Sebelum mula cuti sekolah, dah plan dah nanti duit BAP (Bantuan Awal Persekolahan) nak belikan kelengkapan sekolah anak-anak. Beruntung kita semua kann dapat duit inisiatif dari Kerajaan. Dah namanya BAP so paling utama kena beli adalah baju sekolah! Ya, walaupun seminggu hanya 1-2 hari je pakai uniform sekolah, hari lain boleh pakai baju sukan diselang seli baju seragam tapi tetap kena beli jugak baju sekolah berkualiti , tahan lama, lambat lusuh. Baru lah jadi pembeli yang bijak berbelanja!
March 2024 nanti
Eilman – Form 5 (dah semakin tinggi dari Nina)
Yana – Form 3 (dah masuk alam remaja, nampak dah nak sama tinggi Nina)
Eilhan – Darjah 5 (budak ni makan banyak sebab nak tinggi cam Abang Eilman)
Eicha – Darjah 2 (walau tak besar mana, tetap kena ganti dah size baju sekolahnya)
*** Kakak Eillya tak termasuk dalam senarai sebab dia punya belanja lagi besau!
Dah masuk IPTA, faham faham je laa.. Huhuuu
Bajet Kelengkapan Sekolah
So macam biasa, perbelanjaan bajet sekolah anak ramai memang ketat. Hampir nak tercekik pun hado!
Apakan daya, mau tak mau tetap kena usahakan. Anak-anak ni amanah Allah. Belajar, pergi sekolah menuntut ilmu besar pahala dan ganjarannya.
Dengan bajet yang tak seberapa, MakPak kena bijak berbelanja. Beli yang perlu, beli baju sekolah yang berkualiti, yang bagus, tahan lama , lambat lusuh dan harga berpatutan! Dan macam biasa jugak…
Pilihan Nina semestinya di Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd.
Halah halahhhh… Biasa dengar kann “Marilah pergi Hari Hari”
Pusat Pakaian Hari Hari | One Stop Center! Semua ada
Nina sekeluarga paling suka datang sini. Sebab semua ada!
Mudah sangat. Tak perlu bergondang gondeng dok keluar masuk kedai/ mall lain
Macam-macam ada :-
Segala Baju Seragam ada!
Baju Sekolah Rendah, Baju Sekolah Menengah, Baju Sekolah Agama, Baju Sekolah Asrama MRSM,
sampin, songkok, Baju Tadika Kemas, tudung sarung, tudung 2 lapis, tudung ustazah, tudung labuh, vess,
Selain tu kelengkapan sekolah pun ada :-
Bag sekolah, alat tulis, track suit, kasut sekolah, stokin, pelitup separuh muka (mask), botol air, dan macm-macam lagi semua ada! Baju seluar kecik pun hado. Rambang mata!
Kelebihan shopping Kelengkapan Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari
✔️ kedai bersih kemas
✔️ Barangan tersusun elok
✔️ Mudah cari size
✔️ Staff friendly, helpful
✔️ Harga amat berpatutan
✔️ Material berkualiti tahan lasak
✔️ Boleh tukar size dalam masa 7 hari
✔️ One stop center!
Baju Sekolah Jony Jeny , No Problem HARI HARI Berkualiti
Material kain pakaian seragam Hari-Hari ni bagus setanding jenama lain. Ketebalannya, tahan lasak, jahitannya kemas tak mudah tetas dan paling penting material jenis cotton / cotton licin ni warnanya tak cepat kusam. Tahan lama pakai. Lambat laaa baju sekolah anak-anak jadi buruk dan lusuh. So setahun sekali je Nina keluarkan bajet untuk baju sekolah anak-anak. Jimat kann?
Terbeli besar / kecik baju sekolah. Tak pe boleh tukar size
Kekadang dalam masa membeli, dok nak cepat nak cepat, mungkin ada tersilap pilih size.
Dont worries!
Pastu kita boleh membuat penukaran jika size terlalu besar/kecil dalam masa 7 hari. Cuma make sure jangan di cabut harga & resit masih ada. Sila noted tau!
Servis bagus, staff friendly helpful
Pusat Pakaian Hari-hari tak pernah mengecewakan bab kualiti, harga dan paling best bab khidmat pelanggan. Staff mereka memang terbaik! Saat melangkah masuk ke Pakaian Hari-Hari , without failed kita akan kedengaran
“Selamat datang ke Pakaian Hari-Hari “
“Terima Kasih datang ke Pakaian Hari-Hari”
Ramah tamah mereka sambut kedatangan. Mesra alam sungguh kann..?
Bukan tu jer, walau pun kadang tu kita masuk jengjalan window shopping jer tak beli apa-apapun, melangkah keluar pun kita dihargai. “Terima Kasih datang ke Pakaian Hari-Hari” . Aaawwww… touching beb!
Susun atur kedai yang kemas, bersih. Mudah cari baju size
Bab kebersihan dan kekemasan susun atur kedai pun memainkan peranan sebab ianya akan membuat kita rasa selesa nak berbelaja dan memudahkan kita cari keperluan kita. Dah semua depan mata, susun ikut size, asing ikut kategori senang nak capai sendiri. Tak yah laaa manja sangat semua pun nak suruh staff depa kannn . . .?
Cawangan Kedai Pusat Pakaian Hari Hari
Pastu lagi Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada banyak cawangan.
Ada 109 cawangan di seluruh Malaysia. Korang nak tahu senarai cawangan semak di : www.hari.com.my/locator . Cer tengok pasti ada berdekatan korang.
Nina suka beli kat kedai sebab senang lagi mudah nak belek-belek. Senang nak pilih material, size, design kannn? Tengok rasa sendiri depan mata lagi puashati kannn?
Beli Online Baju Sekolah
Tak dinafikan sekarang ni ramai suka beli online. Tekan tekan , tau tau dah sampai rumah dah segala kelengkapan sekolah yang diperlukan. Baju Sekolah Hari Hari pun boleh beli online.
Website : https://ehari.com.my
Shoppe : https://shoppe.com.my/harihari_
Lazada : https://lazada.com.my/shop/hari-hari
Happy anak-anak! Settel dah bab kelengkapan sekolah mereka. Alhamdulillah
Tak dinafikan, satu kepuasan bila dapat laksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa sebaiknya, sediakan yang terbaik untuk anak-anak. Satu saat nanti, pasti mereka akan buat perkara yang sama untuk anak-anak mereka kelak. InsyaAllah.
Dan selamat kembali ke sekolah anak-anak!
Moga terus sukses dan dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Semoga Allah permudah segala urusan The Mirza, dapat ilmu yang bermanfaat dan berjaya dunia akhirat hendaknya. Aamiinn…
Ldy tak biasa beli baju sekolah siap, biasa ldy tempah tukang jahit jahitkan baju anak2..
senang kat hari-hari ni setempat ,tak penat ke sana ke mari
selesa beli di sini. banyak pilihan
Hari hari Clothing center is famous outlet, where we can purchase school bagsm uniforms, shoes and stationary from one-sstop shop.