Tik tok tik tokk… Sekejapan dah masuk minggu ke tiga persekolahan. Ke tiga-tiga anak Nina dah biasa ngan rutin harian sekolah mereka. Maklumlah dah cuti lama Disember tahun lepas kann… Mula aje sekolah masing-masing dah mula sibuk ngan jadual harian mereka. Tips bagaimana uruskan bayi menerima perubahan rutin harian mereka
Alhamdulillah syukur, anak-anak Nina semuanya sejak mula sekolah senang bangun pagi dan mudah bersiap ke sekolah. Thank you Geng! Dia lah yang corak bentuk ajar dan uruskan anak-anaknya berdisplin dan senang , cepat bersiap ke sekolah sejak Eillya (no.1) tadika dan seterusnya. .. Cuma No.3 (yana) ajer yang agak slow motion orangnya. Salah satu sebab utama dia ni orangnya agak cerewet sikit ok cerewet banyak hehee… So jadi lambat lah bila semuanya nak belek satu persatu supaya sempurna. Perfectionist omputeh kata! Haishh… Sabar jer lah!
Dugaan 3 tahun lepas bermula kembali. Kali ni cabarannya bersama Baby Eilysa. Tiga tahun dulu Nina bersama Eilhan sebagai co-pilot Nina sepanjang Nina dok keluar masuk rumah (hantar jemput) anak pegi balik sekolah. Dan… kali ni co-pilot Nina baby Eilysa!
Alhamdulillah… Dia tak banyak meragam. Cuma … Kesian laaa, antara jam 12:20pm – 2:30pm. Waktu ni adalah waktu kemuncak kesibukkan Nina sebagai supir. Terpaksa dengan rela Baby Eilysa menurut kan saja rutin harian mama nya.
Dalam jam 12:20pm, baby Eilysa baru jer nak tido dah kena angkut masuk kete tuk jemput kakak Yana balik sekolah. Lagi setengah jam kemudian, turn abang Eilman lak balik sekolah. Tak jadi Lysa tido. Huhuu..
Nanti sebelum jam 2:30pm lak Nina nak hantar dak berdua tu ke sekolah agama lak.. Baby Lysa dengan rela menjalankan tanggungjawabnya sebagai co-pilot mamanya. Tak pe sayang… pasni leh tido lena sikittttt.. ehehe
Ada yang minta Nina kongsikan Tips bagaimana uruskan bayi menerima perubahan rutin harian mereka. Yelah, fahamm…. Perubahan waktu tidur, menyusu adalah dugaan terbesar buat bayi dan penjaga nya menenangkan, memujuk bayi agar dapat menerima jadual baru.
Hurmm… Tak de tips sangat dan semuanya bergantung pada baby dan penjaganya. Kebiasaannya memang perlukan masa sekitar 1-2 minggu untuk bayi mengikut rentak rutin yang baru. Penjaga / mama nya yang kena tabah dan sabar, tenang relax akan perubahan rutin baru.
Naluri dan emosi mama dekat ngan baby. Terutama semasa baby menyusu badan. Kalau mama nya relax maka baby pun akan turut sama relax. Dan seterusnya baby akan biasa akan perubahan waktu tido siangnya yang baru. Tips utama adalah relax. Dan En. Suami pula haruslah memainkan peranan memberi sokongan dan motivasi agar mamanya tidak mudah menyerah dan patah semangat. InsyaAllah… lelama baby akan biasa.
Ok sambung citer rutin baru Lysa.
Petang >>>> Huhuu… Tarik nafas sat. Nak taip pun macam penat, apatah lagi baby Lysa. Kann….?? Masa abang kakak nya sekolah agama boleh laaa relax kejap. Itu pun kalau mood dia baik nak sambung tido dan rehat. Kalau tak, ber huhu laaaa Nina. Dak nakal Abang Eilhan (3tahun) laaa melayan Baby Lysa main sambil tonton movie kegemarannya. Apa saja citer P.Ramlee. Dok ulang-ulang dan ulang ulang setiap hari..!! Tak de chan mama nak tengok sinetron. hahaa… dalam sibuk ada hati nak tengok TV !! Dalam mimpi aje laaa Style Mak mak, Ya kan aje kemahuan anak kann…..??
Oh ya… Nak selit sikit, normal jer baby membesar dalam kete. Dok usung ke sana ke mari ke hulu ke hilir baby dok kat car seat. Eilhan dulu pun gitu. Tau tau aje dah besar 3 tahun. Nanti sedar-sedar turn Baby Lysa lak pegi sekolah ngan Abang Eilhan nya…
Rela atau tidak, Alhamdulillah baby Lysa dia redha dan cepat menerima perubahan rutin harian dia yang baru. Atau…. Dia terpaksa redha dan pasrah tanpa kita tahu.. Huhuu . . .
Tips bagaimana uruskan bayi menerima perubahan rutin harian mereka