Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Sotong Masak Thai
August 26, 2023September 26, 2023

Resepi Sotong Masak Thai Sedap ini wajib cuba!

Sapa suka makan sotong? Selalunya korang suka sotong masak apa? Sotong yang sedap dimasak menghasilkan rasa tekstur yang lembut, sedikit kenyal dan lebih menyelerakan apabila rempah menyerap masuk dalam isi sotong. Kebiasaanya resepi popular masak sotong adalah masak sambal, goreng tepung, goreng kunyit, masak hitam. Tapi hari ni Nina nak share resepi sotong masak thai sedap yang korang patut cuba buat ayng belum pernah cuba!

Isi Kandungan hide
1 TIPS cara untuk memilih dan membeli sotong yang segar
2 Resepi Sotong Masak ala Thai sedappp !!!
3 Cara Masak Sotong Masak Thai
4 Tips Petua masak sotong tak kecut, tak liat, tak hanyir
5 SOTONG MASAK APA SEDAP? 6 RESEPI SOTOGNG WAJIB KORANG CUBA
6 Related posts:
7 Mmmm.... Sedapnya Mama masak Patin Tempoyak ni...
8 RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK LAGI SEDAP DARI BISKUT MARIE
9 Cheese Banjir Restaurant | Perghhh.... Melelehhhhh . . . .!!
10 Daging Masak Kicap jer laa | Pening masak apa Daging ni..

Resepi sotong masak thai sedap ini cukup simple, ringkas, mudah cara masak nya. Bahan yang diperlukan pun tak remeh. Kombinasi perahan limau, sos ikan dan daun ketumbar wajib ada kerana bahan ini yang memberi aroma dan rasa unik Thai.

TIPS cara untuk memilih dan membeli sotong yang segar

  1. Mata Sotong: Mata sotong yang segar hendaklah terang, bening, dan mencembung. Mata yang pudar atau kabur mungkin menunjukkan sotong yang tidak segar.
  2. Warna Kulit: Kulit sotong yang segar seharusnya berwarna cerah, licin, dan mengilap. Hindari sotong yang kulitnya pudar atau kelihatan kusam. Sotong hidup dalam laut warnanya lutsinar, tapi bila dah naik ke darat ia akan bertukar putih. Sotong yang dah berwarna merah unggu dah kurang manis dimasak tapi dah kurang segar.
  3. Badan Sotong: Sentuh badan sotong. Ia sepatutnya kenyal dan berdaya ketegangan apabila ditekan. Jika terasa lembik atau kembang, ini mungkin menunjukkan sotong yang tidak segar.
  4. Bau: Bau sotong yang segar tidak sepatutnya berbau amis atau tajam. Bau laut yang segar adalah petunjuk sotong yang baik. Sotong segar ada lendir yang menyelaputi badannya.
  5. Tubuh kenyal: Pilihlah sotong yang masih utuh, kenyal, tanpa robekan atau koyak. Jika terdapat tanda-tanda kerosakan, ia mungkin sudah lama atau tidak segar.
  6. Suhu: Sotong sebaiknya disimpan pada suhu sejuk atau beku dalam kedai atau pasar. Pastikan ianya disimpan pada suhu yang betul untuk mengekalkan kesegaran.
  7. Kedai yang Dipercayai: Beli sotong dari kedai ikan atau pasar yang dipercayai untuk memastikan anda mendapatkan produk yang berkualiti dan segar.
  8. Membeli Sotong Segar bukan frozen: Jika mungkin, sokonglah produk tempatan iatu beli sotong segar yang baru naik dari jeti kerana dah semestinya lebih segar berbanding produk yang telah diimport ataupun frozen.

Memilih sotong yang segar adalah penting untuk mendapatkan rasa yang baik dalam hidangan masakan korang. Pastikan untuk mengamalkan langkah-langkah di atas ketika membeli sotong di pasaran atau kedai ikan.

Sotong yang segar, masak apa pun sedap. Hari ni Nina nak kongsikan resepi sotong masak thai yang sedap. Kombinasi rasa perahan limau nipis, sos ikan ditambah dengan hirisan daun ketumbar sememangnya membuka selera. Korang patut cuba!

Resepi Sotong Masak ala Thai sedappp !!!

Bahan-bahan
1/2 kg sotong
1 biji bwng besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar

Cara Masak Sotong Masak Thai

  1. Rebus sotong seketika bersama asam keping. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
  2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
  3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
  5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba
Credit : Wan Maslinda Wan Mohamed

Tips Petua masak sotong tak kecut, tak liat, tak hanyir

Kebiasaannya bila kita masak sotong, nanti kejadiannya sotong jadi kecut, kecik, liat. Ada sesetengah tu sotong berbau hanyir! Potong mood nak makan. Huhuuu…
Tapi peliknya bila makan kat kedai makan tengo sotong depa cantik pulak kann? Gigit pun sedap, tak liat. Setuju tak?

Okies, ini tips petua yang korang kena buat sebelum masak sotong.
Cuci bersih sotong, potong sesiap dan kemudian korang rebus sotong bersama asam keping seketika. Tak perlu sampai sotong masak sepenuhnya. Teknik ini menyejat air hanyir sotong, mengekalkan size sotong dan sotong pun jadi lebih kenyal, tak liat selepas masak.

Dah siap rebus, korang toskan dan boleh lah masak sotong ikut resepi kegemaran korang.
Buat yang tak berapa gemar masakan ala Thai korang boleh laa cuba

SOTONG MASAK APA SEDAP? 6 RESEPI SOTOGNG WAJIB KORANG CUBA

SOTONG MASAK APA SEDAP? 6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA

Related posts:

Mmmm.... Sedapnya Mama masak Patin Tempoyak ni...

RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK LAGI SEDAP DARI BISKUT MARIE

Cheese Banjir Restaurant | Perghhh.... Melelehhhhh . . . .!!

Daging Masak Kicap jer laa | Pening masak apa Daging ni..

Resepi Tips Lauk Paling Mudah Cepat MasakLauk Paukmasak sotong simpleMenu cepat masakRebus Sotong bersama asam kepingresepi ala Thairesepi mudahSeafoodSotongsotong masak apaSotong Masak Thai SedapSotong tak hanyirSotong tak liatTips Petua Sotong tak kecutTips pilih beli sotong segar

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Toko Beyond-steel says:
    August 26, 2023 at 10:27 pm

    Ini sotong yang dimaksud ikan cumi kan ya? Bikin ngiler…Mau coba resepnya. Thanks

    Reply
  2. Adi Channel says:
    September 6, 2023 at 1:58 am

    Boleh cuba resepi sotong masak Thai ni nanti…

    Reply
  3. PT NGA says:
    September 7, 2023 at 3:14 pm

    Kl liat fotonya wuihh..bikin ngiler, tp bau amis nya ga nahan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes