As’salamualaikum dan Salam Sejahtera
CoratCoret Nina nie blog masak-masak ker? Banyaknya resepi …..
Yea kot… Kenapa? Tak percaya ehh~
Tak sesuai ehh blog masakan dengan nama CoratCoret Nina? Hhrrmm….
Tak kisah laa ehh…. Yang penting perkongsian yang ikhlas dari Nina
Mostly kesemua resepi yang Nina kongsikan dalam blog Nina adalah resepi yang simple. Bahan yang senang didapati. Cara penyediaan yang amat mudah, cepat dan ringkas.
Walaupun Nina permaisuri kat rumah namum jadual seharian Nina amat padat. Kadang tuu nak makan pun tak sempat apatah lagi nak ke bilik termenung. Memang tak done laaa nak termenung berangan bagai~ hehee….
Ada yang berbisik~ Aik? Nina kata Nina buzy tapi masih sempat ker ambik order cake, dessert, doorgift lah bagai? Acaner tu?
Hah! Sebab tuu laa Nina buzy…. Macam Nina cakap type sebelum nie, bila kita minat melakukan sesuatu perkara, kerajinan bukan penghalang. Tak tido pun tak apa.
Tapi bila ‘malas’ itu lah penghalang utama. Nak seribu daya, tak nak berjuta berbilliion alasan & dalihnya….
Tak cukup masa? masa itu ada….. cari lah ia, kejar lah ia….
Kalau dok cakap tak cukup masa, maka tak cukup lah ia. Kenapa orang lain boleh tapi kita tidak? So…. cari lah masa! Masa yang dibuang begitu saja, isi dengan perkara yang manfaat.
Actually, kerjasama antara family juga yang mendorong Nina dalam semua perkara. Mereka lah kekuatan Nina. Terima kasih banyak terutama sekali to MyGang!
Suatu benda yang mudah ramai nak mencuba. Semua orang pun….
Tak siapa suka buat benda yang susah dan tak siapa pun nak cari susah. Bila benda itu mudah maka permudahkan ia. Senang citer, make it simple as can…
Namum ada sesetengah manusia, bila tengok orang senang mereka mula dengki.
Sebab tiada aura positif dalam diri mereka. Kalau mereka berfikiran positif pasti mereka akan ambik pengajaran pada peluang yang ada dan belajar untuk berubah jadi senang seperti orang senang itu!!
Mudah kan?
Daripada cakap kosong banyakkk tanpa bertindak apa pun tak dapat. Sedangkan orang lain terus maju dan berjaya. Usah pandang belakang.. No point!
Mulakan langkah dan bertindak. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dari DIA dan yang pasti setiap usaha ada ganjarannya….
Faham ker? Eermm….. kalau tak faham just ignore jer lah ehh…..
Begitu juga dengan resepi Apam Karamel ini. Berkait dengan apam laa plak citer atas tadi! Huhuuu….
Yang penting berusaha berusaha berusaha..!!
Bila adanya usaha pasti ada hasilnya. Cuma kalau nak hasil yang lebih cantik, lebih gebus, lebih menarik kejadiannya kena lah lebih usaha. ..
Contohnya >>>>> Nak lebih cantik – buh dalam bekas cantik. Nina suka simple so Nina just letak dalam papercup. Acuan pun tak kotor. Hah… surirumah pun perlu work smart!
Resepi nie Nina perolehi dari facebook. Sekali lalu nampak simple bahannya terus Nina screenshots dan simpan dalam hp untuk rujukan. Tak perasan tak save sumber dari mana dan nama tuan empunya resepi…. Maaf yea
Izinkan Nina panjangkan resepi ‘smart’ ini untuk perkongsian bersama.
Apam karamel tanpa telur. Ini juga antara resepi yang senang dan ringkas. Amat sesuai buat minum petang ataupun sarapan. Orang dolu-dolu suka menu gini buat minum petang sama kopi ‘o’. Orang sekarang suka apa ehh?
APAM KARAMEL TANPA TELUR
Bahan-bahan
1 cawan gula
¾ cawan air
*** masukkan gula dalam periuk, masak hingga jadi caramel (warna bertukar keperangan) lalu masukkan air. Kacau perlahan hingga sebati.
Tutup api dan sejukkan. (hati-hati semasa masukkan air. Gula caramel tadi akan terpercik semasa air dituang dalam periuk)
Bahan-bahan
1 sudu kecil baking powder*
½ sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak
Cara penyediannya
1 Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat (*) dalam bekas besar.
2 Masukkan gula, caramel yang dah disejukkan tadi, susu pekat manis kacau rata.
3 Kemudian masukkan minyak, kacau rata lagi hingga kesemua sebati
4 Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan dan kukus selama 15minit.
Sedia dihidangkan…
salam kenal..singgah blogwalking kqt sini..:)
rajinnye masak ..cantik apam tu..
imm,
terima kasih sudi singgah…. & salam perkenalan juga dari Nina
sat lagi Nina singgah sana pula yea
sedapnyaaa… nanti boleh la try Done follow blog awak.. jom follow blog saya http://enyyusnizar.blogspot.com/
salam kenal..jalan2 singgah bw ke sini 🙂 nur ad prasan resepi ni kt fb td tp x smpt nak salin..bestnye jmpe kt blog nina mmbntu sgt2 nie 🙂 nak cuba bt ptg esok..thanks yah 🙂
Assalam nina..terbaek nina..mmg nmpk gebu…Uj suka apam keremel ni…
Umie jazz,
Wa'alaikumssalam…. Alhamdulillah naik gebu.
nanti free time UJ try laaa yea 🙂
This comment has been removed by the author.
Nur Razali,
Sama-sama… nanti dah try boleh lah tag Nina….
Nak juga tengok hasil air tangan Nur.
Salam perkenalan dari Nina juga 🙂
Alhamdulillah menjadi cuba resepi nina nie tapi x smpt nk amik gmbo..hehehee bru smpt jalan2 singgah sini 🙂 nur nk tnye ni cmne nak tag nina ye?
Nur boleh letak link resepi nie… Copy paste.
Masa type new entry kat belah atas ada 'link'.
Text to display Nur type resepi dari SINI dan Paste link Nina kat web address.
Kukus pakai api kuat ke?
Salam Aisha, kukus api sederhana . Kalau api kuat, rekahan atasnya lagi besar dan kalau api pelan, apam naik tp tak pecah