As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Nina pasti ramai mummy, mama kat luar sana selalu buntu nak masak apa setiap hari kann? Betul tak? Cepat ngaku …. Jangan ngelat tak baik dosa~ hehee… Resipi Ayam Masam Manis
Ini realiti kehidupan. Nina juga pun selalu mengalaminya. Kalau nak senang, try buat list menu untuk seminggu. Tapikan kalau tak kuat Iman gerenti menu tak follow list. Ikut done aje. Kadang masa wrong timing atau pun pengaruh tekak dan selera nak masak lain. Betul tak? Resepi ringkas cepat siap Ayam Masak Masam Manis
Ayam adalah contoh masakan yang mudah dan cepat. Ia juga antara menu kegemaran kanak-kanak. Ditambah lagi dengan kuah masak manis. Anak -anak pasti sukakan menu gini. Stress kan kalau masak tapi anak-anak tak mau makan. So nak senang, kita masak menu ikut selera mereka. Tak membazir dan kita pun tak stress. Tak de lah nanti kedut cepat ada. Alahai kedut-kedut, kalau kat brownies cake cantiklah..Hehee..
Nina lagi lah suka sebab mudah disediakan dan cepat dimasak. Kalau yang sukakan pedas, hanya tambah cili padi beberapa genggam yang uolls nak. Genggam tuu!! Tahan ker? Hehee….
**Jangan percaya yea, gurau aje***
Kalau nak tahu, menu masam manis nie adalah menu yang paling kerap Nina masak masa baru-baru kawin. Dah ini aje yang Nina reti dolu. Hahaa… Pecah tembelang!
Nina pelbagaikan kuah masam manis ni dengan macam-macam. Contohnya telur, udang, ayam, daging. Belasah aje semua janji kuah nya masam manis. Hehee….
Bila dah pandai sikit baru Nina try menu lak.
Sebelum ni Nina dah pernah share Udang Goreng Bersos Masam Manis. Kali ni versi ayam plak..
Jom tengok resepi Ayam masam manis style Nina~
Resipi Ayam Masam Manis
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
Separuh ekor Ayam – dipotong sederhana
Tepung beras + sedikit garam
5 ulas bawang putih – ketuk je
2inch halia – nina ketuk aje
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
1/2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara-caranya
- Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaul ayam bersama tepung beras dan sedikit garam
- Goreng hingga kekuning-kuninggan dan toskan, ketepikan
- Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia hingga keperangan dan naik bau
- Masukkan cili sos dan tomato sos. Kacau rata
- Kemudian masukkan gula.
- Setelah itu, masukkan cuka.
- Masak lagi selama 2minit dengan api yang besar sehingga kuah pekat.
- Siap dan tuangkan ke atas ayam yang telah digoreng tadi.
Senang kan…?? Kalau nak kuah banyak sila gandakan sukatan dan boleh ditambah air jika terlalu pekat. Ikut citarasa masing-masing juga~~~
sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)