Orange Oh .. Orange .. .. !! “Mama mama …. nak orange !!” kata Eilman. Anak bujang Nina. Dia ni memang peminat tegar buah oren. Pantang nampak! “Ok, nanti mama potongkan ….” jawab Nina Kek Oren Blend Mudah
Tak berapa lama lepas tuuu
“Mama, mama.. nak orange !!” kata Eilman lagi …
Haishhhh ..!! nie dah masuk 6 kali minta potongkan buah orange.
DAN 4biji Oren tu juga Eilman sorang yang makan. Tak boleh jadi nie …..
Kena buat sesuatu dengan orange nie… Tak kan nak sorok, dah dalam peti ais dah tentu Eilman nampak & nak lagi …. Teringat Orange Cake yang semua dok cakap2 kat wall Kongsi Resipi kata senang nak buat. Blend ajerrr . . . .
Kek Oren Blend Mudah Paling Senang Sedap
Apalagi, orange tu dibuat cake lah jawabnya. Sambil buat cake bilang pada Eilman, yang orange nie mama buat cake so nanti makan cake umpama makan orange juga… Dari mula Nina potong orange tu, blend sampai siap Orange Cake tu Eilman dok tengok perhati ajerr …
heheheee . . . .
Kek Oren Blend paling senang sedap
Resipi : Kongsi Resipi (maaf ya tak tahu nama tuan punya resipi)
Sumber : Nora Dany Hary
Bahan-bahan
1 biji Oren Sunkist
1 cawan minyak masak
secubit garam
1 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum – di ayak
1 sudu besar baking powder
Cara Buat Kek Oren Blend
1.- Buah oren dibersihkan dahulu. Potong, buang biji, kulit & urat putih. Dipotong kecil2.
Masukkan dalam blender bersama minyak masak, gula, telur. Blend hingga halus.
2.- Tuang bahan kisar dalam mangkuk, masukkan tepung gandum sikit demi sikit dan kacau rata.
3.- Bakar suhu 160c selama 40 minit @ hingga masak. Siap! Sedia dihidangkan …
Mudah sangat kannn?
Korang tak perlu pun mixer, pakai blender jer. Kalau yang tak de oven, kukus pun boleh. Atau kalau nak bakar pakai magic pan pun boleh. Nak pakai Air Fryer pun boleh.
yang tak boleh, jemur jerrr… Confirm tak jadi. HAhaa.. Ok gurau jer
Sedap nya laa hai Orange Cake nie! Rasanya moist didalam, walaupun cara masaknya dibakar. Nina paling suka cake yang moist. Cepat jerrr licin..!! Hehehehe ..
Sempat juga Nina tinggalkan sikit Orange Cake nie untuk beri pada Teacher Norza (Cikgu Tuition Eillya). Sajer nak memberi sebab Teacher Norza nie sayang sangat kat Eillya. Chewah … mama Bodek cikgu
Nape ada warna coklat kt tgh2 tu ye?? Letak apa?
Yang chocolate tuu Nina tambah chocolate paste 🙂
Adunan tuu Nina bahagikan kepada 3 bahagian & satu bahagian Nina buh sikit chocolate paste pastu kacau rata.
Time nak buh dalam loyang, mula2 Nina letak adunan orange kemudian yang ada chocolate paste dan diikuti dengan adunan orange.
Chocolate paste tu blh diganti dgn serbuk koko x?
RohaIdAh,
Nina tak galakkan u gantikan ngan serbuk koko kerana takut nanti kek bahagian koko akan keras (terlebih tepung)
Sebaiknya guna coklat paste 🙂
Ermilda,
coklat paste tuu boleh dibeli kat kedai bakery. ianya dijual dalam botol kecik macam esen vanilla. Kalau kat Hypermarket pun ada – perisa coklat
Kak Nina prefer beli kat bakery sebab kualitinya lebih baik. (pekat)