As’salamualaikum dan Salam Sejahtera bendi masak asam rebus paling senang
Bendi
Sayuran yang jarang dipandang. Pasti ada yang buntu tak tau nak masak apa ngan bendi ni? Paling senang selalunya bendi di masukkan sebagai bahan sampingan dalam masakan. Contohnya dimasukkan dalam kuah kari, kuah asam rebus dan tidak ketinggalan kuah asam pedas untuk dia. Eehh…. Pengaruh drama TV hehee
Citer tuu memang best kann…?? hehee . . . .
Ok, Bendi….
Menu lain untuk bendi yang selalu orang masak adalah bendi goreng bercili. Tapi macam leceh sikit kan nak buat sambalnya dulu. Yelah, nak kena rebus cili, blend, goreng cili jadi sambal lagi. bla bla blaaa…… banyak keje! Kadang tuu Nina ni malas gak orangnya. Oopssss..hahahaa…..!! Pecah tembelang, Nina jujur okey~ hehee
Hari ni Nina sharekan menu paling senang, ringkas, cepat. Kiranya sambil masak tutup mata pun gerenti jadi lah! Bohonglah tuu masak sambil tutup mata ***Tolong jangan tiru aksi ini, dilarang sama sekali*** Tapikan memang mudah pun masaknya. Sap sap sui ajer
Bendi masak asam rebus. Ini lah menu paling senang. Hanya campak-campak segala bahan yang ada dan rebus siap! Paling penting rasa keseimbangan masam, masin dan pedas tu yang menjadikannya sedap lagi mabeless~
Bendi masak asam rebus ni paling sedap dimakan bersama nasi panas-panas dan ikan atau ayam goreng garing + sambal belacan. Perghhh….!! Hirup-hirup kuah nya memang syokkk… Satu periuk pun boleh kasi licin lah…Tak apa, kasi lah licin periuk… Tak marah pun~ **Senang nak cuci**
Hah! Ni nak share – Bendi ni banyak khasiatnya tau. .. Selain sedap di makan ianya bagus di amalkan untuk orang yang ada penyakit kencing manis. …. InsyaAllah…
BENDI MASAK ASAM REBUS PALING SENANG
Bahan-bahan
10 batang Bendi – terpulang banyak mana nak masak.
1 biji bawang besar – dimayang
5 keping cili kering – potong dalam 2inch (nak pedas letak cili padi)
2-3 keping asam keping
Sedikit ikan bilis – tumbuk-tumbuk atau gitu aje (udang kering pun sedap)
Air
Garam secukup rasa
Cara penyediaannya
1- Bendi dicuci bersih dahulu. Kemudian potong sikit pangkal dan hujungnya.
2- Masakkan kesemua bahan dalam periuk kecuali bendi masak hingga mendidih
3- Selepas mendidih masukkan bendi dan masak seketika. Jangan lama sangat nanti lembik tak sedap. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4- Tutup api dan sedia dihidangkan
sambil makan ngan nasi panas, memang layan lauk bendi asam rebus ni… makan tuuu, ingat-ingat sikit orang belakang belum makan ni .. hehe . . .
Orang demam memang syiokk layan hirup kuahnya. wallaaa~