Tu hari share cara Nina masak Nasi Lemak paling senang sedap . Bila makan nasi lemak kena ada sambal kann? Sambal kena sedap baru lah nasi lemak tu jadi sedap. Setuju?
Kerap juga kengkawan tanya Nina ada tak Tips Cara Masak Resipi Sambal Sedap. Sebenarnya Nina tak de laaa tips sangat sebab Nina bukannya chef. Nina masak pun tak pandai mana cuma Nina suka share apa yang Nina tahu dan cara Nina jer…
Korang percaya tak Nina ni sebenarnya malas gak orang nya? 🙈🙈 Idok lerr rajin mana macam korang sangkakan. 😂😂 Tolong laaa percaya…
Sebab apa tau, nak masak sambal pun Nina tak rajin nak rebus cili kering. Tak kuasa kita wakk… Ngan ada anak kecik pegang cili, pijar tangan. Huhuu… Rajin tuu ada, cuma kadang-kadang jer.
Sebab nak gak makan sambal maka shortcut Nina pakai cili giling segera jer.. Favorite Nina cili giling Puteri..!! ♥♥
Baca : Cara Masak Dan Tips Sambal Sedap.
Ok sebelum Nina sok sambung membebel, moh lerr Nina kongsikan Tips Cara Masak Resipi Sambal Sedap style Nina cara Nina masak sambal paling cepat, sedap dan gerenti jadi laaa… Ikut tekak selera Nina sekeluarga. Naya kena kecam statement angkat bakul ni kannn… 😂😂
Tips Cara Masak Resipi Sambal Sedap style Nina
Sotong secukupnya – kalau nak ganti lain pun ok. Ikut selera korang. Kita tak paksa pun
2-3 batang serai – ketuk jer
2 biji bawang besar – malas nak blend, Nina hiris nipis jer
5 ulas bawang putih – ketuk jer..
2 inci Halia – hiris nipis
1 paket Cili Giling Puteri – nak banyak beli laaa lebih ya
Gula secukup rasa, nak lagi sedap Nina suka buh gula melaka atau gula perang. Tak kisah laaa… Janji bukan gula-gula Hacks. 😂😂
Minyak untuk menumis
Cara masak Sambal
1- memula panaskan minyak, pastu tumis serai, bawang merah, bawang putih, halia sampai naik bau wangi. Kot kalau koramg selsema tak deria bau, agak-agak kekuningan tu ok dah tu… Dah sampai masa tuk korang..
2- Masukkan cili giling puteri. Masak sampai cili pecah minyak. Tak lama mana pun.. Sila jangan mengade mata tu tinggalkan kuali pi tengok Web ohsempoi.com . Melayan baca kat sana memang boleh terleka, pas satu topik ke satu topik Best! Nescaya confirm hangus nanti sambal korang nanti. Hehe
3- Dah naik minyak sambal tu, boleh lah masukkan sotong. Nina tak masukkan air sebab sotong tu sendiri akan keluarkan air nya.
4- Perasakan sambal ngan gula secukup rasa. Kacau rasa, buh sikit nina buh banyak bawang besar (favorite Nina ada bawang besar kat sambal) .
5- Tutup api dan siap…!!
Nota kaki : eerkkkk kaki sapa? jangan mengade tanya 😝
Best nya cili giling puteri ni, tak payah buh garam, air asam jawa atau asam keping ataupun belacan. Korang seimbang kan rasa ngan gula jer sikit. Ringkas mudah sangat kann…??
Selamat menyambal 😋
Ppssttt >>> #JanganKecamIniCaraSaya
adudu. gambar dia memang tempting abes
bila puasa tgk gmbr makanan trus lapar
singgah sini
https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html
gambar cantik..nmpk menyelerakan