Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Bagaimana Syurga Akhirat Kematian Itu Pasti Azab Kubur
September 4, 2017September 4, 2017

Puashati Bercuti di Legend Cherating Beach Resort | Family Day KBBA9 2017 Havoc Enjoy!

Havoc Enjoy! Family Day KBBA9 2017 di Legend Cherating Beach Resort, Pahang

Isi Kandungan hide
1 Havoc Enjoy! Family Day KBBA9 2017 di Legend Cherating Beach Resort, Pahang
2 Legend Cherating Beach Resort, Pahang
2.1 Lobi Hotel
2.2 Grand Deluxe Room
2.3 Bilik Sea View BEST!
3 Apa yang best kat Legend Cherating Beach Resort
3.1 Kolam Renang yang luas, besar, BEST!
3.2 Pantai yang bersih
3.3 Sport Centre
3.4 Sauna
3.5 Jakuzzi
3.6 Gym
3.7 Parking
3.8 Coffee House / Restaurant
3.9 Deep Sea Beach Bar – Olas Patio
3.10 Rabbit Farm
3.11 Aktiviti
3.12 Review Nina
3.13 Related posts:
4 Buffet Ramadhan 2019 "ThrowbackRamadhan di HOTEL SRI PETALING KL
5 CINTA TANPA HENTI TV3 Full Sinopsis
6 Alahai cantiknya Puteri Ayu ..!!
7 RESEPI MUFFIN PANDAN PALING SEDAP. Wanginya aroma

Okey … Kita sambung ceritera cuti-cuti Family Day KBBA9 2017 Nina yang lepas. Maaf yaaa Nina buat korang tertunggu-tunggu cerita Nina. Bukan sengaja… Ada perkara yang lebih penting perlu Nina selesaikan dulu.

Buat yang ‘ter’tinggal keretapi tentang cerita Nina yang lepas, bertempat di Legend Cherating Beach Resort ini seramai 30 blogger #KBBA9 bersama keluarga tersayang berkumpul bersua sempena Family Day KBBA9 untuk tahun 2017.

Legend Cherating Beach Resort, Pahang

Legend Cherating Beach Resort terletak di sepanjang pantai yang indah dan menawarkan 205 buah bilik dan suite yang luas dan selesa yang menghadap ke pemandangan taman, kolam renang dan Laut China Selatan yang indah. Setiap bilik mempunyai balkoni peribadi dan sambungan WiFi.

Ada 2 kolam renang besar iaitu Kolam Renang Hijau dan Kolam Renang Biru dengan kedalaman sehingga 6 kaki dan kolam renang kanak-kanak yang menyediakan keseronokan tanpa penghujungnya.

Itu kata pihak Legend Cherating.. Meh Nina cerita pasal Resort ni dari persepsi Nina…

Lobi Hotel

FAMILY DAY KBBA9 2017 LEGEND CHERATING BEACH RESORT

Nina sukakan lobi hotel style gini. Luas santai dan mesra pelanggan. Dihujung lobi , terbentang view pantai Cherating nan indah dan kolam renang mereka yang awesome! Ada 3 kolam. Lawa seyhh… Lanskap sekitar amat menarik dan menenangkan jiwa raga. Cantik kann..??

Kami juga dihidang welcoming drink. “Langkah kanan” kata anak-anak! Ada mee goreng, cucur udang dan teaO. Terima kasih Legend Cherating. Terubat keletihan sepanjang perjalanan tadi. Anak-anak jer dok makan, mama nya dah jumpa kengkawan lain terus kenyang. Hehe . . .

Ok selepas check in, jamah welcoming drink, Nina sekeluarga meneruskan perjalanan ke bilik. Dalam hati dok tertanya-tanya gak, macammana lah agaknya rupa bilik kami nanti? Vontot dah kematu, tak sabar nak luruskan kaki dan landing atas tilam empuk , bersama kesejukkan air-cond nan damai lagi mengasyikkan.. Macam nak terlena sampai malam rasanya. Eh! Verangan tak sudah… hehee

Grand Deluxe Room

Jeng jengggg…. Ini lah bilik tuk Nina sekeluarga. Ditingkat 2 – Grand Deluxe join room.. Menempatkan 2 single bed dibilik sebelah dan sebuah katil queen dilengkapi meja tepi, meja solek, TV, ruang solat, bilik air besar, sofa, peti ais, hairdryer, mini bar, electric kettle, almari baju, seterika, seterika boards, hanger dan safety box macamlah bawak emas berkilo-kilo gamaknya, hahaa… Complete!

Susun atur bilik yang ringkas, kemas dan bersih mencapai KPI Nina. Sekalung Tahniah buat Legend Cherating. Anda Lulus dengan jayanya! Ini lah komen jujur dari Nina : Bila mana insan yang kengkonon OCD membuat pemeriksaan kebersihan. Biasalah Mak-Mak kannn…? Cerewet sikit jer hehee :p

Bilik Sea View BEST!

Ahaa..!! Beruntung kami, tengok tuu sea view. Vavava… Dah macam dalam filem lak rasanya bila angin bayu sepoi-sepoi masuk dalam bilik. Rambut ni terbang-terbangan di tiup sang bayu. Lalu tercipta lah puisi indah mengalunkan lagu dan irama dan termetri lah kenangan terindah. Chewah … Ok over sudah! Hehee

Memandangkan petang ni free and easy, tak de sebarang aktiviti maka Nina sekeluarga pun menghabiskan masa petang nan indah sekitar pantai. Sebenarnya anak-anak dok rengek-rengek nak pi mandi kolam. Biasalah budak-budak tapi memandangkan masa tu dah hampir jam 6pm , sejam jer tak puas lak depa mandi berkubang, payah nak pujuk suh naik nanti. Mama abah nya yang stress nanti. Senang citer ajak depa jalan pantai snap gambar puas-puas dulu…

Apa yang best kat Legend Cherating Beach Resort

Kolam Renang yang luas, besar, BEST!

Fullamakk…!! Punya lah excited anak-anak Nina tatkala tengok swimming pool kat Legend Resort Cherating ni. Giler besar lah weyy …

Pantai yang bersih

Legend Cherating Beach Resort

Pantai timur memang terkenal dengan pantai yang cantik. Apa yang Nina perasan, Pantai Cherating di Legend Cherating Beach Resort ni pasirnya yang memang memutih, halus dan laut nya yang landai sesuai untuk mandi dan berpiknik. Paling menarik perhatian Nina ialah pantai nya yang bersih! Tatkala saujana mata memandang laut nan biru terbentang luas, Subhanaalah.. !! Tenang nya …

Sport Centre

Sauna

Best nya…!! Ada juga sauna kat sini. Malangnya tentatif yang padat, Nina tak berkesempatan nak membasahi diri ini dengan peluh-peloh.

Jakuzzi

Korang kalau datang sini, lepas sauna korang pegi jakuzzi lak.. Uh-hooo… heaven lah! Pastu balik bilik gerenti lena di buai mimpi indah.

Gym

Sesapa yang suka jaga kesihatan tuu jangan risau. Ada gym gak kat sini. Boleh lah korang kekalkan stamina sekaligus kekalkan ke’sado’an. korang yaa.. Dak Eilhan ni part ambik gambar memang overrr! hehe…

Parking

Ini antara yang Nina suka gak kat Legend Cherating. Kawasan parking kat sini memang luas dan banyak. Korang pilih jer nak park kat mana… Semuanya berada dalam kawasan Legend.

Coffee House / Restaurant

Legend Cherating Beach Resort

Suasana yang santai sesuai untuk family. Ada indoor dan outdoor. Buat yang suka angin sepoi-sepoi boleh pilih outdoor , berdekatan dan mengadap swimming pool. sambil cuci mata hehee

Menyajikan menu yang menepati selera semua peringkat. Mak Pak anak-anak semua boleh makan. So far killer menu yang paling Nina suka ialah breakfast – bubur nasi dan lempeng kelapa . Sampai hari ni dok teringat lempeng kepala tuu… Sedap laaa !! Korang datang cuba tau menu ni..

Deep Sea Beach Bar – Olas Patio

Legend Cherating Beach Resort

Makan malam bersinar kan bintang-bintang berkerdipan bersama deruan ombak. Romantik seyh… Kawasan ni untuk Private function. Masa Family Day KBBA hari tu bertemakan Pirate – BBQ Dinner. Cantik dekorasi yang Pihak Legend hiaskan. Siap ada unggun api..!!

Menu disajikan ala bakar-bakar. Ada ikan bakar, kambing bakar bersama beraneka sos pencecah dan paling gerenti cepat licin – Udang Bakar! Sajian main course dilengkapkan dengan dessert yang buat korang akan kekenyangan tak hinggat orang belakang. Sapa lah tuu… huhuu .. Giler laaa menu dia semua sedap!

Rabbit Farm

Legend Cherating Beach Resort

Ini pun antara tarikan yang menarik kat sini. Anak-anak seronok dapat bermain dengan arnab. Bukan senang nak tengok dari dekat arnab ni. Yelah… Kat rumah Nina  mana ada bela arnab.  Kat sini boleh pegang belai dan bagi makan arnab ni.  Seronok anak-anak…

Aktiviti

Pihak Legend ada menyediakan pelbagai aktivi menarik sepanjang kami berada di sana. Memang penat +pack = fepacknat you! hahaa… Tapi sangat enjoy!

Day 1- pada malam pertama, Hafiz’s Firefly Tour membawa kami menerokai kehidupan kelip-kelip di sekitar sungai . Beruntung Nina sebab trip Family Day KBBA9 kali memberi satu pendedahan baru buat Nina. Mengenali alam fauna yang belum pernah Nina terokai. Tercipta kenangan terindah dalam diri ini.

Day 2- Aktiviti pertama satu keasyikkan melihat kurniaan Ilahi.. Sunrise! oh indahnya….
Kemudian, selepas breakfast pihak Legend mengadakan Telematch buat semua blogger, tak lupa buat pasangan dan anak-anak pun ada! Pecah perut kami melihat keletah gelagat semua.

Sebelum Lunch – Scuba at swimming pool oleh Muck Dive Scuba. Kami diberi pendedahan basic scuba dan aspek keselamatan berada di dasar laut.

Petangnya – jelajah sekitar Cherating dan Kemaman. Pertama kali lihat sendiri penyediaan cara buat Kerepok Lekor
Singgah di Pasar Kemaman dimana hasil tangkapan laut baru naik ke darat. Aduduhh… Segar-segar ikannya. Rasa nak borong semua!
Turtle Sanctuary – diberi pendedahan tentang kehidupan penyu yang kian pupus.
Mangrove Tour kelolaan Hafiz’s Activities Tour melihat keindahan hutan paya bakau disekitar Sungai Cherating . Hafiz’s Cherating Activities
Akhir sekali – aktiviti dari Pihak Legend yang paling syahdu …. Melepaskan baby penyu ke laut.

Day 3 – Pagi selepas breakfast Pihak Legend mengadakan team building sesama blogger. Sea Rafting! Satu aktiviti yang mencabar fizikal dan mental. Semangat team work sesama kumpulan membuat rakit sendiri berasaskan buloh dan tayar pelampung bersama tali yang cukup-cukup. Parah!

Banyak dan menarik kann aktiviti yang disediakan oleh Pihak Legend Cherating? Percutian yang memberi sejuta kenangan bermakna…

Review Nina

Keseluruhan Nina suka Legend Cherating Resort ni. Kebersihan keselesaan ketenangan kat sini – tip top! Food pun ok – tidak mengecewakan. Aktiviti yang pihak Legend sediakan menag happening! Penat tapi berbaloi. Paling BEST kat sini – swimming pool !! Tak lupa pantai nya yang terjaga bersih membuatkan Nina rasa tak puas nikmati percutian singkat di sini. Rasa nak ulang stay sini lagi nanti . . .

Korang, sudi lah  tengok Youtube Nina sepanjang Nina ada kat sini,  >>>>

Maaf laaa , andai video tak berapa cantik. Maklumlah Nina pakai semakphone aje.  Alaa… Korang tengok tutup aje sebelah mata. Idok ler perasan sangat gegar-gegar, blur tuu… hehee…
Apa pun, ini lah kenangan kami. Family Day KBBA9 2017 di Legend Cherating Beach Resort memang BEST!

Untuk maklumat lanjut korang boleh lawat http://www.legendresort.com.my/ atau ke instagram Legend Resort @legendresort.cherating.

Ok, Nina baru citer bab Legend Cherating Resort pun dah panjang lebar berjela-jela… nanti Nina sambung citer aktiviti Family Day #KBBA9 sepanjang kami berada kat sini yaa…

 

Related posts:

Buffet Ramadhan 2019 "ThrowbackRamadhan di HOTEL SRI PETALING KL

CINTA TANPA HENTI TV3 Full Sinopsis

Alahai cantiknya Puteri Ayu ..!!

RESEPI MUFFIN PANDAN PALING SEDAP. Wanginya aroma

Lifestyle Review Travel Family Day KBBA9Info - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaKBBA9KuantanLegend Cherating Beach ResortLegend Resort CheratingTempat Cuti Budget BestVisit Pahang

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (13)

  1. SARAH says:
    September 4, 2017 at 5:23 pm

    Jemput singgah dan baca 🙂

    https://messarah.blogspot.my/2017/09/im-glad-to-be-part-of-them-sea-games.html

    Reply
  2. Mama Kembar 3 says:
    September 4, 2017 at 5:28 pm

    Nak pi Legend jugakkk! Masuk wish list utk cuti cuti Malaysia tahun depan dah ni hehe

    Reply
  3. mas saari says:
    September 4, 2017 at 5:38 pm

    Memang best, walaupun aktiviti padat tapi berbaloi.

    Reply
  4. YB Shehan says:
    September 5, 2017 at 1:37 pm

    Fuhhh. Teringin gila dah nak pegi adoiiiii

    Reply
  5. Norliza Nordin says:
    September 5, 2017 at 2:17 pm

    memang havoc sangat sangat ni pergi Cherating tuuu

    Reply
  6. Mimie says:
    September 6, 2017 at 12:52 pm

    Memang cantik. Nanti jika ada rezeki nak datang sini bawa anak anak juga

    Reply
  7. IQ aka Izyan Balqis says:
    September 6, 2017 at 3:36 pm

    rindu legend dan kbba. huhu

    Reply
  8. Haidar says:
    September 6, 2017 at 5:47 pm

    Bestnya! Kena singgah menginap bila balik Kemaman nanti.

    Reply
  9. Mybiasiswa says:
    September 7, 2017 at 4:59 pm

    Menarik tempat ni .

    Reply
  10. Sueizza says:
    September 15, 2017 at 1:29 am

    Seronoknyaaaa jeles kita tak dpt join huhuu

    Reply
  11. Lya says:
    September 17, 2017 at 8:49 pm

    Bestnya kat Legend..nak repeat balik laaa kak nina..jom jom jom..

    Reply
  12. Azhafizah says:
    September 20, 2017 at 7:01 pm

    Seronoknya bercuti ramai-ramai macam ni kan.

    Reply
  13. nadia johari says:
    September 22, 2017 at 12:57 am

    bayak kemudahan..cantik tempat dia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes