As’salam dan Salam Sejahtera ….. Dok pusing-pusing fikir nak masak apa tuk dinner malam nie… Akhirnya … Nina beli ajer kat Giant ready made Chicken Marinade then Nina bakar kat rumah. Kita bako, kita bako malam nie !! hehehe . . . . Eermm …. Not bad chicken marinade ready made nie. Sedap juga dan cepat 😉 Chicken grill with black pepper sauce … gggrrrr ~~~
Kalau nak lagi sedap kita kena lah perap lebih lama. Sebaiknya ayam tersebut hendaklah dibalut ngan plastik then baru disimpan dalam peti ais seketika. Lebih lama lebih ummphh rasanya !!! Nina tak done hari nie agak sibuk ngan beberapa urusan so Nina beli ajer yang dah siap perap kat Giant. Tinggal nak bakar ajer sebelum makan. panas-panas baru selera makan!.
Sauce nyer Nina dah pernah buat sebelum nie… Masa tu Nina buat Chicken Chop With Mushroom Black Pepper. Boleh tengok kat SINI Chicken Chop with mushroom black pepper yea …. Cuma kali nie Nina tak letak mushroom.
Chicken Grill
5 ketul chicken marinade ready made – Nina beli kat Giant
- Bakar atas non-stick pan sehingga masak. Kalau nak cepat masak, sebaiknya tutup sebentar non-stik pan tuu…
- Selepas tu, boleh lah dihidangkan bersama black pepper sauce dan juga mashed potato atau pun salad.
Black Pepper Sauce
Resepi asal : Kak Fida MyResepi
Bahan-bahan
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* – didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging (Nina hanya guna 1 kuib ayam Knorr + air)
2 sb tomato paste
2 sb serbuk lada hitam (Nina letak lada hitam yang ditumbuk)
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu fresh milk
Cara-caranya
- Tumis bahan yang bertanda * hingga layu dan angkat lalu ketepikan
- Dalam kuali yang sama, panaskan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau rata. Kecilkan api.
- Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang lain termasuk bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
- Dah siap !! Tuangkan ke atas chicken grill tadi ~~~
Chicken grill with black pepper sauce … gggrrrr ~~~
aduyaiii sedapnya…menu omputih yer harini…hihi…QH pon suka jugak sos black pepper dr Kak Fida ni…mmg sedapkan…
As'salam QH,
Sekali sekala kita kena gak tukar menu ….. asyik dok nasi ajer jemu juga kan??
A'ahh …. resepi kak Fida mostly semuanya menjadi dan sedap. Amat menepati citarasa Nina sekeluarga 😉