Mak mak macam Nina kadang tu bosan setepek bila dok terperap kat rumah jer kannn?? Setuju tak? Giler tak setuju. Hakikat realiti kehidupan. Kannn. ..? HAha
Ok, Alhamdulillah Nina punya suami aka Geng yang sentiasa memahami jiwa raga isteri nya yang comel lotte dan tercinta berkarat ni. Chewah… Eh! Ada ker suami yang tak faham isteri. Ada eh..?? Sila pi semak hati nurani tu eh.. Dulu you jump ai jump kann? 😝😝
Udah udah… Tengok Nina dah merapu. Ok Sebenarnya nak share ngan korang satu tempat lepak best! Selain suasana cafe nya tenang, cantik tersusun rapi, makanan dia pun syiokkkk sedap weyy..!! Mak mak ni bila jumpa lupa segala masalah. Me time laaa katakan 🎉😍
Korang kena percaya sebab bila tekak ocd bab makan macam nina dan kengkawan Nina ni yang juri nya.. Hehe. .. Tapi kannn, sebenarnya Nina tak de laaaa cerewet sangat, depa ni punya cerewet lagi tahap tertinggi. Sapa? Teka laaaa antara kami berlima ni. Ooppsss….!! 🙊🙊
WHIP AND WHISK CAFE ALAM DAMAI
Memang mendamai kan tatkala berada kat sini. Tengok… Susun atur cafe yang bersih, minimalis cukup menenangkan.
Meh Nina share menu yang kami nikmati kat sana
Salted Eggs Crispy With Calamari
Tak mampu ku bohongi…. Serius terangkat sedap beb rasa dia..! ! Sos dia yang berkrim penuh cheezy memang asyikkkk.. ..
Pekana lak ngan sotong crispy dia . Aduh.. Tak cukup siot. .!! Sila dengar nasihat Nina, nak order Salted Eggs Crispy With Calamari ni jangan mengade-ngade nak share-share. Nangis korang nanti. 😂😂 Recommended 👍
Parmesan Cheese Chicken
Menu ni portion nya agak besar gak! Sesuai laaa kot korang nak share share makan dengan penuh kasih sayang. Acececehhh… Ada isi ayam part dada beberapa ketul yang agak besar, kentang wedges, salad, (bawah salad ada roti) dan sausage. Lain dari yang lain rasa sausage dia. Sedap! Bila di tanya, rupanya sausage dia homemade. Padan laaa sedap dia lain macam. Terbaik laaa…
Parmesan Cheese Chicken ni memang mantap padu rasa dia bila digabungkan dengan sos cheese nya yang ohsem! Cuma… Kalau laaa sos cheese tu banjir melimpah pasti lagi terasa kenikmatannya. Chewah …
Oreo Slurpee ohsem!
Air yang mengiurkan ni nama nya Oreo Slurpee. Sedap kot! Tengok aje presentation nya. Cuma selera Nina lebih pada yang light light jer…. Atau sebenarnya Nina yang tak cukup kesempatan menghayati rasa dia kot Kalau anak-anak gerenti suka slurpee gini rasanya.
Memandangkan hari tu kami pekena 2 menu tu jer tapi korang jangan risau, banyakk lagi menu lain yang ada kat sini.
Nah…. Nina share sikit gambar menu nya yang sempat Nina snap masa derang dok sakan berborak kat sana. Yelah… Derang tu kannn asyik bercerita aka sharing tips camera Sony derang kann…. Kita pakai handphone aje. Sedar diri ini tak punya camera maka dok diam-diam aje. Huhuhu konon kita sedey… Kannn Tati? 😂😂
Cafe bersih tip top awakkk…. Gred A 👍👍
Wi-Fi ada kat sini 🎉🎉
Mmmm… Kesukaan ramai. Asal ada Wifi berduyun suka lepak chit chat kan… Sepantas kilat dok upload menu tu, menu ni, air tu, air ni, pose sana pose sini. Biasalah… Eh! Korang pun sama kannn?? Mengaku jer laaa
Free Coffee
Dengar free dah seronok kann? Memang best! Korang penggemar tegar coffee pasti suka! Ni haa… Ada kad tuk members. Tiap kali korang beli hot coffee kat sini, dapatkan cop seketul, dah penuh kad ni korang boleh tuntut coffee free! Menarik kann…. Sehari secawan, hujung minggu coffee free. Bijak kann..?
Penghantaran delivery
Ahaaa…. Berita baik tuk korang yang malas nak keluar bawak kete, malas parking walau pun kat sini parking free, malas nak make up sebelum outing, malas nak iron tudung dan sebagainya…. Kalau dah malas memang gitu orangnya, dok berbakul dengan alasan! Kannn… hahaa
Ok, Whip And Whisk Cafe sedia menerima tempahan penghantaran makanan terus ke depan pintu rumah korang. Nah… Nina share kan lokasi nya. Mana yang dok di luar kawasan liputan jangan mengade ngade call mintak hantar food lak eh.. Bababb kang
Senang jer nak datang sini. Waze kan ada.. .
Korang nak datang sini senang sangat, type aje kat waze tuu Whip And Whisk Alam Damai, pastu ikut cakap Waze confirm sampai depan cafe.
Alamat: 52-G, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai, Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 03-9107 3987
Atau korang nak intai apa lagi yang menarik ada kat sini korang boleh mentelaah kat
Facebook: Whip And Whisk Bake Shop And Cafe
Instagram: Whip And Whisk KL
Waktu perniagaan
Selasa – Jumaat @ 10am – 11pm (kitchen open at 11am)
Sabtu – Ahad @ 10am – 11pm
Isnin – tutup
DEWAN BALLROOM SERBAGUNA DI CHERAS SENTRAL
Nina nak share sikit ngan korang, kat area Cheras Sentral ni ada Banquet Hall – Sireh Pinang yang menyediakan dewan untuk apa jua majlis keramaian sekali pakej katering. Kot korang nak buat majlis kahwin ker, aqiqah , cukur jambul , reunion , hi – tea , dinner , press conference mahupun fashion show juga boleh di realisasikan kat dewan yang cantik ni.
Dewan Sireh Pinang berkeluasan 5700sq boleh memuatkan 25 meja bulat. Ada sediakan pentas yang boleh diubah suai mengikut bentuk kesesuaian majlis dan kehendak pelanggan. Yelah … kot korang nak buat fashion show tuk design baju / tudung korang ker kann… Derang akan sediakan pentas ala runaway tuk model catwalk gitu. Menarik kann…??
Banquet Hall Sireh Pinang ni bukan aje di lokasi yang statergik malah di level 9 sama aras dengan parking, sangat memudahkan tetamu yang bakal hadir nanti. Sound system pun lengkap dan setiap sudut yang jauh dari pentas juga ada disediakan monitor supaya tetamu yang jauh dari pentas tidak ketinggalan menyaksikan apa yang sedang berlaku dibahagian hadapan.
kot korang berminat nak tempah, korang boleh lah hubungi :-
SIREH PINANG BANQUET HALL
ALAMAT : LEVEL 9 , CHERAS SENTRAL
FACEBOOK : Sireh Pinang Banquet Hall
INSTAGRAM : @sirehpinanghall
PHONE : 019-3165566 ( En. Shaiful )
nampak sedap menu2 dia, teringin nak cuba!
singgah sini hehe
https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html
Parmesan chicken cheese tu memanggil2 pulak rasa nya! salted egg calamari ru memang buat telan ailio. gulp!
Salted eggs crispy calamari tuuu recommended sesangat
Waa..nampak sedapnya semua menunya..siap ada delivery tu..yang paling terbaik kebersihan tiptop sebab dapat A..nak ajak husband try makan di Whip & Whisk Cafe la
terliur tgk menu ni Salted Eggs Crispy With Calamari..yummmy..air tu pn nmpk sedap
Sedapnye makanan semua, awat tak ada delivery sampai opis cyberjaya…
sedapnya tgk gambar all the foods
nampak menyelerakan makann dia..
Very Awesome and Help full Article. It really helps me. thanks for sharing this.
I like egg coffee