Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

bersih-segar-wangi-merapatkan-kemesraan-suami-isteri-sumber-ayu/
September 2, 2016October 24, 2018

Bersih, segar, wangi … Merapatkan kemesraan suami isteri dengan Sumber Ayu

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…Buat kengkawan tersayang, kaum ibu yang dalam pantang, buat para suami yang sayangkan isteri meh rapat, meh dekat Nina nak citer ni…. Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Merapatkan kemesraan suami isteri 

Isi Kandungan hide
1 Khasiat Daun Sireh
2 Sumber Ayu
2.1 Pembersih Kewanitaan
2.2 Sumber Ayu dah cun berwajah baru dengan formulasi dipertingkat
2.3 Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU – Floral
2.4 Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU – Gambir
2.5 Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU – Mawar
2.6 Harga Sumber Ayu
2.7 Beli kat mana?
2.8 Related posts:

Semua sedia maklum, kebersihan diri amat penting. Wanita yang berketerampilan bersih, segar, wangi akan tampak menarik. Kalau cantik, menarik, tertarik  tapi ada ‘bau’! Aduhai….. Spoil kann..?? Suami nak dekat pun ngeri…. Cuba kalau wangi… cuba cuba, cuba tengok  hehee . . .

Kita orang pompuan ni, part paling penting kena jaga adalah Misss V. Perkara ini lah yang harus sesangat dititikberatkan oleh semua wanita terutama mommy yang sedang dalam pantang. Bermula dari anak dara hingga lah ke hujung nyawa. Bila bahagian intim kita bersih, segar dan sihat dari segala penyakit, akan terpancar seri wajah kewanitaan kita. Ini yang orang dok bilang “ehh… Awak ni nampak berseri-seri laaa” Haa… tu laa dia!

Pembersih kewanitaan Sumber Ayu Cantik Luar Cantik Dalam
Sila abaikan – gambar perasan cantik jer ni…. Auuchh…!! (malu konon!) hahaa

Masa Nina remaja dolu-dolu… Kat rumah lama Mama Nina ada banyak pokok daun sireh. Petik aje sesuka hati banyak mana nak.. (maklumlah free kann.. Apalagi, keluar tanduk atas kepala jadi tamak haloba tak hinggat punya!) Kalau beli mahal gak tau! RM5 beberapa helai jer dapat. Huhuuu …

Petik-petik, cuci pastu rebus. Dah suam Nina buat cebok air rebusan daun sireh tuu… Bagus tau! Nina suka sangat sebab rasa bersih dan segar sentiasa! Tapi tuu dolu-dolu.. masa remaja. Sekarang?

Hurmm… sekarang ni dah payah nak jumpa pokok sireh. Nak beli pun tak semua kedai ada jual apatah lagi kat pasaraya. (amboi … shopping kat pasaraya aje!) hahaha…. Tapi memang takkkk lah nak jumpa daun sireh kat pasaraya kannn…

Khasiat Daun Sirih

Khasiat Daun Sireh

Antioksidan, antibakterial, membersih lagi mensucikan, menghilangkan bau yang tidak menyenangkan,  dalam pantang lagi kuat bau melegakan kerengsangan, kegatalan dan macam-macam lagi laaa…. (kalau nak citer satu persatu 7hari 7malam pun tak habih) Maklumlah, kawasan intim kewanitaan kita sangat sensitif kepada risiko jangkitan kalau tak jaga dengan betul dan bersih.

Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan

Disebabkan dah payah nak jumpa Daun Sireh, dan . . . Zaman pun dah moden, tak yah susah-susah nak petik, cuci, rebus tunggu suam bagai. Sekarang ni, Nina guna Pembersih Kewanitaan Daun Sireh Sumber Ayu aje! Dengan bahan utama ekstrak Daun Sireh ianya memberi kesegaran berpanjangan. Dengan kawalan pH3.5 sangat ideal menjaga kawasan intim kewanitaan kita. Lagi pun senang dan mudah sangat nak guna ..!!

Sumber Ayu Feminine Wash Baru

Sumber Ayu dah cun berwajah baru dengan formulasi dipertingkat

Ni nak habaq kat korang ni…
Sekarang ni, Sumber Ayu dah semakin cun melecun lagi anggun gitu. Depa dah tukar packaging rekabentuk botol. Tengok ni.. Melentuk liuk persis bak seorang wanita gitu cutting botol ni..!! Seksi kannn…?? 34-24-36 Aaawwww… Tengok botol pun tergoda. Ahaks! Hehee . . . . Cayalah..!!

Bukan itu aje tau.. Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu ada pelbagai wangian yang pasti buat korang teruja nak cuba. Ada bau Orkid, Mawar, Floral, Musk, Gambir dan Fruity. Nina dah cuba 3 jenis… Meh Nina kongsikan pengalaman yang Nina rasai usai cuba yang baru ni.. Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Merapatkan kemesraan suami isteri 

Pembersih Kewanitaan Daun Sireh Sumber Ayu
Nina dah cuba 3 variasi. Rose, Floral, dan Gambir. Wangi semuanya!

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU – Floral

Memula sekali Nina cuba Floral. Tetiba terasa ala bidadari yang kembang mekar mewangi kat Taman Rashidah Utama. Ehh… tu tajuk lagu rock! Hahah . . . Haipp…!! Ok, serius.. Floral memberi aroma pelbagai jenis bunga membuatkan Nina rasa segar jerrr sepanjang waktu. Memberikan aura ceria dan bersahaja sepanjang hari.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU – Gambir

Gambir pun Nina suka..!! Bauan herba yang harum serta memberi kesegaran semulajadi. Maklumlah tengah dalam pantang ni, bau herba light-light gini memang sebati ngan Nina.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU – Mawar

Paling Nina suka adalah Mawar. Bauan Rose sememangnya memukau sanubari. Aroma yang menenangkan dan terasa dibelai-belai romantis sepanjang hari. Mood jiwang sudah mari…!! Hehee. . . (psstt …. Lagi 2 minggu baru habis pantang Nina ooii…) ssyyhhh . . .

Harga Sumber Ayu

Hurmm… Tak mahal pun Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu ni.. Walaupun dah di formulasi dipertingkat dan berwajah baru lagi anggun, Harga tetap mampu milik! Korang jangan risau, Nina bukannya tahap orang ada-ada yang pakai barangan yang mahal. Tetiba teringat dialog Seniman Bujang Lapok.
“Hei Mak Sudin, kita ada Dua Cincin Berlian tauuuu..!!”
“Heii Mak Zeton, kita pun ada laa…”
“Ada apa”
“Dua Cincin Suasa laaaa” hehehe ….. (haishh… tengok! Nina dah melalut)

Ok, berbalik pada harga Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu :-
RM3.90 untuk 90ml
RM5.80 untuk 200ml

Betul tak Nina bilang? Harga mampu milik! Ianya berpatutan dan berbaloi-baloi. Pakai sikit jer dah cukup. Effektif! Bukan itu aje …. Halal diperakui oleh Jakim.

Anak dara, para pelajar, wanita berkerjaya walaupun surirumah macam Nina pun mampu beli.. Yang penting kebersihan yang harus dijaga. Aset kita tuu …Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Merapatkan kemesraan suami isteri

Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Daun Sireh Wajah Baharu Formula Dipertingkat

Beli kat mana?

Alahai yang…. Bukan aje murah, Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu ni sangat mudah didapati. Tak yah susah-susah nak beli online laaa, tunggu abang courier ketuk pintu hantar ke rumah. (kalau tak de kat rumah, satu hal plak nak kena ambik kat kaunter pos laju. Ggrrrr….!!)

No No No… Tak susah pun. Mana-mana farmasi ada. Lagi senang mana-mana pasaraya utama macam Tesco, Giant, AEON, Mydin pun hado… Beli bayar terus dapat dan sampai jer rumah boleh kasi bersih-bersih segar bugar aset kita. Feeling fresh gitu, wangi lagi… Mmmm….

Amacam..?? Jom cuba Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu yang baru ni… Tuk para suami tuu, boleh lah belikan buat isteri tersayang. Supaya makin rapat-rapat melekat selalu. hehe . . . Nina paling suka bau   Mawar! Nanti korang share ngan Nina korang suka bau yang mana lak ehh… Tapikan, Geng paling suka bau Gambir. Hurmm… kena lah pakai Gambir selalu kann… ehehe . .  Merapatkan Kemesraan gitu! Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Merapatkan kemesraan suami isteri 

 

Related posts:

Ikan Kerapu Tiga Rasa (versi mama Nina)
Korang tau tak tauhu banyak khasiat ? Meh ambik tahu..
Sinopsis Drama SWEET DREAMS lakonan BEN AMIR yang buat ramai cair. BEST seyhhh citer ni..
Sinopsis BIAR MEREKA CEMBURU Aiman Hakim dan Nabila Razali
Lifestyle Review Tips Feminine WashFloralFruityGambirkhasiat daun sirehMerapatkan kemesraanMiss VMuskOrchidPembersih Kewannitaan Sumber AyuReviewRoseSumber Ayutips cantikTips dan PetuaTips rumahtangga

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. anuar says:
    September 2, 2016 at 7:48 am

    Baru tahu khasiat daun Sireh.. Selama ni ingat daun sireh hanya digunakan semasa hanyat tepak sireh jer… hehehe.
    Terima kasih di atas perkongsian info..

    Reply
  2. Cik Ash says:
    September 2, 2016 at 8:33 am

    lepas ni abang mangkin sayang la hihihihi

    Reply
  3. Shiqeen sattar says:
    September 2, 2016 at 2:19 pm

    Pernah guna dulu… dah ada packaging baru rupanya

    Reply
  4. rozita says:
    September 4, 2016 at 5:07 pm

    suka cara tradisi jugak tp ada yg dimodenkan lebih bagus…

    Reply
  5. Bella Idura says:
    September 28, 2016 at 12:26 pm

    Murah. Boleh cuba.

    Reply
  6. nadia johari says:
    September 29, 2016 at 9:01 pm

    nad suka yang mawar tu..sedap bau dia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes