Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama SEMUA SALAHKU
July 12, 2019February 12, 2021

Sinopsis Drama SEMUA SALAH KU Episod akhir lakonan Fasha Sandha Nafiz Muaz

Selepas berakhirnya drama ala K-Pop Saranghae yang santai menghiburkan Drama Adam Chempaka TV3 , slot Lestary TV3 dihiasi lakonan hebat Fasha Sanda dan bergandingan bersama Fauziah Nawi dan Nafiz Muaz. Sinopsis Drama SEMUA SALAHKU TV3

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama SEMUA SALAHKU TV3
2 Sinopsis Drama SEMUA SALAHKU TV3
3 Related posts:
4 Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro
5 Terkini : Kad Digital NGO Negaraku banyak manfaat dan kebaikkan
6 Buffet Iftar Ramadhan 2016 Selera Kampung di Grand Campbell Hotel
7 Buffet Ramadhan SERI PACIFIC HOTEL KL Bertemakan 'Sajian Nostalgia' yang menggamit kenangan

Drama yang agak berat ni penuh dengan emosi naskah dari pengarah hebat Along Kamaludin.

Watak touching sedih gini memang sesuai laaa ngan Fasha Sandha. Tak lupa Ibu Fauziah Nawi. Aduyai… Korang sesiap tisu kotak nanti sambil nonton eh…

Sinopsis Drama SEMUA SALAHKU

Sinopsis Drama SEMUA SALAHKU TV3

Mengisahkan Sofia lakonan Fasha Sandha, seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris.

Ketika kecil, bapa Haris telah meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta. Akibat terbeban dan tuntutan kelangsungan hidup, Sofia terpaksa bekerja kilang.

Bagi menambah pendapatan, Fatimah (Fauziah Nawi) ibu Sofea mencadangkan Sofea untuk memasuki kelas solekan. Sofea mula berkecimpung dalam bidang solekan dan sedikit sebanyak telah membantu menambah pendapatan Sofea

Namun, satu hari ketika kereta Sofia rosak dan dia ingin membeli kereta 2nd hand, di sini laaa Sofia bertemu Iqbal (Fadlan Hazim) dan bermula kisah duka hidup Sofia.

Sofia menyangka Iqbal berada berharta dan mampu memberinya kesenangan lalu berkahwin dengan Iqbal tapi rupanya Sofia ditipu Iqbal yang hanya mahukan duit Sofia.

Sinopsis Drama SEMUA SALAHKU

Malangnya, kasih sayang dan keperluan Haris mula terabai apabila Sofea berkahwin dengan Iqbal. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Iqbal terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Sofea kehilangan wang simpanannya.

Tertekan dengan kehilangan wang, Sofea mengurangkan wang belanja Haris dan juga perbelanjaan di rumah. Sofea tidak mahu berterusan hidup susah dan menghabiskan wangnya untuk pergi ke Spa demi untuk menjaga penampilannya agar dapat mencari lelaki kaya.

Haris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea. Haris mula bergaul dengan Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana dia mahu memenuhi kehendak Mira (Intan Najuwa) gadis yang diminatinya.

Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya?

Kemudian Sofia berkenalan dengan Rosli dan ingin memikat Rosli, yang merupakan seorang pengurus kafe, namun takdir telah menentukan segalanya.

Apakah kesudahan yang akan terjadi dalam keluarga ini? Bagaimana kah nasib Haris? Adakah kejadian yang berlaku memberi keinsafan pada Sofia? Musnahnya kehidupan Sofia hanyalah kerana lelaki dan wang!

“Khilafku mengabaikan dirimu “

Sinopsis Drama SEMUA SALAHKU


JUDUL : SEMUA SALAHKU
EPISOD : 13 episod
HARI/MASA : Rabu hingga Jumaat, jam 9:00 malam

SLOT : Lestary TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
PENERBIT : A.Aida Production Sdn Bhd

PELAKON : Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiz Muaz, Nafiez Zaidi, Zee Zainal, Neera Azizi, Intan Najuwa, Dayang Areeda, Afzan A Rahman, Farisha Irwayu

WATAK PELAKON
Fasha Sandha sebagai Sofea
Nafiz Muaz sebagai Harris
Intan Najuwa sebagai Mira
Neera Azizi sebagai Shila
Dayang Areeda sebagai Yanti
Fauziah Nawi sebagai Fatimah
Adiba Yunus sebagai Murni
Fadlan Hazim sebagai Iqbal
Syed Aiman sebagai Rosli
Nafiez Zaidi sebagai Imran
Zaidi omar sebagai Pak Ngah Hassan
Zee Zainal sebagai Amri
Idham Maulana sebagai Naim

Jangan lupa tau tonton lakonan hebat Fasha Sandha dan ramai lagi… Kot korang terlepas siaran, rasanya korang boleh tengok kat www.tonton.com.my atau pun YouTube TV3. Check it out!

Sinopsis Drama SEMUA SALAHKU TV3

Related posts:

Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro

Terkini : Kad Digital NGO Negaraku banyak manfaat dan kebaikkan

Buffet Iftar Ramadhan 2016 Selera Kampung di Grand Campbell Hotel

Buffet Ramadhan SERI PACIFIC HOTEL KL Bertemakan 'Sajian Nostalgia' yang menggamit kenangan

Drama Movie Lifestyle Review Drama 9pDrama bestDrama InfoDrama sangatDrama Semua SalahKuDrama TV3Fasha SandhaFauziah NawiFull Episod hingga AkhirINFO DRAMA TERKININafiz MuazSinopsisSinopsis DramaSinopsis Drama SEMUA SALAHKUSlot LestaryTonton Drama OnlineTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Kerja sendiri says:
    July 14, 2019 at 7:40 am

    Pernah tengok iklan drama ni kat TV3 tapi belum pernah tengok lagi ceritanya. Kalau terlepas tengok kat TV boleh tengok kat youtube kan?

    Reply
  2. Pingback: Sinopsis Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH Astro
  3. Pingback: My Homepage
  4. Pingback: Ruger Pistols For Sale
  5. Pingback: world market link
  6. Pingback: cc store online

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes