Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Bahaya sinar UV
August 18, 2017September 13, 2023

Oouchhh …!! Bahaya SINAR UV tuk kulit kita?

Oouchhh …!! Bahaya SINAR UV tuk kulit kita?

Isi Kandungan hide
1 Apa itu UV ?
2 Bahaya Sinar UV terhadap kulit wajah?
3 Apa jadi kalau muka dok kena UV ?
3.1 Sunburn
3.2 Kulit tampak lebih tua
3.3 Kulit menjadi gelap atau tan / tona wajah tidak sekata
3.4 Kanser kulit
4 Bagaimana nak buat elakkan sinar UV ?
4.1 Kurangkan terdedah pada sinaran UV
4.2 Pakai lotion / cream yang ada SPF PA+++ / Sunscreen
4.3 Pakai serum Vitamin C
4.4 Rawatan muka / facial Spa
5 Waktu bila nya Bahaya Sinar UV ni ?
5.1 Bahaya Sinar UV pada kulit wajah Wajib pakai sunscreen
5.2 Related posts:
6 RICHWORKS Platform bantu Usahawan berjaya terbukti tahun 2021 jualan cecah
7 DIA MENANTU RAHSIA Full Sinopsis TV3
8 Durian Ohhh Durian - Sana sini Crepe Durian... Sedap sangat ke Crepe Durian ??
9 Antara Aku , Nasi Lemak McD dan Mekdi

Apa itu UV ? 

Korang tau tak apa itu UV? Buat kengkawan blogger, tentu dok terlintas UV ni Unique Visitor kann..?? Oopss…!! nehi nehi..  Bukan Unique Visitor ehh.. Hahaa .. UV yang Nina maksudkan ialah UltraViolet. Senang citer kasi korang lagi faham bahasa pasar nya – Sinaran matahari. Bukan juga tajuk lagu Sheila Majid ‘Sinaran’ tuu ehh…

bahaya sinar UV

Bahaya Sinar UV terhadap kulit wajah?

**Sila baca dalam nada serius yaa**
Sinar matahari mengandungi ultraviolet yaitu UVA, UVB dan UVC. Sinar UVC adalah yang paling berbahaya bagi kulit, namun masih dapat terhalang oleh lapisan ozon. Sementara sinar UVA dan UVB dapat menembus lapisan ozon dan menyebabkan penuaan kulit, kerosakan mata (seperti katarak), dan kanser kulit. Sinar UVA dan UVB juga mampu menghancurkan DNA pada sel-sel kulit, memicu terjadinya mutasi gen yang membuat sel-sel tersebut menjadi sel kanser kulit.

Ahaa… dengar ayat kanser jerrr macam serius kann?? Ok, baca ni lagi ….

UVB biasanya menyebabkan efek terbakar pada kulit (sunburn), merosak lapisan epidermis lebih dalam dan membuat warna kulit menjadi kecoklatan (gelap) Mudahnya kemunculan jeragat! UVA dapat merosak sel-sel kulit pada lapisan luar kulit (keratinosit), bahkan dapat menyebabkan kerosakan pada DNA dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Hurmm… Jeragat / sunburn / gelap … Sapa pun tak mau ianya jadi kat muka kannn?? Huhuu

Apa jadi kalau muka dok kena UV ?

Sunburn 

bahaya sinar UV

Salah satu gejala yang segera terlihat saat kulit terkena sinar UV secara berlebihan adalah sunburn. Kulit menjadi kemerahan, kering, bahkan terasa nyeri, perih, dan sangat sensitif. Lagi tak best kulit muka gelap! Eeeee…. berbelang, mengelupas. Sakit! Sapa pun tak suka kannn? Nak rawat sunburn bukan kejap. Huhuu

Kulit tampak lebih tua

Hari berganti hari … Kulit muka dok terdedah ngan sinar UV. Terus-menerus akan merosak serat kolagen dan elastin pada kulit. Kulit akan tampak kerepot, kedut, kendur, dan pori-pori membesar. Dah tentu muka akan tampak lagi tua dari usia sebenar. Padahal belum 40-an dah kerepot. Oopss..! ada yang terasa, maaf yaa

Kulit menjadi gelap atau tan / tona wajah tidak sekata

Bahaya Sinar UV

Terlalu sering terpapar sinar UV akan menyebabkan sel-sel kulit melepaskan pigmennya. Pelepasan pigmen merupakan respons alami kulit korang. Hal ini menunjukkan kulit berusaha membangun sistem pertahanan baru, dengan cara membentuk lapisan perlindungan tambahan. Bila hal ini terus-menerus terjadi, warna kulit akan menjadi lebih gelap. Bertompok-tompok tak cantik laaa … Lagi susah nak rawat! huhuu

Kanser kulit

Ini kesan paling dasat ngeri sadis! Bila kerosakkan terus berlarutan tanpa rawatan, pertumbuhan sel kulit menjadi tidak terkawal lalu mengakibatkan terciptanya penyakit kanser kulit. Nangis pun tak guna dah… Huhuuu …

 

Bagaimana nak buat elakkan sinar UV ?

Memang tak boleh nak elak sangat pun…  Korang  tau tak, walau korang dok terperap bertapa dalam tempurung sekali pun, kulit wajah korang tetap terdedah pada sinaran UV. Eh!  Takkan korang dok dalam tempurung lak kan..? Nak keluar keje, keluar santai, macam Nina dok keluar masuk rumah jemput hantar anak sekolah. Walau dalam kereta pun masih terkena sinar UV.  Jangan lak cakap korang dok dalam gua! Hahaha

Kurangkan terdedah pada sinaran UV

Elakkan Sinar UV

Kurangkan tuu maksudnya idok lerr korang pi jemur kuak terlentang kat panas terik mentari tuu.. Matahari dok terpacak tengahhari buta korang acah-acah kulit kebal bak kulit buaya bersidai tanpa segan silu. Jangan lah sayang… Pakai laa payung ker, kereta tuuu sila lah pasang tinted ker.. kengkonon adalah TER lindung sikit.

Pakai lotion / cream yang ada SPF PA+++ / Sunscreen 

Dengan itu, korang kena lah mulai dari sekarang kalau korang belum buat. Pakai lotion / sunscreen  yang ada tulis SPF. Biasanya terpampang kat depan. Tak kisah laa dia tulis SPF30 ke, SPF 40 ke, SPF50 ke… Lagi elok yang ada tulis PA+++
Lagi banyak +++ lagi bagus!

Pakai dengan teratur. Kebiasannya selepas pakai, 3-4 jam kena pakai lagi. SPF dah tak aktif. Terutama 30minit sebelum keluar rumah. Kalau korang pakai pagi sebelum pegi keje, lepas Zohor tuu pakai lagi. Waktu siang yaa… Sebab nak lindungi dari sinaran matahari. Malam tak payah ler… Ppssttt >>> ada masa nanti Nina kasitau Nina pakai apa ehh…

Pakai serum Vitamin C

Yang ini terpulang korang nak pakai siang atau siang malam. Ikut laa tahap ketinggian KLCC dalam diri korang. kalau macam Nina yang sibuk konon nya ni padahal Cik M gakkk suka ngelat, Nina pakai malam jer…

Krim / serum Vitamin C ni fungsi nya memperbaiki efek buruk dari paparan sinar matahari, seperti hiperpigmentasi, kulit kusam, kering dan lain-lain. Korang jangan ngada-ngada tanya produk jenama apa, pepandai laa korang pilih yang berkenan sesuai ngan korang. Ikut kemampuan budget duit korang.

Rawatan muka / facial Spa

Rawatan muka tambahan macam facial ni bagus untuk merangsang pertumbuhan kolagen. Buang sel kulit mati, rangsangkan sel pertumbuhan kulit baru. Nanti tekstur kulit akan menjadi lebih baik dan sihat. Korang yang ada budget lebih boleh laa buat facial kat spa. Rekemen korang buat rawatan laser jeragat . 
Best oooo dibelai-belai, dimanja-manja sampai terlena di ulit mimpi nan indah. Chewah…

Tu kalau ada budget! Hentikan laaa verangan ya.. hehe.. Mana yang non hado macam Nina ni, buat sendiri jer kat rumah. Stim, scrub, mask, serum. Seminggu sekali ke atau Cik M sangat sebulan sekali punnn jadilah!

Waktu bila nya Bahaya Sinar UV ni ?

Mahatari ni bukan tak bagus. Ianya memberi berjuta sinar cahaya untuk semua. Cuma sekitar jam 9 pagi hingga 4 petang sinaran UV tinggi waktu ni. Aktiviti riadah molek laa korang keluar sebelum 9pagi. Kot korang nak pegi jogging ke, pasar ke, jalan-jalan taman ke, basuh kereta ke… Dan lepas jam 4 petang kira selamat laa..

Buat yang bekerja tuu, sila laaa bawak bekal pi keje. Bangun pepagi masak. Eh! Tak rajin ehh… Ok, kalau gitu korang tak payah laa korang keluar tapau beli makanan. Tak payah makan. Diet! Eh hahaa… Atau korang order aje online delivery. Atau pepandai laa korang nak hidup. Kann…?? hehee

Bahaya Sinar UV pada kulit wajah
Wajib pakai sunscreen

Eh! Tertayang muka sendiri lak.. hehee… Sejak remaja Nina pastikan muka ber ‘SPF’ tiap kali keluar rumah.
Nak cantik, flawless, kulit halus mulus, awet muda tanpa cela kena lah belanja sikit duit tuu beli lotion yang ada SPF PA+++ dan luangkan sedikit masa belai-belai muka tuu sapu Sunscreen . Berlambak produk kat pasaran yang ada SPF. Tepuk dada tanya lah poket.

Nah .. Nina share Tips Produk Berkesan Merawat Sunburn

En suami tuu kalau tengok kat meja make up isteri terchinta tak de lotion yang ada SPF tuu pepandai laa belikan untuk dia. Kata sayang kann… Nak dia kekal cantik menawan kena lah belai jagakan kan sama-sama.. Suami pun pakai lah juga supaya sesama kekal awet muda!

 

Related posts:

RICHWORKS Platform bantu Usahawan berjaya terbukti tahun 2021 jualan cecah

DIA MENANTU RAHSIA Full Sinopsis TV3

Durian Ohhh Durian - Sana sini Crepe Durian... Sedap sangat ke Crepe Durian ??

Antara Aku , Nasi Lemak McD dan Mekdi

Lifestyle Tips bahaya Sinar UVBest SunscreenFungsi Sunscreen SPFmerawat jeragatmerawat sunburnRawatan PigmentasiSPFsunburnTIPS Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Rosak Sebab Sunburntips cantikTips dan PetuaTips kecantikantips penjagaan wajah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Moha says:
    August 18, 2017 at 10:33 am

    Memang penting perlindungan kulit dari uv ni..sangat menakutkan hasil kesan terdedah pada sinar uv tu…

    Reply
  2. Anuar says:
    August 19, 2017 at 10:33 am

    Bahaya sinar UV pada kulit… Terutamanya pada zaman sekarang disebabkan ada banyak pencemaran udara…. Huhuhu…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes