Tahu tak cahaya dari laptop atau smartphone juga boleh merosakkan kulit? Ya, bukan sebab bahaya sinar UV sahaja boleh rosakkan kulit tapi cahaya blue light yang datangnya dari phone, laptop, TV juga boleh menyebabkan terjadi nya jeragat dan masalah lain pada kulit kita. So hari ni Nina nak kongsikan produk skincare terkini Nina guna dan best pakai dengan korang – Sunscreen SUNPLAY SKIN AQUA UV Brightening Moisture Gel SF50+ PA++++
Bahaya sinar UV , blue light
Apa itu blue light?
Blue light merupakan sinar biru yang dipancarkan oleh layar perangkat digital seperti TV LED, laptop, smartphone, tablet, dan perangkat gawai lainnya. Mata manusia pada umumnya sensitif terhadap 1 bagian dalam spektrum gelombang cahaya, iatu visible light.
Selama ini kita hanya fokus cahaya blue light smartphone bahaya pada mata je kannn, sebenarnya blue light juga bahaya pada kulit. Parahnya lagi, terlalu banyak cahaya biru juga dapat menyebabkan pigmentasi, atau lebih general para wanita takuti jeragat! Wajah akan terlihat lebih cepat tua dari usia dan garisan penuaan juga muncul.
Ketahui TIPS CARA JAGA MATA DARI GAJET
Sunscreen SUNPLAY SKIN AQUA UV Brightening Moisture Gel SF50+ PA++++
Ok, tidak dinafikan sunscreen ada pelbagai jenis dan jenama dipasaran. Nina pun memang suka share review sunscreen terbaik pilihan yang Nina dah gunakan. Dan nak dapatkan yang sesuai dengan skin bukanlah mudah. Bajet juga memainkan peranan. Kalau dah serasi yang mahal beratus ringgit, jenuh pulak nak beli lagi. Tak pasal kena menabung. Huhuuu…
So senang citer, majoriti produk yang Nina guna adalah yang mampu beli termasuklah sunscreen Sunplay Skin AQUA UV Brigthening Moisture Gel SPF50+ PA++++ ini. Fuhhh… banyak ++++ dia! Harga tak sampai RM50 so yang mana masih tercari-cari sunscreen yang serasi dengan muka dan bajet boleh lah cuba!
Didatangkan dalam packaging botol plastik yang comel warna light pink 80g. Nina suka botol gini sebab tak mudah pecah, senang dibawa masuk dalam handbag pun boleh. Penutup pusing mudah lock. Lubang kecil – bagus liquid tak mudah tumpah berlebihan. Tekstur ringan, watery warna putih yang mudah diblend dimuka. Tiada bau!
Kelebihan Sunscreen SUNPLAY SKIN AQUA UV Brightening Moisture Gel SF50+ PA++++
Mencerahkan
Kandungan yang ada dalam sunscreen ini diselitkan dengan Brightenyl antioksidan yang kuat untuk membantu mencerahkan dan memulihkan tona kulit untuk kulit yang kelihatan cerah dan berseri
Melembabkan
dirumus dengan Chaga Mushroom Extract untuk melembapkan dan melembapkan kulit untuk mengelakkan kehilangan lembapan daripada pendedahan matahari setiap hari
Anti Blue Light
Mengandungi Cocoa Seed Extract melindungi kulit dari kerosakan akibat blue light radiation
Double Anti-Pollution Formula
Mengurangkan keupayaan zarah tercemar melekat pada kulit dan membentuk penghalang untuk melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar
Anti-Oxidant
Peptida anti-penuaan Carnosine mempunyai sifat anti-oksidan yang kuat yang melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh UVA /UVB .
Ringan dan cepat meresap, tidak melekit langsung
Diserap dengan mudah dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit untuk rasa ringan air tanpa berat. Bila pakai memang rasa macam tak pakai apa-apa pun. Best! Kulit pun lembab sepanjang hari.
Formula gentle and mild to skin
Tidak mendatangkan kerengsaan, bebas alkohol , paraben, pewarna, pewangi, minyak mineral dan Methylisothiazolinone. Selamat!
Solarex-5 Technology
- Photostable and Broad Spectrum Protection – dengan formulasi unggul yang tidak mudah rosak di bawah matahari, untuk perlindungan berpanjangan terhadap sinaran UVA/UVB, inframerah A (IRA) dan cahaya biru Hugh Energy Visible (HEV) yang berbahaya.
- Anti-Penuaan pramatang – dengan Ectoin, Blumilight dan Dragosine untuk melindungi kulit daripada tanda-tanda awal penuaan kulit.
- Intense Hydration – dengan Asid Hyaluronik untuk menghidrat dan mengunci kelembapan, mengekalkan kulit terhidrat sepanjang hari.
Review Nina SUNPLAY SKIN AQUA UV Brightening Moisture Gel SF50+ PA++++ ?
Secara ringkas point penting sebab Nina sukakan Sunscreen SUNPLAY SKIN AQUA UV Brightening Moisture Gel SF50+ PA++++ ini adalah :-
✅ SPF 50+ PA++++
✅ Anti Blue Light
✅ Anti Pollutants
✅ Mencerahkan dan melembabkan kulit
❤️ Cepat meresap
❤️ Tidak melekit
❤️ Tekstur ringan
❤️ No white cast
❤️ Senang dicuci
Boleh pakai di muka dan badan. Jimat!
Antara faktor lain Nina suka pakai Daily Sunscreen dari SUNPLAY SKIN AQUA UV Brightening Moisture Gel SF50+ PA++++ sebab kegunaannya yang tidak terhad. Boleh pakai di muka, boleh juga pakai dibadan. Jimat!
Selain tu sunscreen ini juga sebagai makeup base. Muka tampak glowing selepas sapuan.
Cara pakai SUNPLAY SKIN AQUA UV Brightening Moisture Gel SF50+ PA++++
- Pakai sunscreen yang mencukupi. Kuantiti sebanyak 2 jari. Sapu rata keseluruh wajah dan leher.
- Gunakan sunscreen di akhir rutin skincare.
- Gunakan moisturizer sebelum sunscreen.
- Rajin reapply sunscreen semula.
- Gunakan sunscreen 15-30 minit sebelum keluar.
- Ingat tau! Jangan terdedah terlalu lama di bawah matahari, walaupun semasa menggunakan produk pelindung matahari .
- Untuk menanggalkannya mudah sangat, hanya perlu cuci dan bilas dengan bersih menggunakan pencuci muka .
Adakah Sunplay Skin Aqua chemical sunscreen?
Bebas daripada chemical sunscreen (pelindung matahari kimia) , tiada alkohol, tiada pewarna, tiada minyak mineral, tiada paraben dan tiada oxybenzone. Selamat!
Ceramide dan Ekstrak Botani Semulajadi membantu menguatkan penghalang semulajadi kulit, meningkatkan penghidratan, meredakan kemerahan dan kekeringan yang disebabkan oleh pendedahan matahari untuk mengekalkan kulit yang berseri dan awet muda.
Sangat ringan dan mudah disapu pada kulit. Cepat meresap dan juga ia tidak membuatkan liang roma tersumbat malah tiada bau!
Ingredients Sunscreen SUNPLAY SKIN AQUA UV Brightening Moisture Gel SF50+ PA++++
Kandungan bahan dalam sunscreen SUNPLAY SKIN AQUA :-
Water, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Methylpropanediol, Cyclopentasiloxane, Hexyl Laurate, Polymethylsilsesquioxane, Ethoxydiglycol, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Ethylhexyl Triazone, Methylene Bis-Benzotriazolyl Tetramethylbutylphenol, Polysorbate 60, Hydrogenated Polyisobutene, Butylene Glycol, Silica, Phenoxyethanol, Sodium Polyacrylate, Glycerin, Trimethylsiloxysilicate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Ethylhexyl Stearate, Decyl Glucoside, Inonotus Obliquus (Mushroom) Extract, Diethylhexyl Butamido Triazone, Ethylhexylglycerin, Bisabolol, Trideceth-6, Glycine Max (Soybean) Seed Extract, Theobroma Grandiflorum Seed Butter, Disodium Edta, Xanthan Gum, Citric Acid, Sodium Citrate, Yeast Polysaccharides, Ectoin, Biosaccharide Gum-1, Sericin, Propylene Glycol, Diglucosyl Gallic Acid, Sodium Hyaluronate, Carnosine, Zingiber Officinale (Ginger) Root Extract, Hydrolyzed Algin, Helichrysum Italicum Extract, 1,2-Hexanediol, Biosaccharide Gum-4, Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Extract.
Beli mana ?
Senang je, boleh didapati di mana-mana Watsons, Guardian, Shopee, Lazada and other pharmacy stores.
Harga
RM42.90 (80g)
Ni harga sebelum diskaun. Tapi korang boleh lah check harga terkini di memana farmasi.
Selalunya beli online lebih murah. Check it out harga Watson after sale boleh dapat dalam RM30 https://www.watsons.com.my/skin-aqua-uv-brightening-moisture-gel-spf50-80g/p/BP_48133
Produk dari SUNPLAY memang terkenal dengan sunscreen nya. Ada pelbagai lagi variasi ada dipasaran. Korang boleh lah intai dan ketahui lebih banyak lagi tentang produk dari SUNPLAY di website sunplay.com.my
So lepas ni dah tahu lah bahawa sunscreen diperlukan pada waktu malam juga sebab peranti elektronik kita (smartphone, laptop, TV) mengeluarkan cahaya biru. Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel melindungi kulit daripada kerosakan cahaya biru yang boleh menyumbang kepada penuaan. Mengandungi ekstrak Biji Koko untuk membantu melindungi kulit daripada UV dan cahaya biru
Okies, jom sama-sama jaga kulit kita dan cantik awet muda!
Yanie tak pernah lagi try sunsscreen ini, lepas ini boleh lah cuba.
This sunscreen is extremely popular with women. I love using this sunscreen because it makes my face clearer.
I often use sunplay skin aqua. It’s good price. It’s also suitable with my skin.
Assalamualaikum sis sunscreen ni bf mom boleh pakai tak?
Maaf yaa Zety, saya tak pasti ingredients apa yang bf kena elakkan dalam produk
So far produk ni selamat sebab takde bahan terlarang