Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 8, 2011August 18, 2017

Cucur Susu Lemak Manis

Ehem ehemmm …..  tengah buat apa tuu …?? 
Masih menghirup sup daging korban kerr … ehehehe ….  
Agak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha tapi Nina nak wish juga laaa …
 
Ada pesanan dari penaja ; ; ; ;  Jangan makan banyak sangat daging buat yang punya pakej penyakit. Cukup lah sekadar ala-kadar takut nanti membawa padah pada diri. Tambahan lagi, kalau daging yang punya banyak lemak tuuu …. Lemak memang lah sedap !! Tapi berpada-pada yea …. Lepas makan sup daging, jangan terus minum air sejuk lagi berais. Tak bagus untuk kesihatan !! Sebaiknya tunggu beberapa minit dan kemudian haruslah minum minuman panas. Bukan apa, buat yang ada pakej penyakit tu, takut nanti saluran darah terhenti. Bahaya!!
 
Dah lewat malam baru Nina nak upload N3 sarapan pagi. Tak per laaa …. dunia blog nie  tanpa sempadan iyer tak? Bila-bila masa akan dibaca dan walau dimana juga berada.  Lagi pun Nina  sekadar nak berkongsi apa yang ada dan sekadar mengisi masa lapang Nina. Untuk rujukan Nina juga. :))
 
Cucur Susu Lemak Manis
Gambar nie ada SATU (1) ajer …. Ini ajer yang dapat diselamatkan. Kalau buat meniaga nie, manyak untung oooo …angkat ajer dari kuali lesap … Hahahaa ..
 

Cucur Susu Lemak Manis – Nina ambil resipi nie dari kak Azlita Masam Manis. Sedappp !! Memang menepati citarasa Nina sekeluarga termasuk ipar duai. 

Isi Kandungan hide
1 Cucur Susu Lemak Manis
2 Related posts:
3 Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap...
4 Sedapnya JIM'S PORRIDGE | Patut laaaa Viral Bubur Nasi Berlauk ni sebab
5 Benarkah lilin membakar diri?
6 Bahaya GLAUKOMA! Jika dibiar boleh BUTA
Dulu pernah  makan cucur lemak manis, air tangan Mama Nina tapi rasanya lain dan yang ini lebih menawan selera tekak kami sekeluarga. Mama Nina punya lemaknya dari santan bersama kelapa parut  tapi Cucur Susu Lemak Manis nie lebih ringkas dan mudah sebab guna susu krimer dalam tin tu ajer dan berkhasiat sebab dicampur ngan susu segar. Sedap dimakan semasa masih panas!! Rangup diluar dan lembut lagi empuk didalam….

Haishhhh  . . . Nina nie, asyik menceceh ajerr kan…. Jom tengok resipinya ….

Cucur Susu Lemak Manis

by : Kak Fida
sumber : Kak Azlita  Masam Manis
Bahan-bahan

1 1/4 cawan tepung gandum 
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar/cair 

garam secukup rasa

Cara-cara


1.  Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk. 
2.  Masukkan susu manis dan tuang susu segar atau cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.
3.  Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan.
4.  Angkat cucur dan hidangkan.
5.  Sedap dimakan panas-panas !!
Selamat mencuba ….

Related posts:

Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap...

Sedapnya JIM'S PORRIDGE | Patut laaaa Viral Bubur Nasi Berlauk ni sebab

Benarkah lilin membakar diri?

Bahaya GLAUKOMA! Jika dibiar boleh BUTA

Lifestyle Resepi cucurCucur Susu Lemak Maniskudap kudapanKuih Muih Warisan Kitamenu anak susah makan nasiresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes