Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Cara Masak Resipi Ayam Kicap Bersantan Sedap Mudah
February 11, 2019February 11, 2019

Ayam Kicap Bersantan. .. Hitam itu menawan hati…

As’salam dan Salam Sejahtera buat semua … Woot Woot …… !! Lama sungguh bercuti….. Buat yang bekerja hari nie jangan malas-malas kerja yea… Maklum lah dah lama coti-coti Malaysia, mesti ramai yang rasa sengal nak ke tempat kerja.  Hallah halah halahhh… Think positif. Bertanggungjawab lah kepada pekerjaan anda. Cehh… Nasihat konon

Apa khabar semua?? Moga sihat walafiat hendaknya. Dah beberapa hari Nina tak update entry. Rindu pula …. Hehee …. Buat yang bertanya, Nina tak ke mana-mana pun Bajet nan hado Cuma dok jer dalam rumah  yang kecik ni.

Isi Kandungan hide
1 Resipi Ayam Kicap Bersantan Sedap Mudah
2 Related posts:
3 Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel KL BEST! Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman. Wajib pekena Sup Gear Box...
4 Sinopsis Drama RYAN ARALYN TV3 lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi
5 Resipi Shell Out Sedap Sambal Bercili Ketam Menangis
6 Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh Bercerai?

Betapa bangga nya menjadi rakyat Malaysia yang punya pelbagai bangsa, kaum dan agama. DAN sebab tu kita punya banyak cuti (public holiday) dalam setahun. 
Betul kan, kan, kannnn …..??? Hehehe …

Masak apa untuk lunch hari nie?? Pasti ada yang buntu tu kan …. Biasa lah, bila dah masak hari-hari sampai tak tahu nak masak apa. Kalau sesekali masak tuu, tentu ada yang terlintas di fikiran dan teringin kat selera. Tapi bila dah hari-hari, sampai apa pun tak terfikir. Blank !!!

Hari nie Nina nak share resepi yang Nina ambil dari Majalah SAJI keluaran Februari 2008.  Dah lama kan ….. masih baik dalam simpanan tau!! Itu lah harta yang berharga buat Nina. Koleksi buku-buku ilmiah, walaupun dah lama tetap baik dalam simpanan. Bernilai tuuu …!! Dah memang hobi Nina membaca… 

Resepi nie dari Air Tangan Puan Halimah Shuib. Tentu ada yang tak kenal pun kannn… Kalau Nina kata beliau adalah Tuan Punya Jamu Mak Dara pasti ramai yang kenal.. Maklum lah jenama beliau dah tersohor kat merata-rata tempat. Kat luar negara pun dah glamour uuu ~~~~ Beliau lah orangnya….. Masih cantik walaupun dah bergelar nenek. 
Salah satu resepi beliau yang Nina suka adalah Ayam Masak Kicap Bersantan. 
Sedapppp !! Lemak berkrim kuahnya… Jom kita intai-intai resepi beliau..
 

Cara Masak Resipi Ayam Kicap Bersantan Sedap Mudah

Resipi Ayam Kicap Bersantan Sedap Mudah

sumber : Majalah SAJI – Februari 2008
resepi : Puan Halimah Shuib a.k.a Tuan Punya Jamu Mak Dara

Bahan-bahan
1 ekor ayam (Nina guna isi dada ayam dipotong kecil2)
1 batang daun selasih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap masin (Nina guna yang lemak manis ajerrr)
1 cawan santan
Sedikit rempah empat sekawan
Minyak masak
Garam (Nina tak letak punn)
 
Bahan mayang
3cm halia
3 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
 
Cara-caranya
  • Ayam dibersihkan, kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Pijarkan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat dan toskan.
  • Cara Nina : Setelah dibersihkan, Nina perap ayam bersama sos tiram sebentar. Kemudian Nina gaulkan bersama tepung jagung+tepung kastard. Goreng dengan minyak yang banyak.  Angkat dan toskan.
  • Selepas itu, tumiskan bahan mayang bersama rempah empat sekawan sehingga wangi. Angkat sebahagian tumisan ini dan ketepikan.
  • Kemudian tuangkan kicap dan masukkan santan, serbuk lada hitam dan batang daun selasih. Masak hingga pekat.
  • Setelah mendidih dan pekat, tuangkan kuah ke atas ayam yang telah digoreng tadi bersama sebahagian rempah tumisan yang telah diasingkan tadi.
  • Sedia dihidangkan ….
Selamat mencuba … !!

Related posts:

Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel KL BEST! Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman. Wajib pekena Sup Gear Box...

Sinopsis Drama RYAN ARALYN TV3 lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi

Resipi Shell Out Sedap Sambal Bercili Ketam Menangis

Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh Bercerai?

Lifestyle Resepi Tips Ayamayam masak kicapCara MasakLauk PaukMenumenu buka puasa simpleMenu RingkasMenu Sahur mudahresepi mudahResipi cepat

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Huda says:
    February 11, 2019 at 12:40 pm

    Nak try! Nampak sedap sgt.

    Reply
  2. Wan syahida says:
    February 11, 2019 at 5:05 pm

    sedapnya…. senang je masaknya.. nnt boleh try… terima kasih.

    Reply
  3. amie says:
    February 11, 2019 at 8:21 pm

    Wah!
    Teruja pula nak cuba masakan ayam kicap bersantan ini. Belum pernah makan ni…tq for sharing.

    Reply
  4. Mama Kembar Tiga says:
    February 12, 2019 at 7:23 pm

    Tak pernah try masak kicap letak santan gitu, boleh laa cuba buat nnt

    Reply
  5. mariana says:
    February 13, 2019 at 9:07 am

    sedap tuuu, pos sini sikit

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes