As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…
Apa khabar kengkawan? Malam ni korang dinner kat mana? Korang ada teringin tak dinner kat satu tempat yang romantik dengan budget yang berpatutan? Atau kalau korang ada plan nak buat birthday party tuk anak korang ker, anniversary ke, majlis cukur jambul ke, majlis nikah kahwin ke atau party Tupperware ke…. Eh! Tuu mak-mak punya urusan, pun boleh laaa… Nina nak kongsikan ngan korang satu tempat yang sangat sesuai untuk apa-apa majlis yang korang nak raikan. Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Buat sapa yang follow Instagram Nina.Mirza , korang akan perasan Nina ada dinner ngan kengkawan Khamis minggu lepas kat Scrummy Restoran & Café yang terletak kat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan HSBC Bank. Nina suka restoran ni..! Tulisan kat signboard nya sangat comel dan bertema kan warna pink. Romantik gitu..
Apa yang menarik nya kat Scrummy Restaurant & Café ni?
Saat kaki Nina melangkah masuk sambil menolak daun pintu Cafe, mata dan hati Nina terpukau terpesona akan dekorasinya yang amat romantik, nyaman, tenang, teratur, kemas dan bersih! Ya bersih! Seolah-olah bukan berada di sebuah restoran. Tampak eksklusif dan expensive nya tempat ni.. *Hadoi… terus teringat duit poket yang non-hado! Lepas ke nak bayar makan nanti ni* Hehe..
Setiap sudut punya sususan yang tersendiri. Deco yang minimalis namun ini lah yang memberi sentuhan ketenangan dan romantis saat berada dalam restoran ini. Ada privasy gitu kalau nak makan berdua celebrate anniversary … Chewah! Geng… sila noted ya. Haha..
Tempat terbaik untuk adakan sebarang acara , majlis , event
Scrummy Restaurant & Café ini ada indoor dan outdoor. Keluasannya yang luas dan besar mampu menempatkan seramai 200-300 tetamu dan sesuai untuk dijadikan tempat pelbagai acara keramaian. Samada majlis persendirian mahupun majlis korporat. Antaranya :-
Theme Party
Corporate Lunch And Dinner
Hi Tea Buffet
Wedding Dinner
Birthday Party
Companies Annual Dinner
Cocktail Party
Product Launching
Fashion Show Event
Outside Cartering
Pihak Scrummy Restaurant & Café juga ada menyediakan pakej termasuk
Backdrop
Stage
Lighting
Theme Decoration
Table Set-up
Music
Door Gift
Kemudahan yang disediakan
Surau yang selesa
Scrummy Restaurant & Cafe menyediakan surau yang cukup selesa. Tempat wuduk di dalam surau. Korang tak perlu ambil wuduk kat bilik air. Sangat memudahkan…
WiFi
Macam biasa… Ada Wifi! Laju beb… Boleh lah korang snap gambar dan berdesup share kat facebook dan instagram. Hehee…
Parking
Kat sini tak susah nak parking. Samada korang boleh jer park kat seberang depan restoran atau paling mudah tanpa kerisauan korang park kat dalam AEON Big. Berlambak parking ada kat sana. Tak jauh pun… Lintas jalan jer. RM2 sekali masuk parking. Settel…
Indoor dan outdoor
Buat yang suka lepak-lepak santai bersama hembusan angin segar , (biasalah bapak-bapak) boleh jer dok kat luar. Nyaman… Masih tetap menerapkan ciri-ciri tenang, santai.
Amacam… Betul tak cakap Nina, cantik kann restoran ni..? Kalau korang datang sendiri, pasti korang akan terjatuh cinta kat sini. Bukan aje restoran nya cantik, makanan kat sini pun tak kurang hebatnya tau! Sedap….
Menu apa yang Sedap dan best kat Scrummy Restaurant & Café
Ahaa… meh Nina belanja korang cuci mata lak… Tadi mata dah bersinar-sinar nengok romantika kann… Kali ni kasi korang sampai nangis leleh ayaq liuq lak! Titeba mood kejam !! Hahaa
Oh ya… Ada promosi menarik Sempena Chinese New Year tak lama lagi, banyakk menu yang sedap-sedap dan berpatutan yang harus korang cuba kat sini. Meh Nina war-war kan tuk korang, senarai menu yang menarik!
Chinese New Year Set
Set 1 = RM48 untuk 2 orang
Sweet Corn Soup
Cantonese Fried Rice
Roasted Chicken
Stir Fried Kailan And Oyster Sauce
Cut Fruit
Chinese Tea (Free Flow)
Set 2 = RM58 untuk 2 orang
Crab Meat Soup
Yong Chow Fried Rice
Chicken Black Pepper
Steammed Fish And Soya Sauce
Stir Fried Broccoli And Tofu
Chilled Longan
Chinese Tea (Free Flow)
Menu 3 = RM68 untuk 2 orang
Hot And Sour Soup
Pineapple Fried Rice
Sweet And Sour Soup
Asparagus Belacan
Fried Prawn With Nestum
Dim Sum (3 pcs)
Chilled Longan And Sea Coconut
Chinese Tea (Free Flow)
Side Order – Vegetable Yee Sang RM 28 Per Plate (for 2 pax)
Waktu Perniagaan
Isnin – Sabtu
8am – 10pm
Ahad – tutup
Hurmm…. Penat dah type membebel ni… Kalau korang nak info lebih detail lagi korang usha kat Facebook Scrummy.Restaurant.Cafe .. atau Instagram Scrummy Restaurant & Cafe , kat sana banyakkkk lagi info terkini promosi yang ada!
Nah… ni alamat
Scrummy Restaurant & Café
No. 2 Jalan Suppiah Pillay
3rd Mile, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan hubungi
03-4050 5991
Atau email kepada scrummycafe@gmail.com
Landmark : HSBC Jalan Ipoh. Korang masuk simpang HSBC dah nampak Scrummy Restaurant & Café sebelahnya. Cantik tersergam indah. Kalau malam lagi romantik! Senang citer korang *Waze jer lagi senang* hehee…
Walaupun Scrummy Restaurant & Cafe ini tampak esklusif macam mahal tuk orang ada-ada jer kannn tapi hakikatnya nampak aje… Harga nya sangat berpatutan. Kengkonon event ala hotel tapi di restoran yang cukup indah dengan harga yang mampu dijadikan realiti.
Manalah tahu kot office korang nak buat majlis makan malam ker… Boleh laa hubungi no kat atas tu ehh.. Atau korang nak buat majlis bertunang ke, nikah ke … Wow..!! Gempak seyh… Jangan lupa jemput Nina lak yaa..
Pahatkan kenangan terindah penuh romantik di Scrummy Restaurant & Cafe untuk sebarang majlis keramaian.
Wah menarik restoran nie Nina..makanan pun semua sedap-sedap..
Memang cantik hiasan dalaman scrummy cafe ni
.
Semoga majulah perniagaannya.
.
Sebab zaman sekarang ni ekonomi tengah slow. Bisnes restoran pun modalnya kasar
.
cantik pula makanan dok hias2 tu….patut la cafe pun cntik…
exclusive tempat dia..makanan dia perghh..mengiurkan..:)
Wah menarik.. Jom kak singgah lagi sekali ke sini
Burger leleh tu ya ampun!!! Tak tahan!!! Nak makan lagi!!!
Wowwwww…..confirm nak g ni..cari partner jap…
cantiknya deco cafe dia, pastu bilik solat pun comel dan bersih. menu pulak semua nampak menyelerakan! memang akan jadi pilihan cafe sebegini.
cantiknya deco cafe dia, menu pulak semua nampak menyelerakan! memang akan jadi pilihan cafe sebegini.
Macam nak lepak sana lagi… Hahahaha
Burger leleh beef tu menggodanyaaaa. Kena pi ni.
Menarik!!! nanti bleh pi cuba….