Bila korang scrub muka? Seminggu sekali ke, seminggu 2 kali ke, setiap hari? Oh-hoo… Nehi nehi! Jangan setiap hari tau. Atleast seminggu sekali dah cukup. Hari ni takde kongsi resepi tapi hari ni Nina nak share pasal tips kecantikan walaupun Nina idok ler cantik mana. Review scrub muka terbaik yang Nina dah guna berkurun lama nya.
Alahai… actually segan nak share. Maklumlah, Nina nie ala-ala blogger masakan yang suam sejuk bukannya pakar kecantikkan. Dan.. Nina pun sedar diri Nina pun bukannya kategori yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb! Eh ternyanyi lak lagu Ruffedge. HEhee
REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK NINA DAH GUNA BERKURUN LAMA
Memandangkan ada yang bertanya ingin tahu so Nina share kat sini. Nina suka sangat guna scrub nie sebab tektur nya yang kasar tapi tak der laa kasar macam kertas pasir tuu.. sebab kalau scrub brand lain mostly semuanya halus dan tak memberi rasa apa semasa proses menyental kat muka. Tak feel gitu! Scrub St.Ives Apricot ni bagi Nina terbaekk lah. Orang kata tak bagus scrub yang kasar gini, ya tak bagus kalau korang tonyoh! Gosok ler pelan-pelan.
Lagi pula, scrub nie wangi…. Baunya lembut kombinasi almond dan apricot. Ianya juga 100% natural exfoliants. Paling penting sulfate free & paraben free! Benda alah nie dua yang selalu ada dalam bahan produk terlarang. Rasanya dah hampir 25 tahun Nina guna scrub brand nie. Lama kan….? Terasa dah tua lak. memang dah tua, sila sedar diri Nina ooii.. hehee
Kalau produk lain yang nak putih kulit tuu, kengkonon nak jelmakan kulit halus mulus bak kulit baby tapi menghakiskan kulit. Oh tidak! Memang tak akan Nina nak pakai. Ada tuu promote – pakai 3 hari gerenti gebus putih melepak. Sorry! Tak payah rekemen kat Nina yea..
Pernah terbeli dan terpakai pastu Nina terasa seolah menghakis kulit cepat-cepat Nina stop pakai. Takut!
(selalunya produk yang cepat result terutama pencuci muka dan moisturizer gitu ada bahan terlarang tu). Biar lah kulit muka tak putih bak kulit baby janji kulit muka Nina tak der masalah kemudian hari. Takut oooo nanti kulit nipis sangat dan jeragat mudah akan terbentuk kat muka. Ramai sangat sekarang nie Nina nampak muda-muda dah ada jeragat. Huhuuu . . .
Harga?
Produk St.Ives Apricot Scrub ni murah jer… Nina suka!
Harga nya kurang dari RM30 for 283gm. Ada jenis tiub, lagi murah…
Nina suka beli yang besar sebab banyak dan boleh buat scrub badan sekali. Murah dan menjimatkan. Boleh buat ala-ala spa kat rumah. Hehee . . .
Nak beli kan mana?
Senang ajer….. Boleh ajer dibeli kat mana-mana hypermarket/ farmasi/ Guardian/ Watson, AEON Wellness atau seangkatan dengannya.Korang tunggu laaa sale. Selalunya ada discount dalam 20%. Ada rezeki boleh dapat diskaun sehingga 50%. Masa ni jangan lah lupa diri beli sampai sedozen. Tu semua nafsu semata. Godaan syaitonnirrojimmm! Cepat istighfar
Cara pakai / penggunaan?
Cuci tangan bersih-bersih dulu dan kemudian cuci muka bersih-bersih.
Ambik dalam sesudu gitu gosok lah kat muka. Seminggu dalam 1-2 kali sental lah muka tuu.
Pastu bilas. Lap muka dengan towel yang bersih dan kain yang lembut. Nanti korang akan terasa kulit mati hilang dan rasa fresh, lembut jer kulit muka korang.
Ketahui tips cara scrub muka yang betul supaya manfaat produk lain yang korang pakai akan lebih efektif. Contohnya serum akan benar-benar meresap.
REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK NINA PAKAI
Perlu ke pakai scrub muka?
Pendapat Nina >>> memang perlu. Atleast seminggu sekali muka kita perlukan cucian mendalam untuk membuang segala sel kulit mati kat muka kita. Kalau setakat pencuci muka biasa yang daily use tak effective. Ini sekadar pendapat santai dari Nina yang tak arif bab kecantikan. Tapi Nina amat mementingkan penjagaan asas untuk diri.
Syukur Alhamdulillah …. Tidak dinafikan, kulit muka Nina memang jarang sekali memberi masalah. Kiranya kulit Nina nie kulit kebal gitu. Tahan lasak! Jerawat timbul pun boleh kira setahun berapa kali. Tak der sampai tahap nak kira bila jerawat muncul lak kann HEhee
Mungkin juga faktor rutin penjagaan yang konsisten sejak Nina remaja. Bagi Nina simple ajer. Kalau kulit muka dah semulajadi ok, tak der jerawat, tak der masalah yang kritikal seperti jerawat batu penuh satu muka so tak perlu nak beria-ia mencuba menukar pelbagai produk yang melambak-lambak kat pasaran. Sekarang nie macam-macam ada. Kulit muka kita bukannya bahan kajian. Tak perlu membazir.
REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK PALING PENTING KOSISTEN
Bukan apa, nak cantik punya hal (padahal dah sedia elok cantik daa) nanti masalah lain timbul. Sayangi lah dan jaga lah baik-baik hakmilik sendiri yang telah ALLAH kurniakan seadanya… Setiap orang punya kecantikkannya yang tersendiri. Syukur Alhamdulillah… Rutin seminggu sekali bagus untuk membuang sel kulit mati. Kulit muka bersih dari cela.
Tapi kalau korang nak lagi jimat korang boleh laa buat sendiri DIY scrub muka homemade . Berasaskan bahan dari dapur je. Kiranya ini lah skrub muka tradisional antara solusi lain yang korang boleh amalkan, manalah tahu kot serasi. Apa salah nya cuba iyer tak? Tak cuba tak tahu..
Oh ya, untuk rutin penjagaan wajah seharian Nina amat pentingkan pakai sunscreen. WAJIB!
Sila lah korang pakai walau dimana korang berada. Dok dalam rumah pun pasti samar-samar akan terkena cahaya SUN kann? Dah nama nya SUNscreen sila pakai saat terkena SUN! Tanya Nina sunscreen kegemaran Nina buat masa ni dah bertiub tiub dah Nina pakai sunscreen ni sebab murah dan … Panjang lak citer nanti. So pepandai laa korang baca REVIEW SUNSCREEN MUKA PALING BAGUS BEST TERBAIK MURAH by NinaMirza
Salam ikhlas,
Nina Mirza
produk ni memang best!
and memang sangat perlu scrubbing muka at least once a week untuk remove dead skins
sincerely,
Najlaa 'Aqilah
Najlaa Aqilah,
terima kasih sudi singgah ….. yea setuju! Atleast seminggu sekali kena scrub muka 🙂
Setuju juga.. mamamyja pon pakai juga. Hehe. Salam peekenalan dari mamamyja. Jemput singgah yer.
Cik Iman bukan jenis pakai sangat produk kecantikan/bersih muka nie sangat tapi Cik Iman pernah guna brand nie, yang dalam tiub tu. Best 😀
Sy guna yg tiub je..bila pakai rasa fresh sikit muka. Skang je kurang pakai skrub
jom blogwalkin'��
Saya pun pakai St Ives apricot ni… gosok satu badan bukan muka je, lepas tu rasa smooth dan licin je…
salam kenal..singgah blogwalking kat sini..
ooo xpernah pakai produk sental2 kat muka..nak kna try ni huhuh
Salam ziarah…
Papaglamz natural beauty. X pakai pape sofar.. Hahaha
Mama Myja,
Salam perkenalan juga dari Nina 🙂
Cik Iman,
Salam perkenalan Cik Iman dari Nina 🙂
Syira,
pasni boleh lahh selalu-selalu pakai scrub kasi muka lagi fresh! 🙂
Eny,
best kan…..? Nina pun suka sental sekali satu badan! hehee . . . .
sebab tu beli yg besar terus
Imm,
Salam perkenalan dari Nina
Pasni kena lah try sental buang sel kulit mati kat muka tuu,……
papaglamz,
TQ banyak sudi singgah ziarah teratak Nina,….
beruntung laaaa natural beauty! kita nie tak cantik kena lah usaha sikit~
hehee
salam kenal… nnti sy nak cuba lah.. selama ni tak penah scrub muke pon..cuci biasa je hehe