Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

September 24, 2014March 5, 2024

Asal Wednesday ajer, Nasi Goreng…. Jangan membazir!

Sapa suka makan nasi goreng? Nasi goreng adalah menu paling ringkas, cepat dimakan. Setuju? Korang suka letak rencah apa? Pernah tak buat Nasi Goreng Ikan Goreng baki ikan goreng semalam? Sapa belum pernah cuba, rekemen korang cuba sebab sedap betul! Rasa ikan gpreng tu padu!

Isi Kandungan hide
1 Tips elakkan pembaziran
2 Resepi Nasi Goreng Isi Ikan Goreng
3 IDEA Resepi Nasi Goreng Yang Mudah Sedap harus cuba!
4 Related posts:
5 Nasi Goreng Mamak style | kenapa sedapnya lain macam? Ini resepi rahsia nya
6 Punca baby kena ruam Dah cuba Habibi Oil terbaik!
7 BEST giler! SUDIO NIO Wireless Earphones So Stylish
8 Bahaya Ibu Mengandung Hamil HB Rendah ...!! Jangan pandang remeh, harus tahu ...

Pagi tadi kat MHI ada topik pembaziran rakyat Malaysia terhadap lebihan makanan. Thank you Geng bukakan TV pagi tadi. Kalau dia tak on kan, memang Nina tak akan tonton TV pun….. malas switch on TV sendiri.  Heheee . . 

Tips elakkan pembaziran

Info : Lebih 40% sampah pepejal di Malaysia adalah dari lebihan makanan. Wah! banyak tuuu..!!
Kesimpulannya :- 

  • elakkan pembaziran dengan membeli apa yang perlu sahaja
  • masak cukup-cukup. Contohnya : 5 orang so masak 5 ketul ayam sahaja! 
     – rancang kuantiti masakan. (call suami, anak-anak, kalau tak balik makan rumah so masak sikit ajer)
  • kalau ada extra, jangan di buang – bagi lah pada jiran, rumah anak yatim or surau dll
     – kalau pegi buffet tuu… ambil lah ala kadar.  (pihak hotel kata kalau ada lebihan mereka akan beri pada surau atau rumah anak yatim so kita pun sama2 mendapat berkat dengan mengelakkan pembaziran)
  • lebihan makanan yang ada jangan dibuang. Simpan dalam fridge.
  • Tips: cara penyimpanan – jangan menggunakan tangan kerana haba tangan akan menggalakan  bakteria. So gunakan sudu atau penyepit baru simpan dalam tupperware dan fridge.  
     – ada lagi tapi tak done nak tulis type semua… nanti Nina sharekan lagi ehh
  • Yang penting, elakkan pembaziran…!! not good, not good

Semalam Nina goreng ikan tongkol untuk lunch anak-anak. Ada lebih sepotong. Simpan!
Nina tak buat makan dinner pasal dinner selalunya Nina akan masak lain. Maklumlah, Geng tak berapa makan nasi so for dinner semalam Nina masak Mee Goreng. 

Anak-anak Nina terutama sekali Eillya sangat suka kalau Nasi Goreng rencah isi ikan goreng. Tak susah pun…. Balance ikan goreng semalam,  dibuang tulang dan carik-carikkan isinya dan masukkan ajer dalam nasi goreng. Pernah cuba tak? Sedapp! try laaa….. 
Nasi goreng ikan

Nampak tak isi ikan goreng kat dalam Nasi Goreng tuu? Tak nampak ehh…. memang laaa pasal dah dicarik-carik halus…
So jangan ditanya mana isi ikannya pasal kat cucur badak pun tak der badaknya! 
(Ke situ pulak…. tak der kaitan punnn) hehee . . . .

Resepi Nasi Goreng Isi Ikan Goreng

Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
4 ulas bawang putih – diketuk dan cincang halus
1 labu bawang besar – dipotong dadu

1 potong ikan goreng – dibuang tulang dan carik-carikkan isinya
3 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil serbuk ikan bilis – ganti perasa (tak letak pun ok)
3 biji telur – goreng bersama 1 sudu mayonnaise hingga jadi ketulan-ketulan kecil.
2 fish cake – dipotong dadu
1 cawan mix vege
minyak masak/ mentega
garam secukupnya
Cara penyediannya
1- Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng telur bersama 1 sudu mayonnaise hingga menjadi ketulan kecil dan ketepikan.
2-  Cairkan mentega  masukkan fish cake. Goreng seketika.
3-  Masukkan bawang putih, bawang besar, mix vege, isi ikan goreng dan sos tiram. Kemudian masukkan nasi, telur dan digaul rata.
4-  Perasakan dengan serbuk ikan bilis atau garam secukup rasa. Goreng lagi hingga masak.
5-  Sedia dihidangkan…
Tips :: Nasi lebihan yang disimpan dalam fridge sebaiknya kukus dulu supaya tahan lebih lama dan nasi lebih sedap.

IDEA Resepi Nasi Goreng Yang Mudah Sedap harus cuba!

Antara menu Nasi Goreng yang Nina selalu masak boleh refer sini
 – Nasi Goreng Cina
 – Nasi Goreng Yunan Chinese Style
 – Nasi Goreng Simple Mangkuk Roti
Apapun, sebaiknya elakkan pembaziran… Thanks to Geng yang selalu kasi habiskan balance dinner buat makan supper… 🙂

Related posts:

Nasi Goreng Mamak style | kenapa sedapnya lain macam? Ini resepi rahsia nya

Punca baby kena ruam Dah cuba Habibi Oil terbaik!

BEST giler! SUDIO NIO Wireless Earphones So Stylish

Bahaya Ibu Mengandung Hamil HB Rendah ...!! Jangan pandang remeh, harus tahu ...

Lifestyle Resepi Info - ParentingInfo - SemasaNasinasi gorengnasi goreng ikannasi goreng ikan gorengResepiresepi mudahresipiTips dan Petuatips elakkan pembaziran

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Suria Lekatlekitgurl says:
    September 24, 2014 at 5:59 pm

    sejak jadi isteri & mak orang ni saya pun lebih kreatif memanafaat lebihan lauk.. memang tak buang kalau makanan tu tak rosak. mesti ada je saya nak recycle jadi makanan lain. ayam masak lemak cili padi + ayam sambal saya pernah gabungkan kedua2 lepas tu tambah kerisik goreng sampai kering jadi serunding. Nasi goreng ikan pun buat jugak kalau ada lebihan ikan goreng. Bila dah semakin berusia ni.. rasa nak menangis kadang2 buang makanan tak habis

    Reply
  2. Annie De Yantie says:
    September 24, 2014 at 11:44 pm

    perhhh…terliur taw tgk pic tuuuu
    abeslah diet nie kalau tergoda…
    bhahahahahaha….

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    September 25, 2014 at 9:26 am

    Suria,
    setuju…. bila berusia lebih sensitif kalau buang makanan. Gitu agaknya mak-mak kita rasa dulu…
    sekarang dah rasa sendiri
    Lain kali nak saje tinggalkan left over ayam lemak cili padi + ayam sambal. Nak try gabungkan tambah kerisik sampai jadi serunding. TQ

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    September 25, 2014 at 9:28 am

    Annie,
    kalau diet boleh jer makan cuma kurangkan kuantitinya…
    kalau semua tak mau makan rugi Ooooo……
    hhehehe . . .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes