Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

February 1, 2012January 11, 2016

Kek Butter Pandan.. yang lama usah dilupakan ….

As’salam dan Salam Sejahtera ….

Selamat Bercuti buat pekerja-pekerja yang bekerja di Wilayah Persekutuan sempena ‘Hari Wilayah’ . Ke mana cuti hari nie? Hubby Nina sekadar berehat di rumah disamping menguruskan hal-hal yang berkaitan di Selangor. Time-time gini lah baru dapat ke Selangor membayar apa yang patut. kalau tak, bila lagi …….. 


Hari nie Nina nak share resepi Kek Butter. Tapi Nina dah ‘durhaka’ sama itu kek butter jadi ‘Kek Pandan’. Dah lama kita lupakan Kek Butter semenjak terciptanya perbagai-bagai jenis Kek Moden sekarang. Ada Velvet Cake, ada Oreo Cake, ada Caremel Cake… bak kata macam-macam ada ~~~~ Hehee . . .
Yang lama usah dilupakan… sesekali kita buat kek zaman dolu-dolu.. 
Moh kita tengok resepinya …

Kek Butter Pandan
resepi asal : Kek Butter

bahan-bahan
250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
210 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil KFC pandan emulco
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya

  • Panaskan oven kepada suhu 180C dan lenserkan acuan
  • Pukul butter dan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.
  • Masukkan esen vanila, pandan emulco, pewarna hijau dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu.
  • Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi 
  • Bakar adunan selama 50 – 60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
  • Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.
  • Baru lah dipotong-potong dan sedia dihidangkan ….


Selamat mencuba …!!



Yang nie Nina makan ngan Ice Cream Vanilla …. Wallaaaaaa… Sedappppp!!!

Tapikan ….. gambar nie Nina snap dah lewat malam. Sebab tu agaknya colour green nyer looks really ‘Green’ … (bukannyer Nina letak colour hijau sebotol tau~~~)
Hehee . . ..




Related posts:

SSPN-i Plus bukan sekadar Skim Pendidikan Terbaik TAPI ....
Resepi mudah tatkala kebuntuan tak tau nak masak apa.. Ayam Masak Halia Chinese Style
Resipi Nasi Planta Pelangi warna kehidupan
Menu Rare wajib cuba !! Sup Ekor Bakar di Santapan Buka Puasa | Zende SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPU...
Lifestyle cakekudap kudapanKuih Muih Warisan Kita

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes