Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama RYAN ARALYN
September 25, 2020October 1, 2020

Sinopsis Drama RYAN ARALYN TV3 lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi

Selepas tamatnya happy ending Drama romantik relax santai yang trending lakonan  Nazim Othman,  Amelia Henderson  dan Fizo Omar dalam  Drama Pengantin 1 Malam  dan kini slot Akasia 7pm menayangkan Drama RYAN ARALYN lakonan Zul Arifin, Raysha Rizrose dan penampilan baru Fify Azmi .

Buat yang pernah menonton Filem WIRA tentu jer sedia maklum Fify Azmi punya bakat dalam bidang lakonan. Sinopsis Drama RYAN ARALYN

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama RYAN ARALYN
1.1 Sinopsis Drama RYAN ARALYN
2 Related posts:
3 Choc Moist Cake Munira Baharum Yang Gerenti Sedappp !! Wallaaaa~~~~
4 Amboi ... Udang tuuu banyak dan besar! Ahaa.. Ini namanya Mee Goreng Udang Selambak! Hahaa..
5 Teman
6 Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama's Restaurant 2019

Sinopsis Drama RYAN ARALYN

Sinopsis Drama RYAN ARALYN


Mengisahkan Ryan yang diperangkap oleh Allif dan Hanis untuk dijadikan Kambing Hitam dan dipersalahkan lalu terpaksa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada Hanis. Namun sebenarnya bukan Ryan yang melakukannya. Namun Ryan tetap menerima apa Hanis dalam hidupnya.

Saban hari Ryan terpaksa kerja keras untuk menyara kehidupan mereka termasuklah menjaga ibunya yang lumpuh termasuk Hanis dan anak Hanis bernama Amir.

Kesusahan Ryan dalam menjaga nenek Salmah, Amir dan perangai Hanis yang keras kepala. Ryan ada pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram.

Hanis balik rumah malam, dia keluarkan ‘pregnancy test’. Dia positif mengandung, dia resah.

Suatu hari, Amir jatuh sakit. Ryan bimbang akan keadaan Amir lantas membawa ke hospital. Akan tetapi di pertengahan jalan, motor yang dibonceng oleh Ryan bertembung dengan kereta yang dibawa oleh Aralyn.

Kemalangan itulah yang membuatkan Aralyn lumpuh dan kurang keyakinan diri. Ujian yang amat berat terpaksa Aralyn tempuhi sehinggakan Zarul sanggup memutuskan pertunangan mereka hanya kerana Aralyn lumpuh. Zarul orangnya amat mementingkan kecantikan. 

Kerana apa yang terjadi,  Aralyn kemurungan dan dengan rasa dendam Aralyn nekad tidak akan memaafkan orang yang melanggarnya.

Sinopsis Drama RYAN ARALYN


Sehinggakan satu saat, Ryan dan Aralyn bertemu kembali. Dan Ryan nekad akan menjaga Aralyn walaupun Aralyn membencinya. Sedar tak sedar kebencian Aralyn terhadap Ryan bertukar menjadi cinta.

Berjayakah kebencian menangani cinta yang kian tumbuh di hati Aralyn..

Nantikan drama bersiri ‘Ryan Aralyn’ menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose. Drama terbitan Qaisworks Production, dibawah arahan Riza Baharudin. Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada 25 September 2020.

JUDUL : RYAN ARALYN
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Riza Baharudin
PRODUKSI : Qaisworks Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil

Sinopsis Drama RYAN ARALYN


WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Ryan
Raysha Rizrose sebagai Aralyn
Fify Azmi sebagai Hanis
Shah Iskandar sebagai Zarul
Sharifah Husna sebagai Doweena
Kodi Rasheed sebagai Allif
Raja Azura sebagai Ruby



Kalau korang terlepas episod, nanti korang search di Telegram atau tonton Drama Online iQIYI Drama Movie RYAN ARALYN TV3 

Nina baru tonton episod 1 dan 2, so far ok ok jer.. Menarik jugak laaa terutama lakonan Fify Azmi.  Superb natural aksi nya.  Abam Sado Zul Ariffin macam biasa, watak menjadi dan dah boleh agak cara Zul Ariffin membawakan watak Ryan.  Seperti biasa Shah Iskandar memang in karekter, buat kita bengang dengan dia tu menjadi. Tengah tunggu watak  yang dibawa oleh Raysha Rizrose. Tahniah team Ryan Aralyn. 

Sinopsis Drama RYAN ARALYN

 

 

Related posts:

Choc Moist Cake Munira Baharum Yang Gerenti Sedappp !! Wallaaaa~~~~

Amboi ... Udang tuuu banyak dan besar! Ahaa.. Ini namanya Mee Goreng Udang Selambak! Hahaa..

Teman

Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama's Restaurant 2019

Lifestyle Akasia TV3Drama sangatFify AzmiRaysha RizroseRYAN ARALYNShah IskandarSinopsis DraSinopsis Drama RYAN ARALYNSlot AkasiaZul Ariffin

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. miminadam says:
    October 7, 2020 at 5:37 pm

    okay lah nak layan citer ni hehehe

    Reply
  2. Pingback: Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI Tonton Online Full Episod

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes