Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

cara hilangkan batuk
September 1, 2023September 8, 2023

CARA HILANGKAN BATUK TANPA UBAT | RAMAI DAH CUBA KATA BERKESAN!

Sekarang ni musim batuk. Ramai sangat yang tak sihat. Agak kecewa bila kelihatan ramai yang tak sihat tapi tak pakai mask. Huhuuu… Kita yang sihat ni pulak terpaksa pakai mask bagi mengelakkan terjangkit sama. Paling kesian bila anak-anak yang mengalami batuk. Puas laa dok cuba cara hilangkan batuk tanpa ubat ubatan. Bukan menolak ubat cuma kita cuba dulu cara semulajadi. Why not kann?

Isi Kandungan hide
1 Tips hilangkan batuk – air lemon panas bersama halia dan kayu manis
2 Batuk
2.1 Sebab-sebab batuk
2.2 Jenis batuk
2.3 Baca : Bahaya ibu mengandung makan ubat batuk
3 20 Cara hilangkan batuk
3.1 Petua hilangkan batuk – Air rebusan pokok lemuju
3.2 Cara Meredakan Batuk – Buah Oren dan Garam
3.3 Petua cara hilangkan batuk – air sarsi
3.4 8 Kebaikan kelebihan manfaat KAYU SARSI
3.5 Related posts:
4 Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju
5 PT3 2022 dilaksanakan semula tapi awat LPM padam statement?
6 Homemade Mashed Potato with Gravy...
7 Makeup Nina kekal lama masa travel sebab pakai ...

Tidak dinafikan kekadang segala petua, tips dan cara hilangkan batuk yang kita cuba mampu meredakan batuk tanpa ubat-ubatan. Tau tau je Eh! dah baik laa.. Apapun segala apa kita buat ni adalah usaha. Dah nama pun petua iyer tak as long tidak memudaratkan mengapa tidak kita mencubanya kann?

cara hilangkan batuk

Nah… Baca perkongsian dari Doktor Imelda Balchin. Beliau sendiri amalkan madu dan perahan lemon.
Pepandai laa korang click baca dan hadam kan sendiri ehh.. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158639891801659&id=679746658

Apa yang sebenarnya menyembuhkan anda ialah sistem immune badan anda, tetapi anda mesti memberi masa untuk badan anda sembuh sendiri.
Sekiranya anda batuk sebab ada jangkitan bakteria, antibiotik boleh digunakan untuk membantu badan anda melawan bakteria. Tetapi jika anda batuk sebab ada jangkitan virus, tak guna ambil antibiotik sebab ia tak boleh lawan virus. – Doktor Imelda Balchin

Tips hilangkan batuk – air lemon panas bersama halia dan kayu manis

Okies, walaupun tips ni macam dah biasa dengar tapi tak ramai yang amalkannya. Kekadang lupa atau rasa macam entah jadi ke tidak padahal tak cuba pun lagi. HAhaa..
Kalau Nina ini lah step pertama yang Nina buat dulu cara hilangkan batuk buat Nina seisi keluarga. So far cara ini dapat mencegah batuk dari jadi semakin teruk. Air lemon halia kayu manis ni ditambah bunga cengkih juga yang terkenal kebaikkannya untuk sistem pernafasan.

Batuk

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan / stres
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Jenis batuk

  1. Batuk Kering: Batuk yang tidak disertai dengan lendir atau dahak. Batuk kering boleh menjadi sakit dan mengganggu kerongkong.
  2. Batuk Produktif: Batuk yang disertai dengan pengeluaran lendir atau dahak. Ia membantu membersihkan saluran pernafasan daripada bahan-bahan yang tidak diingini.
  3. Batuk Kronik: Batuk yang berlarutan selama lebih dari dua bulan. Batuk kronik boleh menjadi petanda masalah kesihatan yang serius.
  4. Batuk Berdahak: Jenis batuk di mana lendir atau dahak dikeluarkan dari kerongkong dengan kuat.
  5. Batuk Darah: Batuk yang disertai dengan keluarnya darah dari mulut. Ini adalah gejala serius yang memerlukan perhatian segera dari doktor.
  6. Batuk Alahan: Batuk yang disebabkan oleh alahan kepada alergen seperti serbuk bunga atau bulu haiwan.
  7. Batuk Malam: Batuk yang lebih teruk pada waktu malam ketika tidur. Ini boleh menjadi gejala penyakit atau reaksi terhadap alergen dalam persekitaran tidur.
  8. Batuk dengan Sesak Nafas: Batuk yang disertai dengan sesak nafas atau sukar bernafas. Ini boleh menjadi gejala masalah pernafasan seperti asma.
  9. Batuk Rejangan (Croup): Jenis batuk yang biasanya menyerang kanak-kanak kecil dan disertai dengan bunyi berdengung ketika bernafas.
  10. Batuk Berpanjangan: Batuk yang berterusan lebih dari beberapa minggu tetapi tidak mencapai status batuk kronik.
  11. Batuk Berserter: Batuk yang muncul secara tiba-tiba dan kuat, sering disebabkan oleh iritasi dalam kerongkong.

Jenis batuk boleh berbeza-beza mengikut punca dan gejala yang disertai. Penting untuk mengenali jenis batuk yang korang alami dan paling penting dapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah jika batuk berterusan atau disertai dengan gejala yang serius.

Baca : Bahaya ibu mengandung makan ubat batuk

Bila asyik dok makan ubat je tapi tak juga sembuh-sembuh, risau sangat kannn?
Terutama pada ibu mengandung. Ya, risau sekiranya ubat berlebihan berada dalam badan memberi kesan pada baby dalam kandungan kann?

Ubat batuk Ibu Mengandung Prospan Selamat

Ubat Prospan ni antara ubat batuk pilihan yang Nina akan mintak kat doktor masa Nina mengandung dulu. Rasa dia sedap, mild dan selamat untuk ibu hamil.

Mau tak mau, kena lah cafi cara hilangkan batuk tanpa ubat secara semulajadi.
Cara hilangkan batuk bergantung kepada punca batuk itu sendiri. Batuk boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan virus, alergi, atau masalah pernafasan. Nina kongsikan secara general / asas dulu cara hilangkan batuk yang korang patut buat.

20 Cara hilangkan batuk

cara hilangkan batuk
  1. Minum Air yang Banyak:
    • Minumlah air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air membantu melonggarkan lendir dan melembutkan kerongkong, membantu mengeluarkan lendir dengan lebih mudah.
  2. Hisap Cough Drop atau Sore Throat Lozenges Batuk:
    • Hisap lozenges batuk yang mengandungi mentol atau madu boleh membantu melegakan kerongkong yang sakit.
  3. Jangan Merokok atau Hindari Asap Rokok:
    • Merokok atau terdedah kepada asap rokok boleh memburukkan batuk. Jika korang seorang perokok, cuba berhenti atau kurangkan pengambilan rokok. Rokok membahayakan kesihatan bukan korang yang merokok je, tapi insan tersayang yang berada disamping korang.
  4. Berkumur dengan Air Garam:
    • Berkumur dengan air garam suam boleh membantu melegakan kerongkong yang meradang.
  5. Ambik sesudu madu :
    • Cuba lah ambil sesudu madu sebelum tidur. Jika mahu campurkan madu bersama perahan lemon dan sedikit serbuk Halia, Kayu Manis. Jadikan macam paste kemudian telan.
  6. Mandi mandian panas :
    • Bila kita mandi dengan air mandi yang panas, batuk akan berkurangkan. Rongga pernafasan akan rasa lega, kahak juga mencair. InsyaAllah cara ini melegakan dan korang boleh rehat dan tidur yang lena dan selesa.
  7. Guna ubat titis hidung :
    • Dapatkan ubat titis hidung di klinik ataupun farmasi berdekatan. Dengan memasukkan air dalam hidung, korang akan dapat bernafas dengan mudah. Meredakan hidung tersumbat dan boleh meredakan batuk juga.
  8. Tinggikan bantal semasa baring :
    • Ya, bila batuk kita akan rasa sesak nafas. Dengan tinggikan sedikit paras bantal, kita akan berasa lega dan mudah untuk bernafas. Teknik ini memang berkesan terutama buat mereka yang ada asthma.
  9. Makan ice cream :
    • Macam pelik tapi ini antara cara hilangkan batuk. Sesekali bila batuk lama sangat, cuba je makan ice cream McD. Ada batuk punca tekak kering, luka, perit. Dengan makan makanan yang sejuk, secara alami tekak perit akan baik. Cuba lah! So far menjadi dengan Nina.
  10. Hisap Cough Drop atau Permen Batuk:
    • Hisap permen batuk yang mengandungi mentol atau madu boleh membantu melegakan kerongkong yang sakit.
  11. Hisap Cough Drop atau Permen Batuk:
    • Hisap permen batuk yang mengandungi mentol atau madu boleh membantu melegakan kerongkong yang sakit.
  12. Hisap Cough Drop atau Permen Batuk:
    • Hisap permen batuk yang mengandungi mentol atau madu boleh membantu melegakan kerongkong yang sakit.
  13. Hisap Cough Drop atau Permen Batuk:
    • Hisap permen batuk yang mengandungi mentol atau madu boleh membantu melegakan kerongkong yang sakit.
  14. Hisap Cough Drop atau Permen Batuk:
    • Hisap permen batuk yang mengandungi mentol atau madu boleh membantu melegakan kerongkong yang sakit.
  15. Gunakan Pelembap Udara:
    • Gunakan pelembap udara di dalam bilik tidur atau rumah korang, terutama jika udara dalam bilik terlalu kering.
  16. Ambil Makanan Berkhasiat:
    • Makan makanan yang kaya dengan nutrien seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan boleh membantu memperkuat sistem imun badan. Contohnya sup ayam panas-panas. Korang boleh cuba RESEPI CLEAR CHICKEN SOUP / SUP AYAM JERNIH EAT CLEAN
  17. Istirahat yang Cukup:
    • Beristirahat yang mencukupi membantu tubuh untuk cepat pulih dari jangkitan dan memberikan tenaga yang diperlukan untuk melawan batuk.
  18. Jika Perlu, Gunakan Ubat Batuk:
    • Jika batuk terlalu teruk atau berterusan, korang boleh mengambil ubat batuk yang sesuai berdasarkan arahan doktor atau farmasis. Makan laa ubat
  19. Elakkan Alahan yang Diketahui:
    • Jika batuk disebabkan oleh alergi, elakkan alahan yang diketahui seperti serbuk bunga atau bulu haiwan peliharaan atau habuk! Selalu lah bersihkan kawasan sekitar korang berada.
  20. Dapatkan nasihat Doktor :
    • Sekiranya batuk berlarutan lebih dari dua minggu atau disertai dengan gejala lain yang serius seperti demam tinggi, sesak nafas, atau darah dalam lendir, segera berjumpa dengan doktor untuk penilaian lanjut.

Petua hilangkan batuk – Air rebusan pokok lemuju

Pernah dengar pasal pokok lemuju?
Pokok ni senang sangat tanam. Sebenarnya korang selalu je nampak , antara perasan dan tidak. Nina sendiri amalkan petua ni dan alhamdulillah serasi dengan Nina.

Pokok Lemuju Bangun-Bangun Ubat Penawar Lega kan Batuk Secara Semulajadi Selamat

Ini pengalaman Nina amalkan Petua Hilangkan Batuk air rebusan Pokok Lemuju / Pokok Bangun-Bangun.
Jangan tanya kenapa nama dia macam tu? Nanti laa ada masa Nina google untuk korang.

Cara Meredakan Batuk – Buah Oren dan Garam

Tips ini pun popular! Senang sangat. Ini petua perubatan cina. Tak rugi kita cuba kannn?

  • Korang hanya perlukan rendam buah oren sunkist bersama garam dalam 15minit. Tujuan nya untuk membersihkan buah
  • Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong. * Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist)
  • Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
  • Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas. *Boleh digantikan dengan buah limau mandarin. Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.

Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.

Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.

Petua cara hilangkan batuk – air sarsi

Bila musim batuk maka di media social ramai kawan-kawan dok share macam-macam petua cara hilangkan batuk. Dan bila ramai cuba dan berkesan maka Nina pun turut sama terjebak cuba juga! Biasalah pengaruh rakan sebaya, sesama remaja purba gini laa..

cara hilangkan batuk

Trending sekarang ramai kata Air Sarsi mampu meredakan batuk. Ya, air Sarsi air gas F&N tu!
Ya, tidak dinafikan dah nama pun petua, berdondang laaa yang kecam. Air gas kann tak bagus untuk kesihatan. Ya faham faham
Tapi
Yang dok kecam tu dah rasa ke betapa peritnya batuk berpanjangan ni, dah cuba petua ni?

Bagi Nina simple je
Why not cuba, mana lah tahu mungkin serasi dan berkesan untuk Nina. Dan lagi pastikan kita takde masalah kesihatan lain contohnya kencing manis yang boleh memudaratkan kesihatan bila kita cuba cara hilangkan batuk air sarsi ini.

Caranya
Masukkan Air Sarsi dalam periuk, panaskan hingga mendidih. (Mungkin nak keluarkan gas berkabonat kot, entah!) Kemudian tutup api. Setelah air suam , minum.
Ada kata lepas minum 2-3 cawan batuknya baik.

8 Kebaikan kelebihan manfaat KAYU SARSI

Kayu sarsi, yang juga dikenali sebagai kayu manis, adalah sejenis rempah yang telah digunakan dalam perubatan tradisional dan juga sebagai bahan pelengkap dalam makanan. Terdapat beberapa manfaat yang dikaitkan dengan penggunaan kayu sarsi, termasuk:

kelebihan kebaikan manfaat KAYU SARSI
  1. Potensi Antioksidan
    Kayu sarsi mengandungi senyawa-senyawa yang dikenali sebagai antioksidan, seperti flavonoid, yang dapat membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ini boleh memberikan manfaat kesihatan secara keseluruhan.
  2. Mengawal Gula Darah
    Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa kayu sarsi boleh membantu mengawal tahap gula darah dalam darah. Ini mungkin bermanfaat bagi individu dengan diabetes atau mereka yang berisiko tinggi untuk diabetes.
  3. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
    Penggunaan kayu sarsi dalam makanan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia dikaitkan dengan peningkatan profil lipid darah dan pengurangan tekanan darah.
  4. Sifat Anti-radang
    Kayu sarsi mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh. Ini mungkin bermanfaat untuk merawat masalah radang seperti arthritis.
  5. Kawalan Berat Badan
    Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu sarsi boleh membantu mengawal berat badan dengan mengawal selera makan dan meningkatkan proses metabolisma.
  6. Sokongan Pencernaan
    Kayu sarsi boleh membantu merangsang pencernaan dengan meningkatkan pengeluaran enzim pencernaan dan mengurangkan masalah pencernaan seperti kembung dan perut kembung.
  7. Sumber Mineral dan Nutrien
    Kayu sarsi mengandungi beberapa mineral penting seperti kalsium dan mangan, serta vitamin seperti vitamin K. Ini boleh menyokong kesihatan tulang dan sistem darah.
  8. Rasa dan Aroma
    Kayu sarsi sering digunakan dalam masakan dan minuman kerana rasa manis dan aroma yang menyegarkan.

Namun, penting untuk diingat bahawa manfaat kayu sarsi belum sepenuhnya terbukti dalam kajian saintifik yang komprehensif. Selain itu, penggunaan akar sarsi yang berlebihan atau tidak betul boleh menyebabkan kesan sampingan dan interaksi dengan ubat-ubatan lain. Berfikir lah dengan bijak dalam membuat keputusan.

cara hilangkan batuk

Sila ambil perhatian! Chewah… Acah-acah macam garang lak kannn?
Paling penting korang kena tahu bahawa tindakan yang diambil untuk menghilangkan batuk harus disesuaikan dengan punca batuk. Kenali diri dan tau puncanya.

Apapun kita ikhtiar dan berusaha untuk baik kann?
Selebihnya semuanya dengan kuasa Allah, DIA yang menyembuhkan. Jangan zalimi diri biarkan sakit tu melarat. Sebaik-baik nya korang dapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah jika batuk berlarutan atau berterusan. Jangan tangguh!
Buat yang sakit, semoha cepat sembuh. Aamiinnn . . . .

Related posts:

Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju

PT3 2022 dilaksanakan semula tapi awat LPM padam statement?

Homemade Mashed Potato with Gravy...

Makeup Nina kekal lama masa travel sebab pakai ...

Parenting Tips air lemon madu haliaAir Rebusan Pokok Lemujuair sarsi redakan batukbahaya ubat batukBuah Oren dan Garam hialngkan batukCara Hilangkan Batukjenis batukmanfaat kayu sarsiPetua hilangkan batukRamuan Semulajadi hilangkan batuksebab batuk

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Pingback: Bahaya ibu mengandung makan ubat batuk
  2. Pingback: Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Air Rebusan Pokok Lemuju

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes