Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 24, 2017March 26, 2023

Dah jumpa !! Cara merawat Ekzema dan Psoriasis

Ekzema

Isi Kandungan hide
1 Ekzema
1.1 Apa itu Ekzema?
2 Psoriasis
2.1 Apa itu Psoriasis?
2.2 Punca Ekzema dan Psoriasis?
2.2.1 Bahan kimia
2.2.2 Alergi persekitaran
2.2.3 Pemakanan
2.2.4 Genetik
3 Cara merawat Ekzema dan Psoriasis
3.1 Ekzema Pada Bayi
3.1.1 18 Cara Penjagaan dan kawal supaya tidak melarat
3.1.1.1 Salah satunya ialah penjagaan diri secara teliti dan konsisten. Ikuti beberapa perkara yang mesti dilakukan supaya ekzema dapat dikawal. 1. Pastikan badan anak bersih dan lembap. Mandi secara cepat, satu hingga dua kali setiap hari dapat membantu mengurangkan kekeringan kulit. 2. Meluangkan masa tidak lebih daripada 10 minit bagi memberi sapuan minyak semula jadi pada kulit badan. 3. Gunakan air suam atau sejuk dan bukannya air panas. Air panas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan mendorong kemerahan dan kegatalan. 4. Elakkan penggunaan krim mandi wangi, mandi minyak dan mandi buih yang boleh mengundang pencetus ekzema. 5. Gunakan pembersih yang lembut semasa mandi di kawasan di mana ia diperlukan. Bilas dengan sempurna. 6. Jangan gosok badan dengan tuala kecil kerana ini boleh merengsakan kulit. 7. Pelembap yang baik (krim dan losen) membantu memelihara kelembapan semula jadi kulit dan mencegah daripada kering. Ini membantu penurunan gatal, ruam dan jangkitan. 8. Lembapkan kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari. 9. Selepas mandi, melembapkan kulit segera, dalam masa tiga minit. Jika perlu terus sapu krim dalam bilik mandi. 10.Sediakan bekas kecil yang mengandungi pelembap. Kemudian bawa ia ke mana-mana sahaja. 11. Kuku melindungi hujung jari dan jari kaki daripada keadaan sensitif. Namun kuku boleh membahayakan kulit jika mula menggaru. Kulit mungkin berdarah dan bakteria boleh memasuki badan melalui luka terbuka. 12. Jika pesakit ekzema terus menggaru, kulit akan menjadi lebih tebal dan kurang responsif terhadap rawatan. Oleh itu, sentiasa jaga kuku agar pendek dan bersih. 13. Amalan menjaga kuku dapat dilakukan dengan mencuci sekeliling dan di bawah kuku setiap hari. 14. Memotong kuku secara kerap dengan pemotong kuku. 15. Potong kuku selepas mandi kerana ketika ini kuku akan lebih lembut dan mudah untuk dipotong. 16. Pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan ringan. Pakaian kapas adalah paling sesuai. Dengan ini, tidur pun lebih selesa. 17. Elakkan pakaian yang diperbuat daripada kain yang mempunyai gentian keras, permukaan tajam atau tekstur tegang yang boleh merengsakan kulit. Bahan perlu dielakkan adalah bulu, poliester, nilon atau akrilik. 18. Basuh pakaian baru sebelum memakainya. Gunakan bahan pencuci bebas pewarna dan pakaian bebas minyak wangi. Pastikan pakaian anda dicuci teliti untuk mengeluarkan sebarang sisa sabun.
3.2 Rawatan Altenatif
3.3 Cara merawat Ekzema dan Psoriasis pada bayi secara semulajadi
3.3.1 Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi
3.3.2 Bedak Asmak
3.3.3 Testimoni
3.3.4 Apa keistimewaan Bedak Asmak?
3.3.5 Harga
3.3.6 Related posts:

Apa itu Ekzema?

Korang tahu tak apa itu Ekzema? Menurut Wikipedia Bahasa Melayu Ekzema ialah sejenis penyakit kulit  yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Yang mengalaminya akan berasa tidak selesa, gatal, gelisah, merenyam, stress, kurang keyakinan diri dan ini mengganggu rutin harian mereka. Paling sedih bila ianya berlaku pada bayi kita. Sebagai ibubapa usah sedih dan jangan lah korang menangis berduet ngan bayi korang, jom ambil tahu dan teruskan baca perkongsian Nina ini – Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi 

cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi
Ekzema pada bayi

Kesan penyakit kulit Ekzema pada bayi boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. Erti kata lain Penyakit kulit ekzema ni, kulit mereka ni sangat sensitif dan lebih senang diserang infeksi dan alergi terhadap sesuatu bahan yang boleh membuat keadaan lebih teruk. Kesian …

Kadang tu ada yang menggaru sampai berdarah. Bila dah berdarah lagi lah pedih. Dalam tempoh nak baik, akan jadi kudis. Masa kudis ini lah dugaan datang kembali. Gatal! Bila dah baik pula, akan meninggalkan parut. Ada besar 10sen, 50sen. Kan…? Kesian tengok.. Kurang nanti hantaran kawin hehee

Ok, jangan risau, berita baik untuk korang ialah kebanyakan ekzema pada bayi akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ini tidak di nafikan kerana anak Nina yang pertama ada penyakit kulit ekzema semasa bayi namun sekarang dia berusia 13 tahun dan kulit nya tidak lagi sensitif. Penyakit Ekzema pada bayi ini tidak dapat dipulihkan sepenuhnya, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Psoriasis

Apa itu Psoriasis?

Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang hampir sama simptom nya dengan Ekzema. Kulit meradang kemerahan, ruam merah pada kulit, kulit mengelupas, kulit tebal dan sangat kasar dan kering di ikuti dengan kegatalan.cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi

Kesannya boleh di lihat ketara pada bahagian siku, kulit kepala dan punggung. Psoriasis ini cenderung terjadi pada orang dewasa berbanding bayi namun dengan ujian diagnostik daripada doktor pakar sakit kulit sahaja yang dapat menentukan samada ianya adalah Ekzema atau pun Psoriasis.

Walaupun kedua-dua penyakit kulit ini tidak dapat di pulihkan sepenuhnya, namun dengan cara merawat ekzema dan psoriasis  yang bersesuaian mampu mengelakkan penyakit ini menjadi lebih kronik dan berulang kembali. Sebagai ibubapa, janganlah ambil mudah dan biarkan ianya berlarutan tanpa sebarang rawatan. Cara merawat ekzema dan psoriasis ini tidak sukar mana tetapi sebelum itu, kita haruslah kenali dulu punca penyakit kulit ekzema dan psoriasis terjadi.

Punca Ekzema dan Psoriasis?

Setiap apa yang terjadi ada puncanya. Sebagai ibubapa kita perlu ambil tahu akan punca penyakit kulit ekzema pada bayi ini terjadi. Walaupun tidak secara tepat, namun kita haruslah berusaha elakkan irritasi ini terjadi. Jika dibiarkan berlanjutan, ianya akan merebak lebih kritikal dan kronik. Secara ringkasnya ekzema dan psoriasis ini berpunca dari beberapa faktor. Antaranya :-

cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi

Bahan kimia

Radang ekzema dan psoriasis boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik.

Alergi persekitaran

Persekitaran yang tidak bersih, berdebu, kotor juga antara punca penyakit kulit ekzema pada bayi terjadi. Begitu juga psoriasis. Ada juga yang alah kepada asap kenderaan, hujan dan paling ketara sebab cuaca panas. Pabila cuaca panas, mereka akan berpeluh dan ini antara punca membuatkan kulit bayi lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Pemakanan

Ada sesetengah kes dari bayi telah di dianogsis alah terhadap beberapa jenis makanan. Antaranya makanan laut dan kekacang. Selain itu makanan segera, MSG, pewarna makanan juga antara faktor yang mendorong ekzema dan psoriasis menyerang.

Genetik

Genetik merupakan antara faktor yang mendorong seseorang itu alami penyakit kulit ekzema. Terutama sekali ekzema pada bayi. Jika ibubapa punya simptom ekzema, berkemungkinan anaknya juga turut akan mengalaminya.

Selain merawat penyakit ekzema, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan dalam mengawal ekzema di kalangan anak kecil seperti dikongsikan oleh Dr. Mazlin Baseri, Pakar Dermatologis, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.

Selepas mempraktikkan cara merawat Ekzema dan Psoariasis, mengawal dan mencegah ianya berulang kembali harus di titik beratkan.

Ekzema pada bayi

Cara merawat Ekzema dan Psoriasis

Ekzema Pada Bayi

18 Cara Penjagaan dan kawal  supaya tidak melarat

Salah satunya ialah penjagaan diri secara teliti dan konsisten. Ikuti beberapa perkara yang mesti dilakukan supaya ekzema dapat dikawal.
1. Pastikan badan anak bersih dan lembap. Mandi secara cepat, satu hingga dua kali setiap hari dapat membantu mengurangkan kekeringan kulit.
2. Meluangkan masa tidak lebih daripada 10 minit bagi memberi sapuan minyak semula jadi pada kulit badan.
3. Gunakan air suam atau sejuk dan bukannya air panas. Air panas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan mendorong kemerahan dan kegatalan.
4. Elakkan penggunaan krim mandi wangi, mandi minyak dan mandi buih yang boleh mengundang pencetus ekzema.
5. Gunakan pembersih yang lembut semasa mandi di kawasan di mana ia diperlukan. Bilas dengan sempurna.
6. Jangan gosok badan dengan tuala kecil kerana ini boleh merengsakan kulit.
7. Pelembap yang baik (krim dan losen) membantu memelihara kelembapan semula jadi kulit dan mencegah daripada kering. Ini membantu penurunan gatal, ruam dan jangkitan.
8. Lembapkan kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari.
9. Selepas mandi, melembapkan kulit segera, dalam masa tiga minit. Jika perlu terus sapu krim dalam bilik mandi.
10.Sediakan bekas kecil yang mengandungi pelembap. Kemudian bawa ia ke mana-mana sahaja.
11. Kuku melindungi hujung jari dan jari kaki daripada keadaan sensitif. Namun kuku boleh membahayakan kulit jika mula menggaru. Kulit mungkin berdarah dan bakteria boleh memasuki badan melalui luka terbuka.
12. Jika pesakit ekzema terus menggaru, kulit akan menjadi lebih tebal dan kurang responsif terhadap rawatan. Oleh itu, sentiasa jaga kuku agar pendek dan bersih.
13. Amalan menjaga kuku dapat dilakukan dengan mencuci sekeliling dan di bawah kuku setiap hari.
14. Memotong kuku secara kerap dengan pemotong kuku.
15. Potong kuku selepas mandi kerana ketika ini kuku akan lebih lembut dan mudah untuk dipotong.
16. Pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan ringan. Pakaian kapas adalah paling sesuai. Dengan ini, tidur pun lebih selesa.
17. Elakkan pakaian yang diperbuat daripada kain yang mempunyai gentian keras, permukaan tajam atau tekstur tegang yang boleh merengsakan kulit. Bahan perlu dielakkan adalah bulu, poliester, nilon atau akrilik.
18. Basuh pakaian baru sebelum memakainya. Gunakan bahan pencuci bebas pewarna dan pakaian bebas minyak wangi. Pastikan pakaian anda dicuci teliti untuk mengeluarkan sebarang sisa sabun.

Penyakit kulit ekzema terutama sekali Ekzema pada bayi menjadi ujian hebat kepada ibu bapa dan keluarga pesakit. Kefahaman dan pengetahuan menguruskan pesakit ini dan  paling penting tahu cara merawat ekzema dan psoriasis dengan betul dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung pesakit.

Andai segala usaha telah di usahakan namun percaya masih ada rawatan lain yang mampu menangani permasalahan ini.

Rawatan Altenatif

Cara merawat Ekzema dan Psoriasis pada bayi secara semulajadi

cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi
Ekzema pada bayi

Bedak Asmak

Bedak Asmak ini keluaran Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd antara rawatan altenatif cara merawat ekzema dan psoriasis yang berkesan . Korang boleh tengok dari beberapa perkongsian testimoni dari pengguna Bedak Asmak ini.

Testimoni

cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi

cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi
Penyakit Kulit Ekzema

Apa keistimewaan Bedak Asmak?

Bedak Asmak ini bukan sekadar merawat penyakit kulit ekzema pada bayi malah kegunaan nya lebih daripada itu. Ianya semulajadi 100% iatu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi, tidak membahayakan dan boleh dimakan. Bedak dari tanah liat ini selamat digunakan untuk semua peringkat umur.

Paling bagus ianya juga pelbagai fungsi kegunaannya. Tidak hanya untuk penyakit kulit ekzema pada bayi malah untuk psoriasis, ruam, kudis buta, kurap, kayap, gatal, cacar air, luka dan banyak lagi. Kalau korang terkena cirit-birit, dengan Bedak Asmak ini InsyaAllah sakit perut boleh di ubati. Tak percaya?
Korang tonton youtube ini dan saksikan sendiri keberkesanannya

Bukan itu sahaja, Bedak Asmak juga mampu merawat masalah kulit wajah. Mampu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika di guna selalu. Sesuai di gunakan setiap malam sebelum tidur. Teksturnya yang lebih halus, mudah serap dan tidak menyumbatkan liang pori. Korang guna macam pakai bedak sejuk.

cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi

Dengan pengunaan Bedak Asmak ini secara berterusan mampu merawat masalah kulit, mengelakkan kedutan, menghilangkan jerawat, melicinkan dan menjadikan wajah lebih halus.

Ini kerana Bedak Asmak mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iatu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kdar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan. Dapat mengekalkan kejelitaan dan awet muda!

cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi
Testimoni Bedak Asmak merawat kulit wajah

Harga

Hanya RM38 (Berat 150g+-)
Mesti di miliki oleh setiap keluarga. Produk premium pada harga TERENDAH!
Sebab itu Bedak Asmak ini mempunyai permintaan tinggi semenjak dikeluarkan. Pilihan terbaik zaman-berzaman. Korang harus cuba!

Berita baik untuk korang yang sedang mencari duit sampingan, pihak syarikat berbesar hati memberi peluang untuk sesiapa yang berminat nak menjadi agen. Korang boleh terus hubungi :-

Hotline HQ : 019-970 88897

Untuk maklumat lanjut tentang produk, korang boleh layari :-

Web rasmi syarikat :
http://mham.com.my/

IG :
mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd

Pb Page Produk :
Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma
Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema
Album Testimoni Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/pg/bedakasma/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184

Info bedak Asmak juga boleh didapati di page fb :
Penawar Asma Mujarab HQ
https://www.facebook.com/penawarasma
Minyak Herba Asmak HQ
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd

cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi
Produk-produk lain yang berkualiti : Keluaran Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd.

Setiap penyakit ada penawarnya. Berikhtiar lah. Semoga dengan perkongsian Nina tentang cara merawat ekzema dan psoriasis dan penggunaan Bedak Asmak ini secara berterusan mampu merawat penyakit kulit ekzema pada bayi korang. InsyaAllah
Aamiin…

Related posts:

Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang
Sinopsis Drama RUMAH SITI KHADIJAH TV3
Udang Masak Lomak Cili Api | Ya Ampun.. Sedapnya!
Menu sayur dalam pantang. Setiap hari PERIA , Peria peria peria ...!! Oooo... banyak khasiat dan keb...
Lifestyle Parenting Review Tips apa itu EkzemaApa itu PsoriasisBedak AsmakCara merawat ekzema dan psoriasisEczema pada bayiEkzema pada BayiHarga Bedak Asmakkeistimewaan Bedak AsmakMinyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhdpenawar ruam pada BayiPenyakit kulit EczemaPenyakit Kulit EkzemaRawatan Ekzema PsoriasisSimptom EkzemaTanda Ekzema

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (12)

  1. Rose Sepi says:
    January 26, 2017 at 2:34 pm

    perkongsian yang bagus.. anak saya no 2 pun ekzema,bila makan telur habis gatal,garu sampai berdarahlah..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 26, 2017 at 10:09 pm

      Rose,
      Alahai… siannya… Part anak menggaru sampai berdarah tuu yang sedih kann…??
      lagi pedih.. Huhuu

      Reply
  2. 1001 Petua says:
    January 27, 2017 at 12:58 am

    nice info.. mohon share ye nnti.. 😀 bnyk info berguna..

    p/s : hi… sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye dan tinggalkan komen seikhlas hati.. 😀 ty..

    Reply
  3. atiehilmi dot com says:
    January 29, 2017 at 6:45 am

    waa.. bestnya bila penyakit kulit kat anak-anak dah sembuh.. kan ? ibu pun lega.. kulit anak pun makin cantik.. hee~

    Reply
  4. Cik za says:
    January 30, 2017 at 11:03 pm

    Perkongsian menarik.. memang terbukti keberkesanannya.. tak rugi beli berbekas2 pun.

    Reply
  5. umminani says:
    January 30, 2017 at 11:12 pm

    bagus, bnyk info dpt.. tqkak nina

    Reply
  6. shiqeen sattar says:
    February 1, 2017 at 9:53 pm

    SS pun dah cuba sebagai masker dan bedak sejuk! Ternyata lain dari yang lain rasa pakai

    Reply
  7. shiqeen sattar says:
    February 1, 2017 at 9:54 pm

    Mujur ada bedak asmak kan?

    Reply
  8. Ubaidullah says:
    February 2, 2017 at 1:52 pm

    Info penting nii.. kena take note !

    terima kasih kak nina sebab share !

    🙂

    http://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html

    Reply
  9. Jiesusanos says:
    February 2, 2017 at 10:10 pm

    Bersabar ya jika anak anda mengalami penyakit ekzema..

    In Sha Allah mampu sembuh..

    Reply
  10. Lan Careno says:
    February 23, 2017 at 3:09 pm

    aiyorkk… meremang tgk gmbar yg kat rambut tu… huhuhu… penyakit kulit ni mcm x bahaya tp ksian giler kalau sape yg kena terutama bebudak sbb mmg sgt x selesa…

    Reply
  11. lokmanamirul says:
    March 4, 2017 at 5:53 pm

    tahniah akak mng contest nih…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes