Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 30, 2018July 27, 2020

Shatavari Himalaya sememangnya berkesan! Milk Booster Terbaik

Terasa masa berlalu begitu pantas. Tak lama jer lagi baby Eilysa Mirza akan genap 2 tahun.  Sekarang ni berusia  1tahun 7bulan. Syukur Alhamdulillah… Sepanjang usia dia, Nina berjaya susukan Lysa eksklusif susu ibu. Dan target Nina nak  susukan lysa dengan  susu ibu sehingga dia 2tahun. HIMALAYA Shatavari Milk Booster

Isi Kandungan hide
1 Tips susukan baby – susu ibu sehingga 2tahun
2 Tips extra banyakkan susu ibu
3 HIMALAYA Shatavari Milk Booster
3.1 Kenapa Shatavari Himalaya bagus?
3.1.1 Yakin dengan Shatavari 100% vegeteable capsules
3.1.2 Jenama dipercayai harga berpatutan, senang nak beli
4 Khasiat kebaikkan Shatavari Himalaya – Milk Booster
4.1 Manfaat Kebaikkan Shatavari Himalaya
4.2 Related posts:
5 Kids Menu lagi....... Creamy Pasta Sauce!
6 Dah hafal Niat Puasa? Salam Ramadhan buat semua...
7 Gugurnya daun jingga Autumm di Fukushima
8 Buffet Ramadhan 2019 "ThrowbackRamadhan di HOTEL SRI PETALING KL

HIMALAYA Shatavari Milk Booster

Tips susukan baby  – susu ibu sehingga 2tahun

Nak kata tips ke idok ler sangat.  Nina masih amalkannya. Buat yang tak tahu, Nina dah pernah share sebelum ni. Antara tips dan cara nak banyakkan susu ibu susu badan semulajadi dengan berkesan . Pepandai laaa korang praktis dan amalkannya ya…

Tips extra banyakkan susu ibu

Selain tu, Nina masih amalkan supplement tambahan banyakkan susu ibu yang berkesan dan paling mujarab untuk Nina. Dah berbotol-botol Nina consume.  Nina pun dah pernah share kat korang sebelum ni. Alhamdulillah Himalaya Shatavari berkesan untuk Nina. Dan Nina yakin, berkesan gak untuk korang yang memerlukan.

HIMALAYA Shatavari Milk Booster

Kenapa Shatavari Himalaya bagus?

Yakin dengan Shatavari 100% vegeteable capsules

Sebab utamanya produk ini berasaskan herba. Tak de bahan kimia. Cer korang pi farmasi, belek-belek  laa kat botol dia, Korang akan nampak sign 100% vegetable capsule. Nina yakin dengan produk Himalaya sebab ianya halal, berkualiti dan selamat.

HIMALAYA Shatavari Milk Booster

Jenama dipercayai harga berpatutan, senang nak beli

Dengan hanya RM54  (60 capsules) korang mampu beli dan senang didapati kat mana-mana farmasi. Nak beli online pun ada! Pepandai laa korang intai-intai promosi yang ada.  Kalau nina lagi suka  beli terus kat Butik Himalaya. Nanti juru penasihat depa akan beri penerangan sejelas nya tuk korang.  Lagi pun beli kat Butik Himalaya boleh collect point! Best weyy … point dia nanti ganti cash. Boleh tukar ngan produk Himalaya  nanti.

Kot korang tak tahu khasiat Shatavari ni, meh Nina citer kat korang apa kelebihan Shatavari ni…

Khasiat kebaikkan Shatavari Himalaya – Milk Booster

Himalaya Shatavari adalah ekstrak herba tulen dan dianggap sebagai ramuan yang paling bermanfaat bagi wanita kerana secara keseluruhannya membantu mengimbangi sistem hormon wanita. Shatavari benar-benar menyuburkan dan membersihkan darah dan organ-organ pembiakan wanita menyebabkan ia menjadi sangat berkesan dalam meningkatkan kesuburannya.

Ia menyuburkan rahim dan ovum dan hampir menyiapkan organ-organ wanita untuk mengandung dan menghalang keguguran yang diancam.

Ia juga meningkatkan laktasi dan mengandungi phyto-estrogens, prekursor estrogen dan benar-benar sangat berguna untuk wanita yang mengalami tahap estrogen semula jadi yang rendah akibat daripada menopause, histerektomi atau oophorectomies.

HIMALAYA Shatavari Milk Booster

Faham ke faham…?? hahaa…  Tak pe, Nina ringkas kan tuk korang kasi jelas akan khasiat dan manfaatnya

Manfaat Kebaikkan Shatavari Himalaya

  • Berkesan dalam meningkatkan kesuburan dan mengawal ovulasi
  • Menormalkan rembesan hormon
  • Merawat gejala PMS dengan melegakan kesakitan dan mengawal kehilangan darah
  • Membantu dalam penyusuan ibu
  • Melegakan simptom menopouse seperti kilat panas
  • Sangat berfaedah dalam amenorea, dysmenorrhea, leucorrhea dan penyakit peradangan pelvik yang lain.
  • Membantu mengatasi keletihan, kesihatan fizikal dan mental, dan menyokong dan meremajakan tubuh
  • Herba berharga di Ayurveda digunakan untuk beribu-ribu tahun sebagai tonik pembiakan wanita.

Senang citer… kenapa Shatavari berkesan, korang hadamkan sendiri perkongsian Nina masa memula Nina consume Shatavari ni.  Review Nina – Terima kasih Shatavari. Milk Booster paling berkesan. Dan … sebab berkesan lah Nina teruja nak share ngan korang lagi! Benda bagus kan… kenapa nak sorok? haruslah disebarkan 🙂

HIMALAYA Shatavari Milk Booster

Info lebih lanjut korang tengok kat :

Fb Page Himalaya : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
Instagram Himalaya : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

Korang, so far Nina dah cuba pelbagai milk booster macam-macam jenama.  Bila dah serasi dengan sesuatu produk dan ianya berkesan sebab dah berbotol-botol Nina consume, naluri keibuan Nina meronta-ronta nak share gak ngan korang. Kalau Nina boleh, Nina tahu… Korang pun boleh!

Moga perkongsian Nina ini membantu para ibu lain yang punya sama target macam Nina nak susukan baby eksklusif sehingga baby berusia 2 tahun. Moga kita sesama berjaya capaikan impian kita! Aamiin…
Caiyok caiyok! Teruskan berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan.

Related posts:

Kids Menu lagi....... Creamy Pasta Sauce!

Dah hafal Niat Puasa? Salam Ramadhan buat semua...

Gugurnya daun jingga Autumm di Fukushima

Buffet Ramadhan 2019 "ThrowbackRamadhan di HOTEL SRI PETALING KL

Lifestyle Parenting Review Tips cara nak banyakkan susu ibuHarga Shatavari HimalayaHIMALAYAHimalaya MalaysiaHimalaya Wellness Boutiquekhasiat Shatavarimilk boosterShatavarisusu badansusu terbaikTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. YB Shehan says:
    March 30, 2018 at 4:11 pm

    ok leh sajes kt member2..

    Reply
  2. Yanty Lee says:
    March 30, 2018 at 4:33 pm

    wah , bagusnya tips akk ni , ty walaupun berumahtangga Ty rasa sharing ni sangat bagus.

    Reply
  3. mas saari says:
    March 30, 2018 at 4:50 pm

    Kita pun amalkan Shatavari, memang best!

    Reply
  4. Moha says:
    March 31, 2018 at 4:40 am

    Moha pun ambil ni juga. Memang puas hati dengan kesan dia kat badan sendiri.

    Reply
  5. Yanieyusuf says:
    March 31, 2018 at 11:46 am

    Kaknina bagus amalkan sblum bsalin atau mula kan selepas bsalin utk bnykan suau? Excited dan plan nak susu kan baby sampai 2 tahun ni .insya-Allah..

    Reply
  6. Mama Kembar Tiga says:
    April 3, 2018 at 6:16 pm

    Bestnya berkesan, sronok laa baby Lysa susu sentiasa ada

    Reply
  7. Julia Johari says:
    April 4, 2018 at 7:55 am

    Juju pernah alami masalah susah nak dpt susu dulu2 kak…pernah menangis pasal hal itu…pastu mkn ubt tambah susu kt doktor pun x juga…nanti kalau ada rezeki nak la cuba sbb juju suka himalaya ni…organik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes