Sapa suka hiking? Kat mana tempat hiking yang paling korang suka? Ramai sedia maklum hiking adalah aktiviti lasak yang sangat sinonim dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun. Fuhhh macam mencabar kannn..? Aktiviti hiking ni bagus untuk kesihatan sebab senaman kardio ini membuatkan jantung berdegup kencang yang pasti akan buat pendaki berpeluh basah sampai lencun. Nina kongsikan pengalaman pertama Nina hiking di Bukit Gasing.
Bukit Gasing
Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya,Selangor, Malaysia. Antara tempat yang berhampiran ialah Bukit Kerinchi, Jalan Gasing, Jalan Templer, Bandar Baru Petaling Jaya, Kampung Pantai Dalam, Pantai Dalam, Petaling Lama, Taman Bukit Angkasadan lain-lain. Ini hutan tengah bandar. Boleh hirup udara bersih yang buat badan segar bugar. Kawasan hutan membahagikan kawasan PJ dengan KL ini adalah kawasan yang boleh anda masuk dan buat trekking dengan family. Bukit Gasing ni sangat terkenal dan boleh dikatakan “sibuk” pada hujung minggu dan hari cuti umum.
Ketinggian Bukit Gasing
Bukit Gasing ini yang juga dikenali dengan nama Taman Pendidikan Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya, Selangor . Ketinggian Bukit Gasing mencecah 160 meter.
Hurmm… tak berapa tinggi tapi pengalaman pertama Nina dapat hiking memang best, dari pengalaman pertama terus jadi hobi dan aktiviti kesukaan Nina walaupun dok ulang ulang ngomel
Ketahui tempat hiking di Batu Pahat Johor : Gunung Ganang . Menarik lak nama dia kann?
“Ya ampun..
Awak, kita dah barai ni
Kita koyak dah ni awakkkkk!” HAhaaaburuk nau perangai bila teringat
Kenapa hiking aktiviti yang bagus untuk kesihatan ?
Nina bukan lah seorang yang kuat terutama stamina sebab Nina ada asthma. Aktiviti slow and steady paling Nina suka adalah brisk walk tapi lepas dah terjebak pengalaman pertama hiking di Bukit Gasing, terus jatuh cinta dengan hobi baru ni.
Nina rasa lebih yakin bila dapat mengawal pernafasan di saat melakukan senaman kardio yang terbaik ini. bersukan. Apabila hiking kita akan lalui laluan yang tidak rata (iaitu bukit) , dengan bawak bebanan berat diri sendiri semestinya menghasilkan peluh yang banyak sampai lencun dan secara tak langsung jantung akan bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah ke badan dan dapat membakar lebih banyak kalori. So bila selalu mendaki bukit, jantung dan paru-paru akan lebih sihat. Yesszaaa… Tercapailah misi turunkan berat badan dan kuyuss! best kannn?
Kelebihan aktiviti Hiking
Dipendekkan cerita, antara kebaikkan lain aktiviti hiking adalah
- Dapat menguatkan otot, badan , mental, fizikal.
- Meningkatkan stamina
- Menstabilkan paras kolestrol dalam darah
- Mengurangkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi
- Menguji kekuatan dan ketahanan badan
- Membantu mengurangkan depresi dan stress
- Meningkat skil penyelesaian masalah
- Meningkatkan memori otak – boleh mengelakkan terjadinya alzheimer
- Merapatkan silatulrahim
- Memupuk rasa mensyukuri nikmat Yang Maha Esa
- Last > > > > lebih sihat , bonus dapat turunkan berat badan dan kurus! Yeayy..
Pengalaman Pertama Hiking di BUKIT GASING
Pertama kali Nina Hiking 💪💪
Bukit Gasing ku jejaki
Rasa nak tercabut lutut ooii…
Mintak nyawa entah berapa kali🤭😅😅
Mujur laaa ikut Tati Mansur, dan family dia. Anak bujang dia laaa yang tolong bawak bag Nina. Dalam hiking dipanggil tanker. Nampak tak, angkut bag sendiri pun tak daya. 🙈 So sad laa Nina ooiii 😅😅
Permulaan hiking laluan santai. Seronok tengok nature! Dok belek sana sini.
Tak lama kemudian, laluan diteruskan menaiki tangga. Ok tangga! Maka . . . gigih lah satu per satu tangga ku langkah. Tiba-tiba tengok atas!
Oh No! Devil Staircase Bukit Gasing dugaan sungguh!
Eh eh.. Berapa banyak anak tangga kena naik lagi nih?
Awat laaa tak sampai-sampai? Ya ampun lutut, kaki dah tak rasa apa dah nih! Huwaaaa…
Tati kata tangga ini dipanggil the Devil Staircase . Huh! Memang rasa putus nyawa dah nih
Dalam kepenatan cungap cungap, terus kan lagi perjalanan. Best nya kat Trail Bukit Gasing ni, ada check point yang menarik untuk kita berhenti berehat top up nyawa. Tapi Tati pesan tak boleh lama-lama sangat rehat, nanti badan sejuk lagi susah nak mula semula. Bertabah laaa HAhaa…
Entah berapa kali dok berhenti pun entah laa.. Tak terkira!
Namun gigih ku teruskan perjalanan. Cemburu tengok anak kecik Tati selamba je jalan, ada warga emas pun laju jalan so why not kita pun habiskan apa yang kita dah mulakan..
Peranan Sweeper penting sangat sebab
Masa naik tangga, sesekali Nina mintak tangan Tati sambut pegang erat tangan Nina. Manja tul kak Nina ni kannnn? 🙈🤪🤪
Bukan apa pun… Genggaman tangan pendorong kita, ianya seolah memberi aura positif dan semangat untuk daki hingga penghujungnya. 💪💪
Ini lah peranan sweeper!
Siapa Sweeper? Sweeper adalah orang yang terakhir dalam trek. Menjaga peserta, supaya semuanya selamat sampai ke puncak dengan jayanya. Sweeper juga lah orangnya yang selalu memberi kata semangat waja dan dia juga lah yang selalu buat keje terkutuk iatu ‘bohong sunat’ pada pengikutnya!
Paling tak leh blah…
“lagi 5 minit”
“3 minit lagi”
“sikit jer lagi”
“atas tu jer”
“depan tu jer”
“tak jauh dahhh”
😂 Ayat ni penuh tipu daya. Dusta semata! 🤣🤣🤣
TOLONG JANGAN PERNAH PERCAYA!
Tapi
Jambatan Gantung Cantik
Perjalanan diteruskan ke jambatan gantung bagi merasai pengalaman yang lebih mencabar. Dari sini pendakian memakan masa lebih kurang 30-40 minit lagi dan kali ini pendakian lebih mencanak dan menguji mental. Ianya lebih sukar kerana perlu menaiki anak tangga yang tinggi dan memenatkan. Namun ianya berbaloi kerana pada penghujungnya kita disajikan dengan pengalaman menyeberangi jambatan gantung yang lebih ekstrem. Ianya bergoyang-goyang dan hanya boleh menampung beberapa orang sahaja pada satu-satu masa. Namun begitu, ianya sangat selamat kerana telah dibina dengan rapi dan diselenggara.
Pendakian santai chill and relax diteruskan. Masa ni macam dah penat tapi keterujaan nak sampai ke puncak maka sambung lagi pendakian ke check point yang seterusnya.
Akhirnya berjaya sampai ke puncak Bukit Gasing!
Asbab kata-kata ‘bohong sunat’ tadi tu lah akhirnya..
Syukur alhamdulillah.. Berjaya sampai atas!
Walaupun pi bukit gasing jer… Ianya cukup bermakna buat diri ini. Satu pencapaian yang belum pernah Nina explore 💕
Sapa sangka,. umur dah patploh dua tahun baru berani nak cuba hiking.
Maklumlah.. Sedar diri, kesihatan Nina bukannya baik mana saya tak fit pun namun akhirnya berjaya naik sampai puncak!
Serik ke hiking Bukit Gasing ?
Tak serik! Seronok, best..!!
Nanti nak naik lagi trail lain pulak atau nak try bukit lain plak. Amboi semangat! Tak sedar diri tadi dok ngomel barai laa, capek laaa, koyak laaa .. HAhaa
Nanti kita pi lagi yaaa Saidila Abdul Rahman, Suhaidi Jairi, Tsm Tati Mansur, Fareez Aeezh
Next time kita pi ramai lagi, kita ajak sekampung gituh!
Kenapa Bukit Gasing trail terbaik untuk beginner ?
Bukit Gasing merupakan kawasan yang agak terkenal untuk beriadah bagi warga kota ini terletak di sempadan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Kawasan hutan dan bukit di sini masih dalam keadaan baik seluas kira-kira 52 hektar dengan ketinggian kira-kira 164 meter. Ia masih terpelihara dengan keaslian flora dan fauna di sekitarnya.
Trail mesra pendaki tak kira usia
Bukit Gasing adalah tempat yang sesuai untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan sukan hiking. Tidak kira tua, muda, kecil dan besar masing-masing kelihatan bersemangat untuk memulakan pendakian. Biarpun tahap ketinggian bukit ini tidak setinggi mana dengan ketinggian mencecah 160 meter aje tetapi trek laluannya yang berliku dan agak curam serta mencabar terutama individu yang ingin berjinak-jinak dalam dunia hiking.
Kalau korang hiking kat sini, korang akan perasan sepanjang perjalanan korang akan terserempak dengan pendaki lain yang tak kira usia. Salute habis kat warga emas yang superb fit stamina mereka! Selamba laju je potong kita yang muda belia ni terhegeh-hegeh mendaki tangga satu persatu. Siap take a break lagi ambik nyawa nafas. HAhaa
Buat yang suka join hiking di mana-mana event korang boleh ambil feel dulu dalam kawasan yang boleh dikatakan selamat ini. Ramai pendaki kat sini jadikan trek Bukit Gasing ni sebagai tempat berlatih untuk trip hiking event yang memerlukan korang speed ikut masa tuuu. Selamba je derang berlari. Selisih lah dengan depa ni naik turun entah berapa kali sedangkan kita ni sekali naik pun tak sampai-sampai lagi. Huhuuu..
Kalau korang ambil trek utama, masa untuk jungle trekking kat dalam ini dalam 2 jam pergi balik. Eh! Iyer ke? errkkk… Atau sebaliknya just santai-santai pun onz! Janji keluar peluh sampai lencun..
Ada signboard , petunjuk dan guide
Trail Bukit Gasing ada signboard kat dalam hutan untuk korang ikut sebagai petunjuk. Walaupun keadaan signboard uzur, tapi masih berguna untuk pusing habiskan trek. Tapi nak khabarkan kat dalam ni memang ramai yang sama-sama mendaki so korang tak perlu risau. Sesat jalan tanya
Para guide sukarelawan pun ramai kat dalam ni. Paling bagus depa ni rajin bertegur sapa dengan kita. Agaknya ada cop kat dahi Nina ni kot “Aku beginner” sebab para guide ni suka tegur dan beri kata semangat kat Nina.
Tips Hiking ke Bukit Gasing
- Ada 2 pintu masuk ke sini. Hutan Pendidikan Bukit Gasing (di sebelah PJ) atau Taman Rimba Bukit Kerinchi (sebelah KL). Kedua-duanya tempat letak keretanya terhad.
- Hutan ini besar. Dalam 100 hektar. Dan ia ada kawasan yang curam dan mencabar untuk yang berusia walaupun bertangga (dipanggil the Devil Staircase).
- Pergi berkumpulan. Ikut trail supaya tak sesat dan buang masa. Kalau tak jumpa trail, buka mulut dan bertanya.
- Sembur atau pakai losyen anti nyamuk kalau kulit anda sensitif. Jangan pakai baju warna gelap.
- Akan ada hikers yang bawa anjing mereka bersama. Bersedia untuk itu.
- Disebabkan tak ada kedai atau tandas di dalamnya, makan dulu sebelum datang. Bawa air, snek bar sendiri. Dan selesaikan hajat anda awal-awal.
- Alternatif lebih selamat kalau anda rasa anda tak bersedia, tapi masih nak rasa suasana hutan ialah KL Forest Eco Park, 30 minit dari sini.
Apa yang pasti setelah penat berjalan, kepuasan pasti dirasai sebaik sahaja menjejakkan kaki di puncak Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Anda berpeluang menjamu mata dengan panorama indah bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Tips parking Bukit Gasing
Bukit Gasing dikelilingi taman perumahan dan tidak pernah sunyi terutama pada awal pagi. Namun perlu diingat pengunjung perlu bekerjasama dan tidak boleh meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan sesuka hati atau di depan rumah penduduk berikutan ruang parkir yang agak terhad. Pada hujung minggu atau cuti umum, dicadangkan untuk tiba di kawasan ini lebih awal untuk mengelakkan korang terpaksa parking kenderaan di tempat yang jauh.
Sebenarnya terdapat banyak entrance yang boleh digunakan untuk mendaki Bukit Gasing ni, namun begitu entrance yang paling terkenal dan menjadi signature Bukit Gasing adalah melalui pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Pendaki boleh meletakkan kenderaan pada kawasan parkir yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk namun begitu ianya sangat terhad.
So memang tak pelik dah ada je orang yang datang mendaki Bukit Gasing ni akan tiba seawal jam 6 pagi semata-mata nak dapatkan tempat terbaik parking kereta. Kita boleh juga meletakkan kereta ditepi kiri kanan jalan tetapi kalau nasib tak baik kereta akan disaman oleh MBPJ! So sebaiknya elakkan lah.. Saman pun duit ooo… Zaman sekarang semua pun kena kira bajet betul-betul. Naya je..
10 TIPS HIKING UNTUK BEGINNER.
Okies, memandangkan hiking di Bukit Gasing merupakan pengalaman pertama Nina, seronok Nina nak kongsikan tips hiking untuk beginner. Boleh lah korang jadikan panduan tak kisah samada ke Bukit Gasing atau mana-mana Bukit Gunung Ganang yang bakal korang jejaki.
Buat yang belum pernah terjebak aktiviti hiking ni, baca dan sila lah cuba!
1 . Stamina
Buat yang belum pernah terjebak hiking, dinasihatkan korang selalulah membuat senaman supaya stamina korang dibawah kategori keep fit sebelum aktiviti pendakian dijalankan. Ini bagi membiasakan diri menerima tekanan dan keletihan. . Sekurangnya buat lah brisk walk setiap hari atau seminggu 3-4 kali.
2 . Informasi
Pastikan sebelum mendaki, korang sudah mengetahui , dah hadamkan seberapa banyak info berkenaan tempat yang korang akan jejaki. Google dan baca seberapa banyak info, tanya pada yang berpengalaman yang dah pergi tempat berkenaan. Ini memudahkan korang membayangkan suasana, persekitaran dan apa juga segala kemungkinan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
3 . Teman
Selalunya aktiviti pendakian gunung tidak dilakukan berseorangan. Sebaiknya bagi korang yang baru pertama kali ke tempat berkenaan sekurang- kurangnya 3-4 dalam 1 kumpulan. Pastikan ada “mountain guide” atau “nature guide” yang menjadi juru pandu korang. Bukan gunung je tau, bukit juga ada yang tinggi dan banyak liku-liku kehidupan cabaran pendakian. Jangan pandang remeh perkara macam ni. Jangan acah-acah kuat tahu segala. Huhuu.. Dan lagi pergi lah bersama teman yang korang kenal untuk keselamatan. Jangan mudah percaya sesiapa pun!
4 . Peralatan Hiking Perlu Bawa
Senaraikan peralatan penting yang akan dibawa ketika mendaki teruatama ketika mendaki gunung yang memakan masa ber hari – hari atau melebihi lebih setengah hari. Stanby omputeh kata
- Identity card aka IC atau passport. Segala mak nenek credit card, watson card, petronas card tak payah bawak naik atas. Takde mesin ATM nun atas tuu.. IC penting untuk tahu siapa awak!
- Penting bawa ubat – ubatan – Tolong jangan lupa! Tak de sapa boleh tolong kalau korang lupa. Selain tu sila pastikan dalam kumpulan ada yang bawa first aid kit.
- Air minuman mineral sekurangnya 1.5 litter, air isotonik tambah tenaga
- Makanan (snack, energy bar, roti, kacang, kismis, pisang, coklat , makanan dalam tin dan sebagainya. Atau apa saja jenis lain yang korang rasa perlu) . Alat kelengkapan masak memasak yang perlu. Asal bukan macam nak ber kenduri kawin udah ler yaa..
- Tongkat / walking stick
- Mosquito Repellent untuk mengelakkan anda digigit nyamuk dan serangga.
Barang hiking penting lagi kena bawa
- Kasut Sukan – Kasut adalah merupakan salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk aktiviti hiking. Elakkan menggunakan kasut yang mempunyai tapak yang sudah licin kerana ia boleh membahayakan keselamatan anda semasa mendaki.
- Stokin – seandainya korang perlu bermalam di puncak
- Windbreaker – Sediakan juga windbreaker ataupun baju hujan untuk digunakan semasa situasi kecemasan contohnya seperti hujan
- Baju Tshirt – Pakai pakaian yang sesuai untuk mendaki contohnya seperti baju t-shirt yang diperbuat daripada material sintetik dan ringan agar ia dapat kering dengan cepat setelah menyerap peluh anda. Ini adalah untuk membantu memberi keselesaan semasa melakukan pendakian.
- Wisel – Sekiranya korang mendaki bersama ahli kumpulan, pastikan setiap ahli mempunyai wisel masing-masing. Kegunaan wisel dapat digunakan ketika kecemasan terutamanya apabila tersesat atau sekiranya memerlukan pertolongan dan untuk memberi amaran bahaya semasa aktiviti mendaki.
- Filter/ Pil klorin – kegunaannya untuk menapis air sungai sebelum diminum. Didihkan air tersebut terlebih dahulu kemudian baru campurkan dengan pil klorin setelah air tersebut menjadi suam.
- Beg Galas – Opkos laaa untuk mengisi barang keperluan di atas. Ciri-ciri beg galas yang sesuai adalah, kalis air dan bersaiz 35L hingga 50L. Saiz beg sebaiknya bersesuaian dengan saiz tubuh anda serta muat dengan barang yang korang nak bawa.
- LAST PALING PENTING – Tidak lupa smartphone . Rugi lah tak snap patploh juta gambar sebagai kenang-kenangan. Pastikan batteri phone full. Jika perlu bawa power bank.
5 . Rehat
Pastikan mempunyai rehat yang cukup sebelum memulakan pendakian. Ini kerana badan yang letih menyebabkan sukar untuk anda menakluk menuju puncak kegemilangan! Tidur awal
6 . Doa
Sebelum memulakan pendakian, bacalah beberapa doa agar perjalanan selamat pergi dan balik. Jangan lupa minta restu dari ibu bapa atau suami / isteri. Buat yang nak mendaki gunung ganang ayng berisiko sebaiknya buat lah hibah, kata-kata terakhir, pesan berpesan, kasitau no pin ebanking segala. Macam lawak tapi inilah hakikatnya. Jangan lupa bermaafan, bersihkan hati
7 . Cuaca
Kita tak mampu meramal cuaca tetapi kita perlu sentiasa ambil tahu ramalan kaji cuaca untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan yang bakal di takluki nanti.
8. Mental
Mental seorang pendaki harus kuat dan gagah perkasa, berjiwa waja, kental lagi kenyal. Korang perlu sentiasa positif walau apa pun terjadi. Jangan terlalu mengejar untuk sampai ke puncak kerana ini boleh membuatkan korang tidak fokus.
View Puncak Bukit Gasing
Gambar cantik view atas Bukit Gasing ni dari https://www.everydayonsales.com/news/16-hiking-trails-in-klang-valleys-with-their-levels-of-difficulty-which-you-can-keep-as-remark-first-d/
Bayaran masuk – PERCUMA
Waktu operasi Bukit Gasing
Monday
6:00 am – 7:00 pm
Tuesday
6:00 am – 7:00 pm
Wednesday
6:00 am – 7:00 pm
Thursday
6:00 am – 7:00 pm
Friday
6:00 am – 7:00 pm
Saturday
6:00 am – 7:00 pm
Sunday
6:00 am – 7:00 pm
Contact no Bukit Gasing
603-7956 3544
Lokasi BUKIT GASING
Fuhhh … Panjang berjela!
Terima kasih korang gigih baca sampai habis. Nina teruja nak share segala pasal hiking dengan korang. Maklumlah dah jadi hobi baru. Ikutkan panjang lagi nak citer.. HAhaa..
Nina share video kesemputan, kegigihan, kecomotan Nina 🙈🙈 , muka buruk lunyai barai kenangan terindah Nina 🤪🤣🤣
Each trip is a memorable journey for us to open our eyes.