Minyak zaitun bagus untuk kesihatan. Ya ramai tahu tentang ini! Lemak yang terkandung di dalamnya adalah lemak baik. Selain itu, ia mengandungi antioksidan yang bagus dalam mencegah penyakit berbahaya seperti jantung, stroke dan diabetes. Kebiasaanya ramai orang akan amalkan sesudu dua setiap pagi atau malam untuk dapatkan kesihatan dalaman yang optimum. Nina sekeluarga tidak terkecuali. Dah agak lama kitaorang gunakan Minyak Zaitun AL ARD dalam kehidupan seharian kami.
” Eewww.. tak tertelan Minyak Zaitun! “
Tidak dinafikan ramai je alami situasi macam ni. Nina sendiri pernah alaminya dulu
Namun setelah Nina dah cuba Minyak Zaitun AL’ARD, rupanya EVOO ni sedap je telan gitu je.
Minyak Zaitun yang asli lagi original lain rasa dia. Minyak Zaitun AL ARD First Harvest ni sedap. Bau segar, fruity gitu. Rasa dia lembut je lalu kat tekak. Takde rasa perit, tengik macam yang korang rasa sebelum ni. Trust me! Korang should try AL’ARD EVOO First Harvest Limited Edition ni
Minyak Zaitun
Ok lupakan rasa tak sedap tadi tapi tahu tak ada cara lain yang paling mudah nak amalkan Minyak Zaitun selain kena telan 2 sudu minyak zaitun gitu je setiap pagi atau malam ? Ahaa… Nina kongsikan antara cara lain yang paling mudah , maybe korang tak terfikir sebelum ni. Jommm tengok cara Nina gunakan Al’Ard Minyak Zaitun untuk seisi keluarga.
Cara Guna Minyak Zaitun AL ARD / Extra Virgin Olive Oil (EVOO) ?
Minyak zaitun banyak manfaat kesihatan, semua orang tahu hal ini. Ini kerana lemak terkandung di dalamnya adalah lemak baik. Selain itu, ia mengandungi antioksidan yang bagus dalam mencegah penyakit berbahaya seperti jantung, stroke dan diabetes. Ada banyak kegunaan Minyak Zaitun Extra Virgin Olive Oil (EVOO) untuk kesihatan dan kecantikan tau. Nina kongsikan beberapa cara penggunaan minyak zaitun yang Nina amalkan dalam kehidupan seharian…
1. Food dressing Malaysia Style
Curah je sesudu dua atas apa jua hidangan masakan korang. YA apa saja lauk pauk yang dah masak tuu. Mudah sangat kannn? Seisi keluarga dapat manfaat kebaikan Minyak Zaitun.
2. Dessert dressing
Curah sesudu dua atas ice cream! Hurmm… Macam pelik kannn tapi korang should try sebab bukan saja lebih berkhasiat malah lagi sedap ice cream korang nanti!
3. Bread dipping
Omputeh kata makan roti cecah Minyak Zaitun bersama Za’atar. Perghhh… Sedap!
Anak-anak pun suka. Menu sarapan paling mudah + bernutrisi. Lemak baik dan antioksidan dalam minyak zaitun ini sangat baik untuk kesihatan jantung berbanding mentega.
4. Guna Untuk Menumis
Kalau sebelum ini, korang tumis sayur menggunakan minyak masak biasa, sekarang tukar pada minyak zaitun. Ia kerana minyak zaitun mengandungi lemak baik yang boleh meningkat kadar kolestrol baik dan menjadikan aroma sayur yang ditumis lebih sedap.
5. Salad Dressing
Hurmm… Sebenarnya tak ramai pun rakyat Malaysia makan salad. Ya ya ada tapi tak ramai.
Yang makan salad memang dah biasa titiskan beberapa titis minyak zaitun dalam salad sebagai pengganti thousand island atau mayonnaise. Ini kerana kandungan lemak dalam mayonnaise sukar dibakar, ia juga salah satu punca berat badan korang naik naik naikkkkk..!! HAhaa..
4. Minum Secara Terus
Makan je gitu aje sesudu dua setiap pagi atau sebelum tidur malam. Penghadaman lancar!
Minyak Zaitun Extra Virgin yang berkualiti tinggi boleh diminum secara terus dengan sudu bagi memastikan semua kandungan khasiat Minyak Zaitun itu dapat diserap dengan lebih efektif oleh tubuh badan.
FDA menyarankan dos sebanyak 2 sudu besar sehari bagi amalan penjagaan kesihatan harian. 1 sudu besar sebelum sarapan pagi dan 1 sudu besar sebelum tidur malam.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan pula, dos pengambilan perlu ditambah mengikut keadaan dan kesesuaian kesihatan individu tersebut dimana jumlah pengambilan boleh digandakan kepada 4 sudu besar sehari.
Cara minum EVOO Minyak Zaitun AL ARD
- Minum 2 kali sehari iaitu 1 sudu besar (15ml) pagi sebelum makan pagi dan sebelum tidur. Kekadang kalau lupa makan malam, pagi tu Nina makan 2 sudu
- Minyak zaitun perlu diminum ketika perut kosong secara kemam dulu 1/2 minit sebelum ditelan perlahan. Selepas 3 – 5 minit barulah minum air.
Kalau tak lalu nak telan minyak zaitun gitu je! Macammana ?
Tapi kalau korang rasa tak boleh nak telan minyak zaitun ni gitu je, Nina cadang kan korang campurkan sesudu minyak zaitun ke dalam jus lemon dan madu. Minum suam suam sedap beb!
Ini bukan pertama kali Nina share pasal Minyak Zaitun, tahun 2020 pun dah share dah.
Sebab ianya bagus sebab tu Nina seronok share lagi ngan korang.
Kebaikan Kelebihan amalkan Minyak Zaitun Untuk kesihatan Kecantikan
1. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
2. Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
3. Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
4. Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
5. Antioksidan dan antikanser
6. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
7. Membekal vitamin E
8. Mencantikkan kulit dan rambut
9. Kestabilan asid lemak
10. Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
MINYAK ZAITUN AL ARD FIRST HARVEST
Penjagaan makanan sangat penting bagi mereka yang mempunyai masalah kadar gula dalam darah.
Terkini AL’ARD memperkenalkan Minyak Zaitun First Harvest Limited Edition!
Bukan sekadar minyak zaitun biasa, tetapi Minyak Zaitun dari perahan Hari Pertama dari Bumi Palestine ini lebih bagus untuk kesihatan!
Kenapa Minyak Zaitun AL ARD First Harvest adalah pilihan terbaik untuk membantu masalah kesihatan ?
- ✅ Bestnya minyak zaitun Al’Ard ni pula adalah dari sumber buah yang dipetik pada hari pertama musim menuai. Buah zaitun segar tuaian hari pertama yang dipetik dan diproses pada hari yang sama! Ditanam dan hasil dari ladang Nablus, Tebing Barat, Palestin
- ✅ Hasil minyak zaitun Al’Ard First Harvest ini dipilih dari Buah Hijau terbaik
- ✅ Minyak yang diperolehi dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri mempunyai kandungan acidity rendah dan kurang <0.5% yang sangat bagus
- ✅ Buah dari pokok Zaitun tua melebihi 500 tahun mengandungi khasiat Antioksidan, Vitamin dan Mineral yang jauh lebih tinggi berbanding pokok Zaitun Muda. Khasiatnya dapat membantu mengurangkan kerosakan yang berlaku disebabkan oleh tekanan oksidatif yang berpunca dari kandungan gula yang tinggi dalam darah.
– Tinggi kandungan klorofil
– Tinggi antioksida
– Tinggi antiradang
– Paling tinggi khasiat berbanding minyak zaitun dari late harvest. - ✅ Kandungan Polifinol Yang Tinggi dalam Minyak Zaitun First Harvest dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan anda.
- ✅ Pembotolan secara ‘Nitrogen Injection Bottling’ bagi mengekalkan kandungan khasiat Antioksidan.
- ✅ Menggunakan botol kaca gelap Anti-YV (ultra voilet) bagi menjamin khasiat minyak zaitun dan kesegarannya.
- ✅ Diiktiraf organik dan fairtrade, extra virgin & cold pressed
Bagaimana Nak Tahu Minyak Zaitun Asli / Extra Olive Oil Original
TIPS BELI MINYAK ZAITUN TERBAIK
Diiktiraf pensijilan
Untuk pengetahuan korang, AL’ ARD Premium Organic Extra Virgin Olive merupakan keluaran AL’ ARD yang mendapat pengiktirafan organik daripada EU ORGANIC dan JAS ORGANIC (Japanese Agriculture Standard). Malah ianya adalah hasil dari ladang kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
Malah syarikat pengeluar AL’ ARD Palestinian Agri Products di Nablus, Tebing Barat Palestine juga memiliki pengiktirafan ISO-22000, FAIRTRADE & HALAL Palestine.
Lulus ujian makmal
Selain itu, AL’ ARD Olive Oil juga telah menjalani beberapa ujian makmal dan mempunyai 3 sijil CoA, iaitu:
- Certificate Of Analysis dari Kementerian Pertanian Paletine
- Independent Laboratory dan IOC Certified Laboratory serta sijil CoO
- Certificate of Origin dari Palestinian Ministry if National Economy.
Botol kaca gelap
Selalu korang beli minyak zaitun botol warna apa? Bekas kaca jernih lutsinar?
Minyak Zaitun terbaik dibotolkan dengan gas nitrogen ke dalam botol kaca gelap atau tin aluminium untuk mengelakkan kualiti minyak zaitun terjejas akibat terdedah kepada cahaya matahari dan bagi menjamin khasiat minyak zaitun dan kesegarannya.
Minyak zaitun yang berada dalam botol kaca cerah atau botol plastik akan terdedah kepada cahya Ultra Ungu atau UV yang dihasilkan oleh cahaya matahari atau cahaya lampu dipasaraya yang boleh menyebabkan proses oxidation.
Label lengkap maklumat
Segala maklumat yang berkaitan dengan penghasilan minyak dinyatakan di label botol seperti nutrisi, tarikh luput produk (tidak melebihi 24 bulan), maklumat pengeluar, negara asal produk dengan alamat yang lengkap, termasuklah berkenaan tarikh tuaian buah.
So take note tau, beli Minyak Zaitun yang jual dalam botol kaca gelap dan simpan ditempat yang tidak terdedah terus cahaya matahari. Simpan lah dalam kabinet atau rak bertutup. Tapi bukan dalam fridge tau!
Semak tarikh harvest dan expired tidak lebih 2 tahun
Masa pun musuh minyak zaitun. Makin lama kita simpan, makin kurang kualiti minyak. Sebaiknya, habiskan minyak lepas 3 – 6 bulan kita buka penutup. So paling penting semak tarikh luput sebelum beli. Yang mana TAKDE TARIKH HARVEST DAN EXPIRED JANGAN BELI. Minyak zaitun yang lebih 2 tahun dalam botol, minyak tu lebih banyak teroksida dan akan jadi tengik! Rasa dia serius tak sedap, sakit tekak telan. Nina sendiri pernah terkena sebelum ni, salah sendiri tak check betul-betul masa beli kat pasaraya. Huhuuu
Minyak Zaitun Untuk Masak ?
Ya boleh!
Kalau korang perasan, ada di pasaran minyak zaitun packaging nya dalam tin. Haa… Yang ini boleh untuk dimasak. Deep Frying pun no problem. Tak percaya? Masa korang goreng ikan atau ayam, cer masukkan check suhu dan tengok berapa suhu minyak semasa menggoreng. Kalau melebihi ‘smoke point’, mau dah terbakooorrr dah rumah korang! HAhaa.. So jawapannya ya boleh guna
So lepas ni, nak masak-masak tanpa was-was korang boleh je guna Minyak Zaitun untuk masak. Tiada masalah! Atau susah sangat korang guna je minyak kelapa sawit! Kat negara Arab depa memang pakai Minyak Zaitun untuk segala masak memasak sebab kat sana mana ada minyak kelapa sawit kannn?
So apadehal dok pening-pening boleh ke tak boleh? HAhaa
8 TIPS MEMILIH MINYAK ZAITUN YANG BERKUALITI
Ciri-ciri ini sangat penting dan perlu ada kerana Minyak Zaitun sangat sensitif kepada :
CAHAYA, OKSIGEN, TEMPOH MASA dan SUHU. So secara ringkasnya korang beli Minyak Zaitun :-
1. Pilih Grade EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (EVOO) sahaja.
2. Mesti Dalam Botol Kaca GELAP Kalis UV, Ultra Violet atau Tin Aluminium.
3. Pembotolan Dengan “Nitrogen Injection”.
4. Ada Maklumat “HARVEST DATE”, Production Date dan Expiry Date.
5. Pastikan Ada Maklumat Syarikat Pengeluar Dari Negara Asal.
6. PASTIKAN BUKAN EVOO Dalam Botol Plastik.
7. PASTIKAN BUKAN Dalam Bentuk Kapsul atau Softgel.
8. PASTIKAN BUKAN Minyak Zaitun UNFILTERED Atau Tanpa Tapisan.
Resipi Berasaskan Minyak Zaitun AL ARD
Salad Ayam Eat Clean
Bahan-bahan
Isi dada Ayam perap dengan Premium Palestinian Za’atar Blend (Thyme)
Taburkan dengan cili flakes
Kemudian grill sehingga masak ikut citarasa samada nak well done atau janji isi ayam cukup masak.
Sayur Salad – ikut suka nak letak apa atau apa jer bahan yang ada kat rumah. Tak payah die hard sangat pi beli memacam, hanya letak yang kroang akan makan. Contohnya daun Salad, tomato, timun, bayam brazil, hirisan baby carrots, sedikit hirisan daun ketumbar, perahan lemon sikit, capsicum atau sayur kegemaran korang.
Cara buat salad Eat Clean
1. Isi Ayam di perap dengan Za’atar Blend dalam 15-30 minit kemudian di grill. Pastu hiris nipis.
2. Cuci bersih dan toskan semua sayuran, susun dalam mangkuk.
3. Renjiskan dengan minyak zaitun Al’Ard dan sedikit perahan lemon. Gaul rata. Kemudian letakkan isi ayam. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar . Siap!
Za’atar AL ARD
Tadi Nina ada kongsikan Nina makan roti cecah Minyak Zaitun AL Ard bersama Za’atar kann.. Anak-anak suka!
Ok, Za’atar adalah campuran herba Thyme, Bijan dan Garam asli dan Thyme yang terdapat dalam Za’atar Al’Ard ditanam di atas kawasan bukit Palestine mengikut amalan pertanian yang diwarisi secara turun-temurun. Justeru itu, terhasillah Thyme yang lebih segar dengan kualiti yang bermutu tinggi.
Kalangan penyelidik mendapati bahawa Carvocrol (fenol) yang terdapat dalam Thyme mempunyai ciri-ciri kongnitif yang meningkatkan mood positif seseorang. Menurut kepercayaan masyarakat di negara Timur Tengah, Za’atar mempunyai khasiat untuk meningkatkan kesihatan minda. Anak-anak di Palestine digalakkan untuk menabur campuran Za’atar pada makanan mereka sebagai makanan persiapan menghadapi peperiksaan.
Kebaikan Za’atar
- Menajamkan minda
- Melancarkan sistem respirasi
- Mengurangkan keradangan
- Memberi Tenaga
- Meningkatkan sistem matabolisma
- Menguatkan tulang
- Melancarkan peredaran darah
- Menguatkan daya imunisasi
- Anti kulat/fungus
- Mencantikan kulit
“Ambil 2 sudu Extra Virgin Olive Oil setiap hari mampu mengurangkan risiko sakit jantung” – sumber FDA dan EFSA
Amacam? Banyak kannn kelebihan manfaat minyak terbaik ini. Jom gunakan sebaiknya dan amalkannya.
Yang tak boleh ialah.. dah ada dah Minyak Zaitun AL’ARD yang ada dirumah, tapi tak digunakan..
Jom dapat kan Minyak Zaitun AL ARD First Harvest Limited Edition Sekarang!
Oh ya, sekarang ni ada contest cabutan bertuah . Cepat beli, manalah tau korang korang antara insan bertuah ke kannn? Hadiah lumayan tau! Pakej Umrah dan banyak lagi hadiah istimewa
✅ Penghantaran secara COD atau standard postage
Stok sangat Terhad!
Testimoni Minyak Zaitun AL ARD
Sejak Nina amalkan 2 sudu minyak zaitun Al Ard setiap pagi , perbezaan paling ketara adalah keesokkan harinya proses pembuangan amat lah lancar! Senang nya buang sisa makanan semalam. Perut rasa lega, ringan dan takde dah sembelit.
Nina guna perasan, kulit Nina semakin hari semakin sihat, lembab, lembut je terutama dikawasan tumit. Nina dah tak perlu sapu lotion malam-malam sebelum tidur dah.
Kebaikan lain, rasa semakin sihat!
Nina takde buat check darah bagai nak dibandingkan tapi kita kenal badan kita kann..? Kita tahu apa yang kita amalkan membawa kesan baik untuk kesihatan kita. No more migraine!
Maybe laa paras kolestrol Nina dah turun kot… Korang yang betul-betul ada masalah kesihatan boleh lah buat check up before after. Lagi pula, Al’Ard Olive Oil bukan lah ubat, sekadar makanan terbaik yang kita patut amalkan. Why not?
Kalau untuk sarapan pagi, Minyak Zaitun boleh dicampurkan dalam Sambal nasi lemak, Kuah roti canai, Bubur nasi atau bubur manis, Nasi goreng, Nasi Minyak, Nasi Dagang, Kuah Lodeh, Sup Soto dan segala macam jenis makanan berkuah seperi Mee Rebus, Mehoon Sup dan pelbagai jenis sambal.
Mudah sahaja nak amal dan dapatkan Khasiat Antioxidants Minyak Zaitun.
Paling senang korang tak perlu nak paksa diri untuk telan Minyak Zaitun dengan sudu atau mengambil Minyak Zaitun dalam bentuk kapsul atau Softgel. Iyer ke dalam softgel tu minyak zaitun? Eerrkk… Hah cuak tak?
Khasiat Minyak Zaitun
Kot korang masih belum faham, korang tonton sendiri video penerangan dari pakar Dr Norman tentang Khasiat Minyak Zaitun. Moga perkongsian Nina sedikit sebanyak ini memberi manfaat buat korang sekeluarga. InsyaAllah
Kat mana nak beli MINYAK ZAITUN AL ARD ?
Sekarang ni semuanya di hujung jari. Mudah sangat! Korang boleh pi order melalui media social Al’Ard di
Website : http://www.alard.my
Beli : http://www.alardproducts.my
Jom kita mulakan hari ini. Nak renjiskan minyak zaitun Al Ard atas Ice Cream pun boleh. Sangat mudah nak amalkan Minyak Zaitun. Boleh dicampurkan dengan makanan panas dan sejuk, pedas dan manis, bergoreng dan berkuah. Hampir semuanya boleh, hanya tak sesuai atas agar-agar je kot. HEhee
bread dipping oil tu menarik lah, boleh lah try. minyak zaitun ada kat rumah ni
baru tau kehebatan minyak zaitun palestin ni
Kita sama laa.. eyqa pun amalkan olive oil jenama Al’Ard nie. Pilihan terbaik!
Artikelnya bermanfaat mengenai alard minyak zaitun. Pentingnya mengetahui serta waspada terhadap penyakit terutama pada jantung. Jika mengalami Serangan Jantung harus ditangani secara medis yang intensif untuk hasil maksimal.
Menarik perkongsian mengenai produk ini .. Dulu tak tahu banyak mengenai Minyak zaitun.. sekarang ni dah banyak dapt info menarik dan berguna mengenai Minyak zaitun..
jarang tengok cooking oil yang macam tu, lain yer?
Kak Nina pun first time tengok. Dah guna memang best
Masa masak tak berbau macam kita guna minyak kelapa sawit. Makanan pun lagi sedap
Should try, lain rasa dia