Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Kuih Nona Manis Sedap
October 30, 2017September 8, 2023

Resipi Kuih Nona Manis | Awat laa Sedap sangat?

Korang pernah makan kuih Nona Manis? Korang tau tak Resipi Kuih Nona Manis Sedap  ni pernah viral satu ketika dulu. Ramai dok buat cuba dan masing-masing dok puji rasa sedap kuih Nona Manis ni.

Isi Kandungan hide
1 Kuih Nona Manis
1.1 Resipi Kuih NONA MANIS Sedap !
1.2 Cara buat
1.3 Related posts:
2 Cream Puff with Custard Cream....!! Walla~ Senang ajerr buat ni rupanya.....
3 Hai laaa hati. Hati Ayam masak apa sedap? Hati Ayam Goreng Berempah
4 Sebab Resipi Kek Pisang ku dibuang! Sedihnya...
5 Alamak! Bahaya makan nasi? Mitos atau fakta?

Meh Nina citer sikit  kot korang nak bayangkan kesedapan kuih Nona Manis ni. Kuih ni rasanya sangat sedap sesedap namanya..  Manis walau tidak terlalu manis, lemak berkrim lagi … Asyik tatkala nikmatinya.

Kuih Nona Manis

Kejadiannya juga sangat cantik mata memandang. Kuih ni kalau korang tengok resipinya, otai-otai masakan gerenti boleh agak, bagaimana rasa kesedapannya.  Korang tahu kannn kuih tepung pelita? Yang femes tiap kali Ramadhan. Ok, lebih kurang macam tepung pelita cuma Nona Manis ni tidak  terlalu lembik dan lembut hingga terpaksa di makan di dalam bekas.

Kuih ni pula yang bahagian luar hijau tu rasanya seakan kuih kasui, kenyal-kenyal lembut. Yang putih santan tu sama lah rasanya seperti kuih tepung pelita yang bahagian santan juga.. lemak-lemak masin. Macam sedap kann…?? Nah …. ni Nina kongsikan resipi nya. Kot datang kerajinan setinggi KLCC, boleh laa korang try dan nikmati puas-puas kuih Nona Manis ni.

Resipi Kuih Nona Manis Sedap

Resipi Kuih NONA MANIS Sedap !

Resepi asal milik : Warisan Mama

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan – Nina guna santan kotak jer . Buh air sikit cukupkan secawan
1 cawan tepung gandum

1- Pukul telur hingga kembang atau korang boleh  jer masukkan telur dalam blender. Tekan sampai telur berbuih.
2- Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata. Pastu masukkan telur yang dah pukul tadi. Kacau rata.  Ketepikan.

Bahan B
1/2 cawan santan pekat   – Nina pakai santan kotak jer..  (jangan tanya apa brand sebab tak de sapa sponsor pun) hehe…
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis 2 kali
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)

Cara buat

1- Ambil 5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis 2-3 kali.
2- Satukan air pandan dan santan. Kacau rata.
3- Kemudan masukkan  gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple.  Kacau rata sampai tak de berbintil-bintil. Pakai whisk senang keje.  Sila gigih  sado kan kan lengan untuk dapatkan adunan yang smooth … haha
4- Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat.

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C
1 cawan santan pekat  – macam biasa, Nina guna santan kotak jer. Buh sikit air tuk dapatkan secawan santan.
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

1- Satukan semua bahan C,  nak senang buh dalam jug. Senang nak whisk kacau rata. Kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.
2- Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik.  Ketepikan sat.

Ok … Semua dah siap sedia. Sekarang nak mulakan proses kejadian Nona Manis ni. Memula panaskan  kukusan hingga airnya mendidih.

1-  Sediakan pengukus dengan air mendidih.  Siap-siap balut tutup pengukus dengan kain supaya air
supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih. Atau cara lain, lapik aluminium foil atas adunan nanti.
2- Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak sikit. Ini supaya adunan tak melekat dan senang nak keluarkan nanti.
3- Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang.
4- Susun dalam kukusan dan kukus selama 7 – 10 minit.
5- Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari lompang. dan sedia di hidangkan untuk santapan sarapan atau minum petang korang.
6- Sebelum makan tuu… Snap lah gambar dulu. Boleh dijadikan kenang-kenangan. Acecehhhh….  Pastu kann, rajin share kat facebook ke instagram ke. Manalah tau boleh open for order! Kannn….  Kot ada rezeki korang, meletop-letop kengkawan order, dapatlah tambah duit poket   🙂

resepi Kueh Kaswi Pandan Sedap

Buat yang suka Kueh Nona Manis, pasti korang suka rasa pandan kann?
Korang patut cuba buat Resepi Kueh Kaswi Pandan Sedap ni jugak. Rasa dia ya ampun… tak cukup seketul! HAhaa..

Related posts:

Cream Puff with Custard Cream....!! Walla~ Senang ajerr buat ni rupanya.....

Hai laaa hati. Hati Ayam masak apa sedap? Hati Ayam Goreng Berempah

Sebab Resipi Kek Pisang ku dibuang! Sedihnya...

Alamak! Bahaya makan nasi? Mitos atau fakta?

Resepi Food Bloggerkueh mueh tradisionalKuih Muih TradisionalKuih Muih Warisan KitaNona ManisresipiResipi Nona Manisresipi viral

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (11)

  1. adda syuhada says:
    October 30, 2017 at 2:01 pm

    sdp nampak kuih tu..:)

    Reply
  2. NORIZA ABDUL RAHMAN says:
    October 31, 2017 at 9:42 am

    Rajinnya buat kuih Nona Manis, kalau dah pandai tak payah nak order bagai kan? Lagi jimat poket

    Reply
  3. MRSZACOM says:
    October 31, 2017 at 3:54 pm

    senang dan mudah cara buatnya, thanks kak nina for sharing

    Reply
  4. Anuar says:
    October 31, 2017 at 4:58 pm

    Sedapnya kuih Nona Manis ni… Kalau jual mesti laku ni…

    Reply
  5. Mama Kembar 3 says:
    October 31, 2017 at 10:06 pm

    Pos kat I skit Nina hehehe

    Reply
  6. Qaseh says:
    October 31, 2017 at 10:47 pm

    Kalau qaseh buat ni confirm fail haha

    Reply
  7. sueizza says:
    November 1, 2017 at 7:45 am

    kuih feveret kami laki bini ni,skrg humaira lak suka lembik2 hehehhehe tapi malas nak buat beli je la,kak ninaaaa nak sikitttt hahahhaa

    Reply
  8. shazillahsani says:
    November 1, 2017 at 1:01 pm

    masakkan akak sentiasa buat sha rasa terliur…hihihi

    Reply
  9. YB Shehan says:
    November 3, 2017 at 12:08 am

    mudah je. tp awat la M besaq sgt ni..

    Reply
  10. ema says:
    November 3, 2017 at 5:03 pm

    sedapnya.. orang cakap susah nak buat,,tp tgk resepi..org jarang masak pun boleh buatkan.

    Reply
  11. reezluv says:
    November 8, 2017 at 9:05 am

    biasa time bulan pose la cari kekuih cenggini

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes