Sejak dua menjak nie, Nina kerap tengok balik buku2 resipi yang ada dalam simpanan. Keinginan untuk membaking meronta-ronta suh buat kek semula. Kebetulan cuti sekolah, anak Nina yang sulung dok sibuk minta buat Chocolate Moist Cake kesukaan dia. Dulu Nina selalu gak buat Chocolate Moist cake bila ada kelapangan.
Pagi tadi, anak Nina yg sulung Eillya buat permintaan nak makan Chocolate Moist Cake. OK laa… Mama buatkan yea … Apalagi, Nina pun selongkar lah bahan2 yang ada. Kalau tak cukup memang tak buat hari lah jawabnya. Kebetulan semuanya ada. Rezeki Eillya lah dapat makan Chocolate Moist Cake :))
Yang ini Nina buat dalam loyang, buat minum petang nie…. heheee |
Kali nie Nina buat dalam cup yang kecik2, supaya senang anak2 nak makan. Tak perlu minta mama potongkan cake bila nak makan. Lagipun senang nak hadiahkan kat jiran2 sebab adunan nie memang dapat banyak ….
Ready untuk bagi kat Jiran. |
CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan2
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak masak
1 cawan air
1/2 tin susu cair
Bahan yang perlu diayak & disatukan
1 cawan serbuk koko ( Nina guna Van Houten)
3 cawan gula halus @ gula perang
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara nya ;
1. Pukul telur satu persatu hingga kembang
2. Masukkan minyak masak, pukul lagi hingga kembang berganda
3. Masukkan bahan2 yang telah di ayak sikit demi sikit.
4. Diselang seli dengan air & susu cair sikit demi sedikit
5. Pukul hingga semua sebati
6. Masukkan dalam acuan / loyang
7. Kukus selama 1jam @ acuan kecil2 Nina kukus selama 15 minit
Note :
a) Sebelum kukus adunan pastikan air dalam pengukus telah benar mendidih. Gunakan api yg sederhana.
b) Acuan / loyang disapu ngan minyak supaya senang nak keluarkan kek nanti.
c) Tutup pengukus dibalut dengan kain untuk megelakkan titisan air kukusan terkena pada kek.
Selamat mencuba ~~~
nak tanya, coklat tu nina wat cmana…sira cmtu ke…nina guna coklat apa ek…
Untuk GANACHE
1 cawan Susu Segar atau whipping cream
2 3/4 cawan Chocolate Masakan (Nina guna jenama Beryl's)
Cara-caranya
Chocolate masakan dipotong kecil-kecil
Panaskan susu segar hingga ada buih-buih kecik kat tepi periuk lalu tutup api
Masukkan chocolate masakan tadi dalam periuk dan kacau rata hingga semuanya sebati
Lalu tuangkan ke atas cake tadi
(kalau nak lagi pekat, masukkan sebentar ganache dalam peti ais)
kak..kalo bakar boleh x??
Miz Syuz,
unutk resepi ini kak Nina tak pernah try bakar
tapi kalau resepi kek coklat yang bakar selalunya boleh kukus