Korang selalu tak scrub muka korang? Seminggu berapa kali? Dolu-dolu sebelum kawin Nina rajin gak scrub muka selang 2 hari cuma sejak kebelakangan ni jarang-jarang scrub muka. Tahu tak scrub muka homemade dari uncang teh? Ya teh yang dah guna tuu…
Korang tau tak Teh boleh jadi scrub homemade ?
Ahaa.. Jangan membazir! meh Nina share cara buat sendiri DIY scrub muka paling murah mudah lagi jimat!
Berasaskan dari dapur aje. Bagus nya scrub homemade ni tanpa bahan chemical so selamat dari bahan berbahaya terlarang. Ibu mengandung ke menyusu ke boleh laa guna tanpa was-was.
Baca : REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK yang Nina dah pakai berkurun lama nya. Alhamdulillah berpuashati dengan produk ini.
Ok sambung. Ini lah cara dan tips Nina paling jimat nak dapatkan kulit muka yang cantik bersih halus mulus.
Aceceeehhhh.. Perasan sangat Nina ooii..!! Over claim sendiri cantik. HAhaaa
Takpe kita share je, mana lah tau ianya serasi dan berkesan tuk korang jugak.
Buat yang tak tahu, ini lah uncang teh. Tak kisah laa teh jenama apa pun, dari mana ia berasal. Made in Cameron Highland lebih uummpphhhh!! Bukan iklan dari penaja ya. HAhaa.. as long teh.
Scrub muka homemade guna teh | DIY cara buat skrub tradisional
Sarapan pagi korang bikin air tea o kannn?
Ini cara Nina, rendam teh dalam air panas 100 darjah celsius, eerrkkk sebenarnya tak pernah pun check suhu. Janji air tu panas laa sebab kita nak rendam teh kannn. Dah rendam teh nya pastu keluarkan uncang teh, ketepikan. Kemudian baru Nina letak gula atau susu.
Kenapa ketepikan?
Sebab Nina nak buat scrub muka teh tersebut. Tak mo laa ada sisa gula atau susu. Bukan nak buat air teh tarik kat muka. Ghisauuu pulak bersemut muka nanti. Jenuh nak sapu calamine. Naya!
Ok, uncang teh tadi yang diketepikan, korang gonyoh sental kat muka korang. Ini lah scrub muka homemade Nina. Mudah senang jimat kannn? Tak payah campur tambah bahan lain pun… teh semata.
Kuat-kuat tapi lembut manjahhh gitu gosok kat area hidung dan dagu. Kawasan ni tempat bertapa nya white head dan black head. Settel gonyoh, atau ayat lagi manis – scrub , kemudian bilas bersih-bersih.
Manfaat Scrub Teh Homemade
- Saat korang gosok-gosok tu secara tak langsung akan menghilangkan sel kulit mati.
- Melancarkan peredaran darah
- Menyingkirkan whitehead, blackhead and also headache! HEhee… Ya ya jer Nina nih.
- Selepas cucian, kulit akan rasa segar, lembut bak sutera. Tapi rasanya kain sutera lembut kalau pakai softlan je, tak letak softlan tak lembut mana punnn.. Kannnn?
- Bila kulit bersih, tampak laa berseri-seri gitu
- Paling best, ini lah produk paling jimat dan selamat.
Korang akan rasa kulit muka korang lembut, lembab jer…. Selain tu, uncang teh ni juga korang boleh letakkan kat mata. Berfungsi menenangkan mata yang penat. Sejuk nyaman jer… Ada mitos cakap, boleh cantikkann mata. Entah ler… Bukan Nina yang cakap
Tips : paling bagus teh hijau..!!
Sebab teh hijau kann lagi bagus untuk kesihatan. Setuju? Sebenarnya Nina pun tak pasti. HEhee
Sebab bila Nina minum teh hijau, Nina scrub laa guna teh hijau. Kiranya apa jenis teh pun Nina gosok je kat muka.
So , tak susah pun nak cantik, paling penting kerajinan jer…
Walau pun tak de duit nak beli produk yang mahal bak kayangan yang lagi struggle nak maintain beli, bahan dari dapur pun boleh guna tuk kulit muka. Lagi bagus sebab tak de bahan kimia dan selamat.
Best kann… Selamat menyental ♥
Ketahui tips cara scrub muka yang betul supaya manfaat produk lain yang korang pakai akan lebih efektif. Contohnya serum akan benar-benar meresap.
Oh ya, untuk penjagaan skincare lain Nina amat pentingkan pakai sunscreen. WAJIB!
Sila pakai walau dimana korang berada. Dok dalam rumah pun pasti samar-samar akan terkena cahaya SUN kann? So sila pakai! Tanya Nina sunscreen kegemaran Nina buat masa ni dah bertiub tiub dah Nina pakai sunscreen ni sebab murah dan … Panjang lak citer nanti. So pepandai laa korang baca REVIEW SUNSCREEN MUKA PALING BAGUS BEST TERBAIK MURAH by NinaMirza
Okies, sampai sini dulu. Bukan apa nanti tulis type panjang-panajng mau jadi novel lak. Korang mampu ke baca celoteh Nina? Jawab jujur! HAhaa…
Insya’Allah lain kali Nina share kan cara Nina buat mask muka homemade plak yaa.
Doakan Nina rajin tau… HEhee
Salam ikhlas,
Nina Mirza
Alamak uncang teh ni dah banyak yang saya buang selepas buat air, nampaknya lepas ni nak simpan dan buat seperti yang dicadangkan la
Hari2 buat teh, uncang mmg banyak dah kena buang..tak sangka boleh buat mcm ni huhu
Ok boleh laa try nanti
sha selalu jugak guna teh hijau buat scrub hehe
terbaik tips ni
bagus sangat ni..ok lepas ni buat
Tips yang sangat bagus, Thank you for sharing