Cheese Ohhh Cheese
Korang perasan tak, zaman sekarang ni apa menu pun semua nak buh Cheese? Pisang Goreng Cheese laaa, Cheese Cake Leleh laaa, Cheesekut laa… Macaroni Cheese laa… Apa aje menu nak di buh kan cheese. Aduduuu… Tapi dengan ada nya cheese ni memang menggugat selera. Bikin terliur jer nengoknya. Kann…?? Cheese Banjir Restaurant Desa Pandan
Ni nak citer ngan korang, bulan lepas kannn… Ben Ashaari pi tayang menu western yang bersos kan cheese yang melimpah ruah bak gunung berapi mengalirkan larva nya. Adoi … kejam dia! Terliur Nina nengok nya… Sampai hati tak hajak ritu. Huhuuu . . . Kalau dekat Nina dah bababb dia! Ok, poyo! *macam lah berani* hahaa..
Cheese Banjir Restaurant | Perghhh …. Melelehhhhh ..!!
Tengok tengok…!! Dugaan apakah ini?? Nehi nehi … Giler lah! Korang tau tak, punca Ben upload gambar ni lah yang membuatkan hati Nina tak keruan dok meronta-ronta nak pi terjah sana. Nak cuba test rasa hidangan ni. Nina suka makan. Suka nak rasa sesuatu yang baru, viral gitu. Tak malu kannn kasitau public weakness sendiri . Hehe…
Dalam benak fikiran dok terfikir-fikir apakah rasa nya? Bagaimanakah rasa nikmat cheese meleleh melimpah ruah ni ?? Nakkkk rasa sangat! Hahaa… Buruk perangai, kalah orang mengandung. Hehee . . .
Akhirnya … >>>>>> Tadaa..!!
Cheese Banjir Restaurant Desa Pandan
Chewah .. Sampai juga Nina kat Cheese Banjir Restaurant. Korang datang sini tak perlu pun lipat kaki seluar sampai lutut. Tak de banjir pun.. Sila tutup aurat macam biasa yaa. Hahaa…
Banjir yang dimaksudkan adalah sos Cheese nya. Memang tak tipu. Korang order lah berapa juta kali pun, cheese nya tetap banjir menutupi aurat hidangan yang korang order. Hehee…. melimpah ruah tanpa secalit rasa kedekut. Puashati lah!
Apa yang best kat Cheese Banjir
Lamb Grill The Hulk
Ahaa… Tengok muka ada senyummmm. Sila jeles! hehe… Nina dah dapat rasa sendiri kenikmatan Lamb Grill The Hulk Cheese Banjir. Wallaweyy … Aduduuu…!! Lamb Grill nya lembut, berjuicy isi nya kat dalam dan paling bikin banjir ayaq mata adalah sos cheese nya. Terangkat lah! Satu keunikkan rasa cheezy yang sedap! Hastag “Aku suka!” Dialog ala-ala Jalan Jalan Jalan Cari Makan gitu. Hahha…
Aduyai..!! Memang jahat lah menu kat Cheese Banjir Restaurant ni. Dia telah bikin hancur musnah, diet yang telah dibelai-belai sekian lama. Tak pe, makan dulu balik nanti baru nangis sambil lari seploh pusing padang bola. Ayat sedapkan hati Hahaha..!! *gelakkan diri sendiri*
Udang Gorgon Butter
Ok.. tadi tu menu signature dia. Selain tu, kat Cheese Banjir Restaurant ni pun ada hidangan Malaysian. Tekak orang kita gitu. Udang Gorgon Butter ni Nina suka! Yeahhh…. Hastag lagi “Aku suka!” hehe…
Udangnya fresh, salutan tepung luarnya crunchy sampai kulit udang pun makan sekaligus dan kerak-kerak paling WIN sampai licin Nina perabih kan… Rugi weyy tak habis… Ranggup dan sedap! Ada rasa nestum ke oat gitu. Chef, nak resipi..?? Hahaa
Tenggiri Aquaman / Asam Pedas Tenggiri
Asam Pedas Kepala Ikan Tenggiri ni menikam kalbu! Hirup sekali, hirup dua kali, eh eh … Hirup kali ketiga. Mmmm…. Sungguh tak sangka kuahnya sedap. Pekena lak ngan ikan tenggiri yang fresh memang jadi hantu terus! Makan tak hinggat… Nasib baik datang ngan kengkawan, control sikit makan sambil post ayu gitu. Risau depa candid snap gambar kan… Hehe…
Kalau bungkus bawak balik makan kat rumah ni, tak akan Nina tinggalkan walau setitik kuah asam pedas nya waima celah-celah kepala ikan ni, akan Nina isap sampai licin! Biji mata tuu yang paling sedap! Ssyyhhhh….
Ini pesanan dari Nina – Korang order menu Tenggiri Aquaman ni sila order siap-siap nasi tambah. Bukan apa, nanti kot kot nak order nasi tambah lagi idok ler segan sangat . Orang kiri kanan tak tahu yang korang dah makan 3 kali nasi! Simpan tips Nina ni tau. Hahhaa . . .
Promosi November – Meatball Naga Berapi
Menu ni tuk Promosi November. Meatball Naga Berapi.
Korang tengok meatball homemade ni. Ada meatball selepas bedah matball ni, dalam nya ada spaghetti, french fries, fresh salad, mashed potato, Udang Gorgon Butter yang sedap chrunchy bersama sos black pepper dan limpahan banjir Cheese Chezy Sauce Special mereka. Besar giler portion ni. Kata owner boleh makan 8 orang!
Restoran yang santai relax
Susun atur restoran yang kemas, minimalis, tak serabut memberi feel suasana yang santai, relax, nyaman tatkala menikmati hidangan. Nina memang suka style gini. Nak bawak family pun selesa.
Buat yang suka makan-makan, chit-chat ngan kengkwan sambil menghayati kepulan-kepulan asap smoking area korang boleh lepak kat luar. Santai gak sini…
Portion banyak!
lagi satu nak kasitau, korang datang sini makan sila bawak kaum kerabat atau rakan taulan sebab kalau makan sorang korang memang memusnahkan diri sendiri sebab portion nya banyakkkk!! Satu portion boleh kongsi makan 3 orang gitu. Puashati!
Portion tuk Meatball Naga berapi tuu katanya tuk makan 8 orang! Kalau makan setakat rasa-rasa, mau 15 orang makan baru licin! Boleh lah kongsi-kongsi makan, kongsi-kongsi bayar. Puashati laa . . . .
Tapi kalau korang tengah frust menonggeng kecewa duka lara, sini tempat terbaik gak! Makan lah sepuashati sampai kekenyangan. InsyaAllah.. Kepuasan korang nikmati hidangan kat sini akan membuat korang terlupa seketika segala permasalahan yang korang hadapi saat tu. Nina lah tuuuu
Belanja korang sekeping gambar tuk korang. #KBBA9 in action. Chewahh …!!
Review Nina
Banyak yang menarik kat sini. Nahh … Nina terlebih rajin buatkan tuk korang satu video. Tengok jangan tak tengok.. Tak kuat semangat tak disarankan tak payah tengok! hahaa…
Bukan apa, risau ada aksi terjilat skrin ke, atau terliur sampai terbanjir ayaq liuq … Jangan lupa lap weyy! Malu orang nampak nanti. hahaa..
Facebook : Cheese Banjir Restaurant
Restoran Cheese Banjir,
lot G10, G, Jalan 1/76 Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur
Landmark sebelah Shell Out
Tempahan : 017-252 0031
Waze : Cheese Banjir
Waktu perniagaan : 10:30am – 10:30pm
Tak de tutup! Bukak setiap hari 🙂
Parking
Senang sangat! Nak parking depan Restoran pun boleh. Pepandai laaa cari atau parking berbumbung kat basement dalam bangunan G-Village ni. Sejam pertama percuma. Jam ke-2 singgit.
Dah kekenyangan… last snap gambar ramai-ramai! Terima kasih Cheese Banjir. Moga terus maju jaya dan teruskan sajikan menu-menu yang bikin buat kebanjiran ayaq liuq. hehe . . .
Overall memang BEST!
Kak Nina dah boleh ganti Naz JJCM..Hahaha..
Asam pedas tu alahai..Cheese Banjir tu alahai…
hahaa…
jauh nau beza ngan Naz Jalan Jalan Cari Makan
terliur dbuatnya…besar betul hidangan meatball naga berapi tu kan.
Tu laa… masa memula tengok Aben punya gambar pun kak Nina terliur. Akhirnya dapat gak pi merasa sendiri. 🙂
serius betul2 melelh tgk nya.. giler nampak sedappppppp
Yanie… kena pi terjah Cheese Banjir Restaurant. Serius sedap!
puashati
menggoda betul … #teringin
memang sedap, meleleh sampai menjejes tengok cheese dia, sedap yakmat!
Lamb grill tu mak aihhh cheese melimpah.,.terliuq tengok!
Sedapnya, memang banjir cheese dia!
sukanya tgok cheese dia..teringin nak try..
besarnya meatball tu..ya ampun..tgj cheese dia pun meleleh
betul2 meleleh tu sedapnya lahai
Memang banjir dan melelah nengok ni, sian mak buyung
Masha Allah…besaunya ya ampun!
Terliur kita sis , huwaaa nanti nak kena pergi sekali ni