NASI DAGANG GRANNIES Sedapnya! Wajib cuba
Sapa suka Nasi Dagang? Menu paling femes di pantai timur Terengganu.
Resepi Nasi Dagang Terengganu menggunakan beras pulut dan dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) saiz besar yang dipotong-potong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Ok, sejujurnya Nina tak berapa minat Nasi Dagang. Entah kenapa payah nak jumpa yang betul-betul sedap. Asyik terkena yang kurenggg sedap.
Selalunya citarasa ni tak ngam dengan nasi nya. Macam cepat muak gitu dan kuahnya pulak ala-ala kari jer. Frust! Huhuu . . . Atau akukah yang cerewet?
Tapi kann . . .

Pada suatu hari yang penuh keheningan, chewahhh , ,, Flashback harus lah drama! Ok sambung
Angin bayu aircond meniup lembut ke wajah ini, seorang hamba Allah ini menghulurkan pada Nina sebungkus Nasi Dagang yang dibalut rapi dalam daun pisang. Bau dia > > > > > Perghhhh.. Wangi! Sesungguhnya rezeki Nina dapat gift Nasi Dagang GRANNIES semasa Nina pi event Zero Kos Marketing tempoh hari. Katanya TerlarisdiKLCC. Ok noted!
Sampai rumah, pada mulanya Nina so so jer nak rasa sebab pengalaman lalu buat Nina kurang teruja nak makan Nasi Dagang.
Tapi anak Nina yang excited nak rasa. Mungkin sebab presentation nya yang menarik dibalut dalam Daun Pisang. Mungkin . . .
Namun tatkala anak NIna buka jer balutan, dia punya bau semerbak mewangi. Serious terus saka makan muncul. HAhaa
Dan . . . saat satu suapan masuk dalam mulut, rasa dia.., Kenapa sedap ni? Oh my oh myyyy
Yes! Nina dah jumpa Nasi Dagang yang sedap menepati selera dan citarasa Nina. Malangnya masa tu tak done pun nak snap gambar share ngan korang..
Maklum lah Satu Bungkus jer.. Dan mana nak sangka sedap sungguh! Sejak tu terbayang-bayang Nasi Dagang GRANNIES. Buruk nau rasa rindu terseksa ni
Akhirnya dia datang lagi!

Kat mana NASI DAGANG TERENGGANU SEDAP DI KUALA LUMPUR ?
Ada ada! Nasi dagang GRANNIES!
Ya ampun .. sedapnya NASI DAGANG GRANNIES . Sebijik rasa keaslian Nasi Dagang Terengganu! Lepas kerinduan ini.
Sungguh tak tipu ni.. Punya laaa wangi Nasi nya dibalut kemas dalam daun pisang. Lembut jer Nasi nya. Barasmathi Pusa Cream premium gitu.
bahan masakan dan rempah ratus yang digunakan dari bahan yang bergred dan berkualiti tinggi, Rempah ratus asli dari Negeri Terengganu.
Gulai ikan tongkol mabeles!
Gulai ayam pun sodappp
Gulai Udang Galah kuah dia amboi .. asyik tau hirup.
Saya suka, saya suka!



Kenapa sedap sangat ni?
Bukan nak kata laaaa, makan Nasi dia saja pun dah sedap. Apatah lagi di adun dengan acar, gulai ikan tongkol dan lauk lain.
Punah hancur leburrr diet kita tau!
Serius awak
Puashati order. Nina order Set Kenyir Jumbo. Portion besar, Berbaloi-baloi. Siap dapat gift cookies cornflakes superb sedap.
Tapi kalau nak order single pun hado! Cuma nya Set Jumbo ni lagi jimat gitu. Semua extra!

Rekemen korang order!
Memang premium NASI DAGANG GRANNIES
Buat yang tak minat Nasi Dagang should try sebab gerenti this time korang akan jatuh cinta sama Nasi Dagang GRANNIES
Kat mana nak order NASI DAGANG GRANNIES ?
Yelah . . . dok citer sakan. Okies, senang jer , korang boleh order di talian wasap 013-9075199
Atau korang boleh jer tapau di LA CUCUR KLCC

Dalam gambar bersama acah-acah model ni SET KENYIR JUMBO.
Ada 5 Nasi Dagang + 5 acar + 5 Gulai Telur + 5 Gulai Ikan Tongkol
Bersama 2 ketul Gulai Ayam, dan 1 lauk Gulai Udang Galah yang sedappp. Free gift cookies cornflakes crunchy!
Untuk maklumat lebih lagi, korang pi laa usha di
Facebook : https://facebook.com/grannies.my
Instagram : https://instagram.com/grannies.my
Jangan kata hakak tak habaq naaa
So next time nak makan Nasi Dagang yang confirm menepati selera , Nina dah tau dah kat mana.. Semestinya GRANNIES!
Puas hati, portion dia banyak kak nina, satu famili dok puji
Nampak menarik gak set yang ada. Dari segi harga berbaloi sangat dah . Sape kata musim PKP ni kita takleh nak jamu selera apa yang kita teringin kan ? Order je ha..terus sampai depan pintu rumah . Tak perlu nak keluar rumah .. just stay at home terus nasi dagang sampai . Ramai kata best , so kena la try,
Sis kalau nasi dagang ni sis kurang sikit tapi kalau anak sis Dania tu, memang dia suka sangat nasi dagang. Selalunya breakfast la makan nasi dagang ni. Nanti boleh order nasi dagang grannies ni.
Aigoo…….nampak gaya nyer dah lama sangat saya x ke KLCC. Tak tahu pula kat KLCC dah ada Nasi Dagang Grannies. Insya’Allah abis MCO nie boley lah melawat KLCC dan singgah di cafe ini. Terima kasih kerana mengkongsikannya.
lani payah dah nak jumpa authentic nasi dagang yang bungkus dalam daun pisang. harummm je nasinya.
Wow… Nampak meriah betul portion cmtu kalau makan 1 family… Org timur punya makanan ni kan.. Tp kita xminat sgt nasi dagang… Huhu..
sgt sedap nampaknya. nasi dagang salah satu nasi kegemaran aida, selain dari nasi kerabu.
gambar yg nina share ni amat menjemput selera. kalau dekat sana, aida setuju, wajib cuba!
Saya kalau nasi dagang biasanya akan buat sendiri. Sebab susah cari yang sedap dekat KL ni. Tapi tgk grannies ni nampak sedap
Terasa-rasa kesedapnnya Nina.. hartu buat pun rasa tak puas makannn.. nanti ada ikan nak buat lagi laa.. pakkal lee takde kat JB ni, kalau tak dah order gakkkk
pernah juga beli, pelik rasanya ya..hehee. Bilamkaan Grannies punya, sedap.rempah gulai dia pekat dan sedap rasanya..kene la dengan tekak ni
Oh yumsss! terliur sis baca entry ni, their gulai memang nampak sedap. Going to order some nasi dagang today.
Packaging nasi dia awesome. Eye catching gitu.
ya ampun terliurnya heheheh ini nak mencari ni makan tghari nt hehe