Magic Filter. Apa tu Magic Filter? Tahu tak? Pernah dengar tak? Hah! Benda alah nie ada dalam semua washer machine. Cuma magic filter mesin basuh ni reka bentuknya berlainan antara jenama washer machine cuma fungsi nya sama.
Kalau tak pernah tengok, cer pegi kat korang punya washer machine dan perhatikan kat dalam washer machine akan nampak benda alah ni kat dinding tab. Ada tak? Try tanggalkan dan bukak tengok…
Apa fungsi Magic Filter Mesin Basuh ?
Magic filter ni ditugaskan untuk menapis segala kekotoran yang ada semasa washer machine bekerja.
So? Apa masalahnya……
Kenapa perlu tengok dan kenapa perlu di usik dari tempatnya dan di cuci?
Supaya proses pencucian kita lebih bersih bila penapisan kekotoran ini bersih!
Hari nie Nina nak story mory pasal Magic Filter.
Kalau nak tahu, mostly setiap hari Jumaat Nina akan bukak Magic Filter yang ada dalam washer machine Nina kat rumah. Nina akan bersihkan, brush brush dan hilangkan segala kekotoran yang ada. Sekitar tempat magic Filter ni pun Nina lap-lap bersihkan.
Korang pernah bukak dan bersihkannya tak?
Bersihkan magic filter mesin basuh supaya washer machine
tahan lama, lambat rosak, cucian lebih bersih dan wangi
Perlu ker?
Menurut kata salesman yang Nina mula-mula beli washer machine (sekitar tahun 2007 dulu) dia sarankan kita buka dan cuci benda alah nie. So sejak tuu, Nina praktikkan dan lakukannya beberapa kali sebulan dan bila-bila masa Nina teringat. Perghhh… dari tahun 2007 mesin basuh Nina berkhidmat. Alhamdulillah rezeki.. So Nina bersetuju , ini jenama mesin basuh terbaik tahan lasak . Semoga dikau terus berkhidmat dengan jayanya. Aamiinn..
Kat dalam Magic Filter tuu ada getah colour hitam (penghalang kekotoran). kalau dah putus, kena lah beli magic Filter yang baru. Part ni, kena pandai-pandai survey harga beberapa kedai elektrik. Macam Nina punya nie design lama. Sebelum nie pernah putus dan Nina pernah tanya beberapa kedai elektrik atau pun dealer jenama washer machine kita. Ada yang jual RM65 dannn…… ada kedai tu jual hanya RM15. Bijak membeli menang memakai, pepandai korang survey dulu.
Clean tub
Selain dari tu, kalau u all perasan kat washer machine ada sign ‘clean tub’.
Ada tak? Hah! Yang ini pun antara rutin yang Nina selalu buat.
Untuk apa?
Dah nama pun clean tub so fungsinya untuk membersih dan mencuci tab washer machine kita laaa…
So keladak dan kekotoran yang melekat kat dalam liang roma waher machine akan tanggal dan washer machine akan bersih. Nanti pencucian kita pun akan lebih bersih!
Bila nak tekan?
Sebulan sekali pun ok….. atau bila-bila masa yang korang rasa perlu.
TIPS Penjagaan Mesin Basuh
Macammana nak buat?
Ini pengalaman Nina
Just tekan kat sign ‘clean tub’ dan start. Sebelum tu masukkan sesudu pencuci baju. Dah kata nak cuci tub so kenalah masukkan sabun basuh baju. So jangka hayat washer machine lebih panjang.
So far, Alhamdulillah
Washer mashine Nina tak pernah lagi meragam. Cuma masa dalam warranty computer board nya rosak. Katanya masuk air. Erkk~ Nasib baik FREE of charge! Sejak tuu Nina tampal plastic pembalut buku dan cellotape keliling computer board. Selamat!
7 TIPS PENTING cara jaga mesin basuh supaya jangka hayat lebih lama
- Pastikan kuantiti pakaian tidak melebihi berat yang sepatutnya – jangan lah sumbat penuh macam tin sardine sampai baju pun tak boleh pusing dalam mesin tuu. Agak-agak lah , janji baju ada ruang untuk pusing nanti.
- Basuh mesin basuh dengan tekan ‘Clean Tub’ dalam sebulan sekali atau bergantung pada kekerapan penggunaan.
- Andai kata putaran mesin semakin lemah dari sbelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai ambil spanar tegangkan di bahagian bawah mesin. Jika tidak upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar RM10-20 aje. Sebaiknya kalau tak pandai jangan lah memandai mandai. HEhee
- Andai kata air masuk semakin perlahan buka bahagian paip air masuk, ada filter di situ yang mungkin tersumbat. Kekadang air paip kita bukannya bersih sangat, jangan terkejut , penuh karat! Silap haribulan batu halus-halus pun ada.
- Rajin-rajinlah bersihkan penapis habuk nama omputeh MAGIC FILTER (dah citer kat atas bendalah ni) dalam drum mesin. Supaya semua terperangkap untuk kita bersihkan seminggu sekali. Tengok pada kekerapan basuhan. Bukan apa, kot laaa suka nau basuh sekali segala surat cinta, resit, tisu bekas lap mulut, duit seploh singgit dua (dah kaya sangat lah tu) dan segala mak atok nenek yang ada dalam poket. Huhuu
- Jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh bermakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainya. Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board. Ahaa.. Ini pun kalau tak reti panggil aje Uncle Cina repair washer machine. Settel
- Dah selesai basuh baju, jangan lupa tutup pintunya. Bukan apa, ghisau entah apa masuk dok bertapa dalam tu, nanti besok pagi korang basuh sekali haiwan yang bertapa tu. Naya je! Dan lagi tambahan sila laaa tutup suiz. Jimat kan penggunaan elektrik.
TIPS Cuci Baju Bersih Putih Wangi
Baju Warna Tidak Luntur
Actually Nina agak cerewet bab pencucian.
Selalunya untuk pencucian Nina akan asingkan pakaian putih dan gelap baru basuh.
Setiap baju terutama sekali baju sekolah anak-anak, Nina akan belek-belek dan sapu Dynamo kat tempat kotor. Then baru masukkan semua dalam washer machine. Rasanya semua org pun gini kan
baca : 20 TIPS PENJAGAAN PAKAIAN SUPAYA LAMBAT LUSUH
Selain tu setiap pencucian MESTI diakhiri dengan pelembut pakaian. Pernah tu washer machine dah selesai basuh, Nina terlupa nak letak pelembut pakaian dan
Nina akan tekan-tekan tab tuu, masukkan pelembut pakaian dan ulang proses rinse dan spin. *sampai macam tu sekali?** A’ahhh….. Hahaha…!! Habit kot
Seminggu sekali atau 2 minggu sekali Nina akan pastikan Nina cuci magic Filter. Selalunya Nina setkan hari Jumaat. Sebulan sekali plak, Nina akan ‘Clean Tub’.
Kesan akibat tak cuci magic filter mesin basuh akan jadi apa ?
Kotor laa! Kebersihan out.
Ada sikit story Nina nak share..
Ini antara habit Nina bila Nina dok kat home stay. Selalunya mereka ada sediakan washer machine kan? So setiap kali nak guna washer machine yang disediakan oleh pihak home stay Nina selalu akan check dulu Magic Filter mesin basuh mereka. Kalau bersih baru Nina akan guna washer machine mereka.
Dan kalau kotor, eeee…. Oopss! Sorry .. tak lalu nak guna dan Nina tak akan dok homestay tuu lagi.
Bukan apa, dari sini pun kita akan jelas tahu kebersihan tuan tanah. Keikhlasan mereka dalam menyediakan kebersihan tempat tinggal dan kemudahan untuk penginap home stay mereka. Kebersihan amat lah penting, bukan lah nak kata Nina ni perfectionist sangat cuma bab bersih ni jangan laa malas dan sambil lewa. Terlebih dahulu Nina mohon maaf in advance ya kalau ada tuan empunya homestay baca entry Nina dan kurang bersetuju dengan Nina. Maaf laa andai saya terlalu jujur. Kindly take it as good advice. Amboi .. cakap omputeh pulak. Huhuu
Baca : TIPS Cara setting air cond supaya jimat elektrik
Perkongsian ini sekadar pengetahuan umum buat yang tak pernah tahu atau buat-buat tak tahu. *ada yang tak pernah buat kannn…..** Cepat mengaku! Hehee….
So lepas nie, buat yang tak pernah bukak dan bersihkan magic Filter tuu sudi-sudilah intai dan bersihkan Magic Filter yang ada dalam washer machine korang
Dan tak lupa sebulan sekali, pandai-pandai laaaa tekan ‘Clean Tab’.
Semoga pencucian korang lepas nie semakin bersih sesuci hati .
Pesanan ikhlas,
Nina Mirza
thnks info tu nina..zila pun buat klu rajin ..he hee kkdg lupa..:)
Thanks untuk info ni. Selalu bersihkan filter tu je. Clean tub tu mcm tak pernah lagi je…hihi
Sama2 Zila…
Biasalah terlupa…. Nina pun sama gak kadang~
Hehee….
Aishah,
Hah….. Pasni boleh lah tekan-tekan kat 'clean tub'…. Dah tahu fungsinya~
Hehee…
Ooooo… Terima kasih Nina, baru Ara tahu pasal clean tab tu..
Sama-sama Ara…. Perkongsian bersama 😉
Baru last week saya jumpa Magic filter ni. So mmg dh bersihkan. Hehehe… Sebelum ni x pernah godek, tetiba ter'rajin' plak. Baru perasan ada filter kt situ. Banyak kotoran yg dh ditapis. Beli atas tangan org so manual book xde. Pandai2 sndiri la nk guna. Huhuhu… Yg 'clean tab' tu xde plak. Kena godek lg la esok.
SheAyang,
Pasni rajin2 bersihkan…. Clean tub tuu tak semua washer machine ada
Kalau ada sudi-sudi tekan sebulan sekali.
alamak baru tahu hehehehehehe
Huhuuu~~
Pasni kena rajin cuci ehh….
ok kak…dengan pantasnya zasss ai lakukan…