Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Lepat Pisang Sedap Mudah
January 23, 2017

Pat Pat Suku Lipat, Pisang banyak buat Lepat Pisang…

As’salamualaikum dan salam Sejahtera… Apa khabar korang? Dah sarapan ke belum? Penting tau sarapan ni.. Jangan skip breakfast ehh.. Paling tidak korang makan lah sebiji pisang buat alas perut. Sebiji aje bukan setandan lak! hahaa… Resepi Lepat Pisang Sedap Mudah

Isi Kandungan hide
1 Resepi Lepat Pisang Sedap Mudah
2 Resepi Lepat Pisang Sedap Mudah
3 Related posts:
4 My Baby Sos Carbonara Nina Stlye
5 Shampoo SAFI Shayla BEST..!! Selamat tinggal rambut kepam
6 Pecah rahsia! Resepi Yee Mee Kung Fu chinese style ini sedap macam kat kedai TomYam
7 RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN KETAHUI KHASIAT KANGKUNG

Citer pasal pisang ni, anak-anak Nina paling suka pisang. Selalu laaa buat apa aje yang berasaskan pisang. Paling terlajak laris bila Nina buat Kek Pisang Paling Gebu Moist ..!! Confirm sekejapan licin. Korang cuba laaa… Tatak lugi punya! Wa gelenti itu kek tatak cukup.. Eh! Nape lak Nina cakap dah cilupa apek jual buah. hahaa..

Sebelum ni, Nina dah pernah buat Lepat Pisang Mudah tuk juadah berbuka puasa yang telah berlalu lama dolu.. Kali ni Nina bikin lagi, dan perbaiki tuk lagi sedap uumphhh…!! Korang cuba tau. Manalah tahu Resepi Lepat Pisang Sedap Mudah Nina ni menepati selera korang. Jom tengok resepi nya. Zaasss…..>>>

Resepi Lepat Pisang Sedap Mudah

Resepi Lepat Pisang Sedap Mudah

Bahan bahan:
13 biji pisang berangan/pisang emas
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam

Cara penyediannya
1- Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat.
2- Potong pisang nipis-nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat nanti akan ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula, gula perang dan garam. Kacau rata.
3- Masukkan tepung gandum pastu gaul hingga sebati.
4- Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang yang dah dilayur tadi. Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi.
5- Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6- Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan biarkan sejuk sekejap dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Lepat Pisang Sedap Mudah

Related posts:

My Baby Sos Carbonara Nina Stlye

Shampoo SAFI Shayla BEST..!! Selamat tinggal rambut kepam

Pecah rahsia! Resepi Yee Mee Kung Fu chinese style ini sedap macam kat kedai TomYam

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN KETAHUI KHASIAT KANGKUNG

Lifestyle Resepi kueh mueh tradisionallepat pisangmenu minum petangresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. adianiez AIDA says:
    January 24, 2017 at 4:08 pm

    feveret ni.
    tak pernah buat sendiri.
    nampak resepi mcm senang ajer, nina 🙂
    tq for sharing.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes