Pernah viral satu ketika tu ari pasal non stick pan ni bahaya. Nina tak mo komen lebih sebab nina faham ada yang menabung untuk membeli sesuatu perkakas dapur. Benda mahal kan… Tips Penjagaan Non Stick Pan
Faham perasaan tu bila ada kata baik buang jerrr.. Racun masuk perut nanti. Entah batu pape depa salut. Bla bla bla blaaaaa… Tak bagus nape jual kann? Ok cukup cukup sudah.. Kot risau kena kecam berjemaah. HAhaa
Sebenarnya Nina nak share Tips Penjagaan Non-stick Cookware . Dah beli kena tau jaga. Setuju.. ? Dan sebenarnya tak susah nak jaga supaya tak rosak. Bila tau do and dont pasti pan korang akan tahan lama dan idok ler meroyan tercalar atau rosak.
Tips Penjagaan Non Stick Pan
Tips Do and Don’t non stick pan
Untuk penggunaan kali pertama, basuh pan/pot dengan air dan sabun (guna span lembut sahaja). Kemudian lap dengan kain sehingga betul-betul kering.
Next, oleskan permukaan pan/pot tu dengan minyak sayur/minyak masak kemudian letak pot/pan atas api dapur paling kecik selama 1-2 min. Tutup api, biar pan/pot sejuk, lap semula dan boleh disimpan.
Untuk masak, jangan keringkan air atas pan/pot di atas api dapur macam kita buat pakai kuali aluminium tu. Pastikan permukaan pan/pot tu kering atau lap dengan tisu sebelum letak atas dapur.
Nina suka masak menu Daging Masak Kicap Kuali HIG Non Stick Pan sebab daging tu lebih cepat empuk.
Letak minyak dalam pan/pot kemudian baru buka api dapur. Jangan pannaskan pan then baru buh minyak. Pastu berasap! Memang rosak laaa lapisan non stick kat pan tu.
Guna api sederhana sahaja masa masak. Bila masakan dah 70% siap, guna api paling kecik. (Sbb periuk macam Tefal/Shogun, penyebaran haba sekata).
Elakkan guna sudip/senduk besi, kalau bole guna kayu atau silicone (Untuk silicone, kalau mampu cari yang food grade punya). Untuk kayu, pastikan sudip/senduk kayu tu tak bersepih.
Lepas masak, biar pan/pot sejuk dulu baru cuci. Jangan rajin sangat terus basuh tau! Simpan sikit rajin tu… Ada laaa alasan
“Awat sayang tak kemas piuk ni lepas masak? “
“Memang kena sejukkan, pas Abang makan, cuci kan sekali ehh” gitu… HAhaa
Ataupun kalau berani, lepas masak, lap permukaan pot/pan dengan kain, biarkan sejuk, baru cuci dan keringkan.
Untuk penyimpanan, elakkan stacking pot/pan. Kalau nak stack jugak, pastikan permukaan pan tu alas dengan kain lembut dulu.
Sebaiknya jangan laaa masak makanan yang keras dalam non stick pan, contohnya kerang, ketam, kupang. Bukan apa, semasa proses masak, dok gaul gaul tu, manalah tahu ini antara punca lapisannya tertanggal atau calar.
Tapi kalau confident tahap tertinggi yakin dengan kekebalan non stick pan korang, idok ler mampu ku berkata-kata.
Resipi : Ayam Bakar Brerempah Paling Senang Mudah Sedap. JImat minyak. Menu Sihat Eat Clean
Kalau ada tips-tips lain bole jugak tambah ehh… Share laa sesama kita praktikkan. Pahala tau kongsi ilmu ni. Tinggalkan jer kat komen eh…
Nina nak tambah tips.. Biasalah makmak, tetiba banyak lak pesanan dari penaja. Hahaa… Macam korang tak biasa kannnn…
Jika pan ada kesan calar atau rosak jangan guna lagi sangat bahaya.. buang jerr. … Tapi kalau sayang sangat, diy pastu boleh dijadikan perhiasan. Boleh laaa dok tenung nengok tanda sayang gitu… Hehee
Kalau Nina beli non stick pan baru, bajet tak besar, ciput jer… Nina prefer beli kat IKEA jer… Suka tengok catalog dia, cuci mata sambil verangan. Seronok weyhhh… Terapi MakMak gitu . Setuju kann..? Kot ada bajet extra, boleh laaa kat IKEA Online
Kalau ada . . . Verangan kan Percuma! HEhee . . .
wahhhh tq tips berguna ni,kalau tak ,tau pakaiiiii je la pastu jahanam huhuu
baru tahu cara nak simpan nonstick pan ni, sebelum ni main taram je basuh tgh2 panas…huhu..tq kaknina!
sebelum ni memang main guna ja pan, tak penah pun amek tau. sebab tu mak selalu bebel. hahaha
Tq for da tips kak nina
Best pakai nonstick pan ni kak nina sebab memudahkan dan menjimatkan masa masak . Sal suka guna