akan mendapatkan anggaran penjimatan 50% dari COOL mode kerana compressor kurang bekerja. Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting kita pun tak mudah selesema.

Tetapan suhu yang betul

Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih.
24°C ialah suhu paling sesuai dan selesa untuk tidur malam, jadi korang tidak perlu menetapkan ia pada 18°C. Jika korang set remote pada 16°C pun, suhu terendah yang anda dapat mungkin 19°C sahaja tetapi compressor bekerja non-stop, yang menyebabkan bil letrik yang tinggi!

Lain pula kalau ia ditetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas.

Secara teorinya korang akan jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik. Ada yang cadangkan pada 30 minit pertama tetapan suhu 18°C dan bila bilik dah sejuk, tukar suhu pada 24°C.

Pasang Aircond , Tutup Kipas
Baru Jimat Bil Elektrik

Pastu lepas setting yang betul, kita kena tutup kipas!
Ya tutup kipas. Perasan tak kenapa kat office atau bilik hotel sejuk dia rasa nyaman jer kann…?

Okey, secara mudah faham bila kipas pasang kita akan rebakkan / tolakkan aliran sejuk air cond yang on tu ke seluruh tepi penjuru ruang tersebut. Maka idok ler rasa sejuk. Mudah kann?

Kat mana Homestay murah Kuala Lumpur? KL Guest House BEST

Tutup Suis Utama

Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Yang mana suis nya rendah, lebih afdhal korang cabut terus plug. Sebenarnya secara tak langsung tabiat menutup suis utama ini korang telah jimat 10 peratus daripada jumlah penggunaan elektrik di rumah!

Walaupun dah tutup aircond menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa disedari. So lepas ni cabut semua plug suis yang mana tidak on sebelum korang tidur atau keluar rumah. Nina amalkan cara ini memang nampak perubahannya.

Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan.

Penapis aircond atau nama omputeh nya filter ni boleh dibersihkan sendiri. Sekiranya penapis atau filter kotor, ia boleh mengurangkan kecekapan fungsi penyaman udara. Apabila terlalu banyak habuk terkumpul di penapis, ia boleh menyekat dan melambatkan aliran udara dan menjadikan aircond korang kena bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga. Akibatnya, bil elektrik anda akan meningkat! Bukan itu aje, jangka hayat aircond pun lebih pendek umur.

6 ke 9 bulan sekali servis aircond

Walaupun korang dah rajin dok cuci sendiri filter, korang tetap kena panggil orang servis aircond datang rumah service aircond korang. Mereka ini memang pakar dalam bidang mereka. Tanpa penyelenggaraan berkala ini , ia tidak akan keluarkan angin yang sejuk. Ini akan membuatkan kita asyik menukar tetapan suhu pada aircond. Padahal, mungkin puncanya berbeza seperti penapis yang kotor akibat habuk atau kurang gas. Servis  secara berkala ini penting agar aircond tidak cepat rosak.

Ketahui tips jimat eletrik yang korang boleh cuba praktikkan sebab cara ini memang berkesan!

Cuaca panas sangat sekarang ni kan, harap info ni dapat membantu korang.
Perkongsian bermanfaat ini Nina olah daripada Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar dan web acson mengenai cara penggunaan aircond yang jimat agar bil elektrik kita tidak melambung setiap bulan.
SILA SHARE moga ramai lagi tahu TIPS bijak ini dan sesama berjimat.

Nanti dah jimat, bajet extra tu simpan ler tepi, nanti boleh laa pegi Cuti-Cuti Malaysia!

Related posts:

RESEPI TAUGEH | Ketahui Cara Tanam dan Khasiat amalkannya

Semestinya Kasut Sekolah PALLAS !!

Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan

Info tentang ROTAVIRUS

Tips Bil Elektrik Melambung TinggiCool ModeDry ModeTIPS Cara Setting AirCondTIPS Cara Setting Penghawa DinginTips dan Petuatips jimat kan elektrik

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. Ai says:
    March 8, 2021 at 8:59 am

    Aduhhh patulah bil tinggi. Ai buka aircond dengan kipas sekali.

    Reply
  2. Shariff says:
    March 13, 2021 at 2:01 am

    ni org cakap salah setting bazir elektrik..tq kongsi..

    Reply
  3. Nadia johari says:
    March 16, 2021 at 9:25 pm

    Kita aircond dekat bilik suami je..lain guna kipas..hehee

    Reply
  4. Pingback: Magic Filter Mesin Basuh Apa tu? TIPS Penjagaan washer machine
  5. Pingback: TIPS JIMAT ELETRIK 14 CARA BERKESAN INI DARI TNB
  6. dol says:
    July 26, 2023 at 4:41 pm

    betul ke kalau kita ttup aicond sebelum 8 jam diguna,bil elektrik akan meningkat?

    Reply
  7. che says:
    April 16, 2024 at 3:28 pm

    sharing yang baik..baru best nak baca..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes