Dah agak lama Geng tak bawak kami sekeluarga makan kat luar. Mana tak nya, dia kann kengkonon diet 😜 konon laa sangat
Teringin nak makan steamboat
Hari tu Nina sesaja bisik manja lagi mengade bilang kt dia yang Nina teringin mengidam nak makan steamboat. Eh! Korang jangan fikir bukan-bukan lak eh… Kita ulang, sengaja wokey! 😬
Puas laaa dok google mencari mentelaah, nak cari yang paling best. Setidaknya nanti idok lerr mengecewakan jiwa raga.
Cari : Steamboat sedap best kat mana?
Google : tempat makan best sedap Selangor kat mana?
Harus laaa google kannn, semestinya nak cari tempat makan Steamboat yang sedap, bukan apa… kalau sedap boleh laaa Nina citer dalam blog. Nanti korang jugak dok search google dan baca. Kannn…?? 😂😂
Akhirnya Nina teringin nak cuba kat ASAP STEAMBOAT cawangan Puchong. Gigih awakkkk Geng drive jauh dari Batu Caves. Teruja nak pegi bila tengok kat Instagram dia, tempat nya menarik, suasana nya bukan seperti restoran yang biasa-biasa. Rare gitu!
ASAP STEAMBOAT PUCHONG
Usai sampai jer kat sana, pertama sekali dah buat rasa happy sebab suasananya memang sama seperti dalam gambar kat instagram. Cantik luas! Ini sudah bagus. Terus rasa selesa nak menjamu selera 😍
Kawasan yang luas, selesa
Bukan apa, nak makan steamboat memang kena tempat yang selesa. Kalau sempit, terkurung, ruang pengudaraan terkuap memang confirm boleh lencun beb! Dah macam dok dalam sauna gamaknya nanti. HAhaa
Pastu jalan-jalan cuci mata dulu tengok apa menu yang disajikan…
Vavaa… Pelbagai bebola ada, fish cake, fish ball, tofu cake, sotong, udang, vege ball. Macam-macam laaa… Yang tak de bola sepak, bola jaring, bola keranjang aje! HEhee
GRILL pun ada!
Ahaa… Ni menu tuk grill grill atau bakar bakar! Bukan aje ayam dan daging jer tau, kambing dan ikan pun ada. Menariknya lagi ada 4 jenis perapan. Ada madu, black pepper, BBQ dan special Asap Marinade.
Grill : 4 jenis perapan yang korang harus cuba!
Paling Nina suka kambing black pepper dan daging Asap Marinade. Terangkat rasa dia awak bila cecah dengan sos Asap! Perghhh…
Beraneka sos pencecah.
Korang pepandai laaa mix match setiap sos yang ada. Total ada 8 jenis. Banyakkk bak ang. Paling kena ngan selera tekak Nina black pepper dan semestinya sos paling rare jatuh kepada Sos Asap!
Korang pi sini harus cari Sos Asap ni tau! Sedap sos Asap ni Nina dok ulang itu aje. Semua pun Nina cecah ngan sos Asap. Aiseymen… Lupa lak nak mintak resipi ngan tuan tanah. macam berani HAhaa
Kuah Steamboat ada 3 jenis
Masa korang dah duduk, waiter akan tanya korang nak kuah apa. Kebiasaan secara normal bila kita pi mana-mana steamboat depa hanya bagi pilihan ada kuah Sup dan TomYam jer kannn?
Tapi kat sini tak normal sikit sebab ada lagi satu pilihan yang membuat kan korang tetiba rasa macam paranormal. Huh?!
Macam nampak hantu kat waiter tu. HAhaa..
Sebab apa tau, confirm korang buat muka pelik dan minta dia ulang bila dia sebut KUAH KARI NYOYA! Macam rare kannn… Steamboat kuah kari? Bukan macam, memang rare! First time Nina dengar.
Akhirnya Nina pilih kuah ..
Memandangkan jiwa mak mak yang menebal, risau pedas ke, risau anak-anak reject ke maka kami order kuah Sup jer .. Sedih nya… 😭😭 Hakikat nya dalam jiwa raga ni dok meronta -ronta nak rasa kuah Kari Nyonya tu.. tuk sesi yang pertama.
Tapi.. .. Jeng jeng jeng. . Itu untuk kali pertama, dah licin kuah Sup, haruslah order Kuah Kari Nyonya lak.. Yeahhh.. ! Bestkan boleh rasa semua. Syaratnya kena habiskan dulu kuah yang pertama.
Kuah Kari Nyonya ASAP bikin hangus diet ku
Ternyata pilihan kuah ke-dua memang menyeksakan perut. Terseksa selera! Oh my oh my… Tak sangka you. Mabeles beb! Menyesal tak sudah sampai la ni bila teringat awat laaaa tak mintak Kuah Kari Nyonya masa memula tadi. Tak pedas pun, anak-anak lagi laju makan tak ingat!
Korang bayangkan.. Nak habiskan sepiuk sup tu pun bukan mudah, terhegeh-hegeh! Bila kuah sup dah licin, mintak kuah Kari Nyonya separuh jerrrrr dengan niat nak rasa jer, tak sangka depa ni boleh makan lagi, dan surprise lagi laju. Sedap katanya. Mak nya risau perut depa meletop dalam kete. Biaslah mak mak selalu over thinking. HAhaa
Aneka mee bihun yee mee ni korang masukkan dalam Kuah Kari Nyonya tadi.
Sila noted, hakak nak pesan ni
Pesanan hakak : Jangan lupa buh udang, sotong, fish cake, fish ball, kerang dalam kuah Kari tu. Air udang, seafood tu meresap dalam kuah kari. Mantap, memang syiokkkk hirup hirup. Slurrppp slurpppp… Adoi sambil menulis type ni dok teringat lagi. Kesian kita. Huhuu…
Apa lagi yang menarik kat ASAP Steamboat
Beraneka pilihan air sejuk dan air panas. Bukan sebarang air, korang rasa setiap satu! Lepas makan Steamboat panas-panas, memang syiok laaa pekena air sejuk. Sedap lak tu.. . Paling suka hok biru tu. Sedap wak…
Macam biasa, buffet Steamboat akan ada menu lain. Ada nasi putih, sup tulang, bihun goreng, french fries, nugget. Nina rasa sikit jer sebab memang datang sini nak makan Steamboat. Tapi tak sangka menu lain pun sedap juga!
Oh ya.. Paling best baby crab! Korang kena rasa gak. Sedap rangup. Tak cukup sepinggan. Jangan lupa cecah sos Asap.
Menyesal tengok dessert dia!
Ini paling sakit hati. Ayoo ama apaa.. Geram betul. Anak-anak tak dok diam asyik kemaruk ke tempat dessert saja. Berhantu sungguh!
Apa tak nya, ice cream depa mata. Self service lak tu! Nasib baik laaa mak dah bagi depa makan kenyang kenyang steamboat dulu. .. Tu pun gigih dok ulang 4/5 kali sorang. Risau meletop jer perut tu Huhuu. .
Harga
RM42 dewasa per pax
RM21 kanak-kanak per pax (6-12 tahun)
5 tahun ke bawah Percuma
Tak habis kena bayar!
I’m watching you! 😝😝 Korang ambik makanan jangan laaa ikut nafsu sangat ya.. Bagus nya kat sini sambil makan diterapkan amalan kita bersederhana sebabnya
Makanan yang korang ambik tapi akhirnya tak makan ada charge. 100gm RM20!! So ambik laaa berpada-pada. Sikit sikit supaya tak membazir. Bagus kann..? Terbaik laaa…
Parking luas
Kat sini parking best! Luas nun kat depan restoran. Pepandai laaa korang susun atur kete korang. Free!
Lokasi
Asap Steamboat & Grill, Lot 94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, Puchong, Selangor
Waktu Operasi
Isnin-Ahad , 6 Petang – 12 tengah malam
Untuk Matlumat Lanjut
Facebook : https://www.facebook.com/asapsteamboatandgrill/
Instagram : https://www.instagram.com/asapsteamboatgrill/
Contact : 0134858944
Nah Nina belanja video sikit. Bukan apa, suasana dia memang best! Kat sini 2 tingkat tau. .. Luas selesa. Korang layan kan laaaa video nina eh lagi senang nak citer..
Nak datang sini senang sangat. Korang waze aje ASAP Steamboat Puchong pastu dengar arahan waze. Confirm sampai…
Dah sampai nanti ingat tau pesanan Nina tadi. Standby ruang tepi perut supaya tak meletop! Makan berpada-pada. HEhee…
Pernah makan kat sini memang sedap. Masa tu ada anak ketam yang digoreng ranggup mmg sedap giler. Ingat nak pergi sini lagi tapi x tahu bila.. huhu
Baby crab crunchy tu ada ritu… Memang sedap! Banyakkkk Nina makan. Lupa lak nak snap gambar nya. Hahaa..
Kalau dah jumpa tempat best, macam ni lah jadi nya kan sis nina. Niat nak diet pun boleh ke laut
Ibu kalau nak makan steam boat, benda pertama yang di periksa ialah kualiti makanan lautnya. Kalau segar, udang pun kenyal, segar baru makan. Kalau setakat frozen tu kat mana mana sama je.
Mencabar juga nak diet kalau kita ni kaki makan. Haha. Itu yang susah betul nak turun berat tu kan. Kembang kempis hidung tahan sabar
Wah menariknya tempat makan steamboat ni. Pilihan grill pun banyak. Kalau syira memang suka daging la. Wrap dengan salad. Harga pun not bad
Saya suka suasana tempat ini. Best place to eat our steamboat with our family and friends.
This is so near my place c gonna try this out soon! Looks delicious! Price also not Mahal.
dah datang buat kali kedua semalam, tetap pilih kari , kali ni letak maggi pastu macam2 termasuk telur dan tauhu…syokkkkkk oiiii
Sedapnya nampak!!!
banyaknye pilihan makanan..harga pun berpatutan..nak try makan di steamboat nielah
Lahaii kak, fiza baru tahu tempat ni ni. sedapnyaaa nampak. Nak pegiiiii
byknya pilihan.. klau liez pergi diet confirm kelaut merah nun
sebab liez suka makan bersup ni..