Dah agak lama tak tengok Dato Adi Putra berlakon kannn? Mungkin lebih sibuk agaknya dengan rutin harian dan perkara lain berbanding bidang lakonan. Bila tertonton Slot Samarindra 10pm, drama BICARA CINTA yang sedang ditayangkan di TV3 ni, Dato Adi Putra bergandingan bersama Emma Maembong. Sinopsis Drama BICARA CINTA
Nina dah tonton episod 1 dan 2, fullamak…!!
Serius tak sangka, matching sungguh Dato Adi Putra ngan Emma Maembong. Jalan cerita menarik walaupun sikit cliche bab kawin paksa. Pi mai pi mai gitu laaa drama melayu. Iyer tak?
Tapi drama ni mencorak suasana kampung, laut, ikatan kekeluargaan, adik beradik, persahabatan materialistic dan antara darjat yang menarik! Arahan Along Kamaludin tak pernah mengecewakan.
Sinopsis Drama BICARA CINTA TV3
Bicara Cinta mengisahkan tentang seorang gadis bernama Anis Sofea yang berumur 18 tahun sedang menunggu result STPM. Anis punya teman lelaki bernama Saddiq. Anis dan Saddiq ni boleh dikatakan ‘sangat social’. Kerana terlalu sayangkan Saddiq, Anis menyerahkan segalanya dan bagi Anis, Saddiq akan bertanggungjawab dan menjadi suaminya. Ternyata sangkaan Anis silap, Saddiq belum bersedia untuk menjadi suami dalam masa terdekat. Anis kecewa.
Keluarga belah bapa Anis, Tok Ma tak sukakan Anis walaupun Anis merupakan cucu tunggal dalam keluarganya. Ini kerana mama Anis bukanlah menantu pilihannya. Tok Ma menghasut Saddiq tinggalkan Anis kerana Tok Ma tak mahu Anis bahagia. Tok Ma benci Anis seperti mana Tok Ma membenci Mama Anis.
Tak lama kemudian Anis diuji dengan kehilangan ibubapa dalam kemalangan jalanraya. Anis dihalau dari rumahnya sendiri oleh Tok Ma , Anis segalanya termasuk tempat tinggal dan segala kemewahan.
Kebetulan sebelum mama Anis meninggal, mama Anis – Zaleha ada menceritakan tentang keluarga mamanya yang tak pernah Anis ketahui Anis sejak lahir. Zaleha terpaksa tinggalkan keluarganya demi cintanya pada bapa Anis.
Berpandukan sijil kelahiran mama Anis, bermula la perjalanan hidup Anis mencari keluarga kandung belah mama Anis. Kehidupan Anis yang selama ini dimanjakan berubah sekelip mata jadi seorang yang tabah, berdikari, pandai bawa diri, harus belajar untuk memajukan diri dia sendiri.
Akhirnya Anis bertemu dengan keluarga belah mamanya – Tok Ali dan Mak Tok terkejut dengan kedatangan Anis dan sedih dengan berita pemergian anak tunggal mereka Zaleha. Namun, mereka menerima kehadiran Anis dengan terbuka.
Saat melihat kelibat Anis, hati Rais merasa sesuatu. Ya Anis amat manis dan saling tak tumpah seperti Zaleha. Sejak Zaleha berkahwin dan pergi meninggalkan kampung halaman, Rais lah yang menjaga kedua ibubapa Zaleha seperti ibubapanya sendiri.
Tok Ali dan Mak Tok memujuk Anis untuk berkahwin dengan Rais kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Awalnya, sukar untuk Anis dan Rais hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Tambahan lagi Nomi irihati bila Rais memilih Anis menjadi isteri sedangkan Nomi sudah lama meluahkan rasa cintanya pada Rais. Walau pelbagai rintangan dan dugaan ditemphi, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai antara Anis dan Rais.
Pada suatu hari, Rais tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka.
Apakah kesudahan kisah hidup Anis?
Bagaimana dengan perancangan TokMa Anis belah bapa nya yang tak mahu satu sen pun harta bapa Anis jatuh ke tangan Anis?
Adakah menjadi rancangan TokMa memperguna Saddiq untuk menawan semula hati Anis?
Drama adaptasi novel ‘Bicara Cinta’ karya Missa J akan menemui penonton di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Emma Maembong dan Adi Putra. Drama arahan Along Kamaludin. Disiarkan bermula 21 September 2020, Slot Samarindra setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.
JUDUL : BICARA CINTA
EPISOD : 16 episod
TAYANGAN : 21 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin – Khamis 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarindra
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : Primeworks Studios
PELAKON : Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Khaty Azian
WATAK PELAKON
Emma Maembong sebagai Anis Sofea
Adi Putra sebagai Rais
Azrel Ismail sebagai Saddiq
Beego sebagai Sarip
Balkisyh Semundur Khan sebagai Nomi
Syed Aiman sebagai Khalid
Khalida Balqis sebagai Kaira
Eizlan Yusof sebagai En Zainuddin
Amacam dah tonton ke? Comel jer kannn Emma Maembong dan tak sangka gandingan bersama Adi Putra cukup serasi ada chemistry walaupun berbeza usia.
Buat yang terlepas episod, korang boleh jer tonton Drama Online iQIYI Drama Movie BICARA CINTA TV3. Sekarang ni kannn semuanya dihujung jari. 🙂
lama tak tengok adiputra berlakon…
I am glad that this post is very useful for me, because it contains a lot of information. I always prefer to read quality content and this thing.
tak berapa minat emma maeembong. tak berapa follow citer ada dia
I must say the blog post is just useful for everyone else reading it because the information and knowledge it contains is very important. I like the post! Excellent job! Keep sharing such valuable information through your blogs.
i really like your content, please share more content
you have provide every time informative post..Thanks!
Thanks for sharing beautiful content. I got information from your blog. keep sharing
I really love your website and all it web blogs and post I’m going to recommend your website to others it really informative and has good content.
Do you need help with how to search for good project ideas? Don’t worry. Now the problem is solved, check out my website.