Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 9, 2011January 11, 2016

Frankfuter Puff

As’salam …..

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Puashati seyh..! Hi-Tea di ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL
3 Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce
4 Alhamdulillah mama Abah dah Divaksin! TIPS SEBELUM SELEPAS VAKSIN COVID19 WARGA EMAS
5 PT3 2022 dilaksanakan semula tapi awat LPM padam statement?
Apa khabar sahabat …. Moga ceria-ceria hari nie hendaknya. Jika badan tu terasa lemah longlai disebabkan perasaan malas, sebaiknya segera lah tukarkan mind setting. Cergas kan diri !! Segera berdiri dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Buat beberapa kali beserta senaman ringan sedikit. Longgarkan segala skru-skru dalam badan tu supaya ready untuk bergerak. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga …. Semuanya bermula dari mind setting kita sendiri. Kita yang tentukan corak perjalanan kita seharian. so, jangan malas-malas yea . Orang yang malas selalu rugi. Betapa ruginya masa seharian kita jika masa dibuang begitu sahaja tanpa sebarang perkara yang berfaedah. Renung-renungkan dan selamat beramal !! 
hehehe . . . 

Walau macammana malas sekalipun perasaan tu bertapa dalam badan, sebagai seorang isteri dan ibu pasti kita akan berbuat sesuatu untuk menghidang juadah buat keluarga tersayang. Bak kata lain, pasti akan sediakan menu yang paling ringkas, cepat dan mudah. 
Hrmmmm ….. yang cepat lagi mudah pastinya frozen food selain dari fast food. Secara jujurnya, freezer kat rumah Nina juga ada frozen food walaupun cuba dielakkan. Nak buat camner …. Kadang-kadang tu bila time terdesak amat lah diperlukan. Contohnya resipi kat bawah nie, antara yang cepat dan menyelerakan buat anak-anak dan keluarga tersayang.



Frankfuter Puff
Bahan-bahan
1 pack ‘puff pastry’ jenama KAWAN (1 pack ada 10 keping bersaiz 4×4 inci)
10 Frankfuter Ayam  : : : Nina pilih  jenama Ramly
1 biji kuning telur – untuk disapu di atas puff

Cara-cara
  • Puff pastry di nyah bekukan dari freezer dalam 10-15 minit hingga sedikit lembut. 
  • Panaskan oven pada suhu 180-200c
  • Ambik sekeping pastry lalu digulungkan bersama frankfuter
  • Dikelar-kelar sedikit dibahagian atas
  • Disapu kuning telur diatas puff
  • Bakar selama 20 minit atau sehingga masak warna kuning keemasan. 
  • Sejukkan atas jaringan
  • Sedia dihidangkan.
  • Sedap dimakan bersama cili sos dan mayonnaise. 


Selamat mencuba !!



Related posts:

Puashati seyh..! Hi-Tea di ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL

Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

Alhamdulillah mama Abah dah Divaksin! TIPS SEBELUM SELEPAS VAKSIN COVID19 WARGA EMAS

PT3 2022 dilaksanakan semula tapi awat LPM padam statement?

Lifestyle kudap kudapanWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes