Kelmarin Nina berpeluang hadiri satu event yang cukup santai tapi penuh aura positif! Bertempat di Oasis Ara Damansara , sekitar jam 9.15am Nina bersama kengkawan blogger lain dah terpacak kat sana walaupun event bermula jam 11am. Ikut jadual jam 10am pendaftaran tapi dah terbiasa latih diri datang awal memana function. Alang-alang dah sampai awal, Nina sesama kengkawan lepak bersarapan dulu. D’AURA Minyak Kelapa Dara
Bertemakan oren putih, warna yang cukup ceria, happy go lucky gitu! Mood berjiwa positif dapat dirasai sejak awal pagi. Tetiba in love dengan colour orange.
See! nampak ceria happy muda kannn kami semua? Ok poyo. HAhaaa
AURAprenuer MEET & GREET D’AURA Ambassador sekaligus melancarkan 2 produk terbaharu D’Aura.
D’AURA jenama sejak 2012. Produk berasaskan Minyak Kelapa Dara (VCO) yang ramai sedia maklum akan khasiat dan manfaat nya untuk kesihatan dalaman dan luaran serta kecantikan.
Mereka juga ada kilang sendiri terletak di Shah Alam.
Produk D’Aura VCO ni tiada sebarang campuran bahan kimia, ianya dihasilkan melalui proses penyulingan dengan suhu rendah supaya nutrien nya tidak hilang. Nina sendiri dah pernah consume dulu masa pregnant Eilhan 7 tahun dulu. Lama dah kannnn?
Masa nina pregnant dulu, nina amalkan D’Aura soft gel.
Alhamdulillah.. Bagus! Nina dah pernah review di IG dan FB Nina masa D’Aura memula awal dulu.
Tak hairan laaa D’Aura Softgel dan D’Aura Gold merupakan produk paling mendapat sambutan haangat lebih-lebih lagi ketika awal PKP baru ni.
Sebut jer Minyak Kelapa Dara, DAura AVCO best bagus sememangnya pilihan ibu-ibu mengandung di Brunei. Singapura dan Malaysia usah citer laaa… Nina sendiri amalkannya 7 tahun lepas, Nina ada kongsikan tuk korang Tips mudah bersalin normal boleh korang cuba amalkan. Mudah-mudahan perkongsian Nina sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan nanti.
Bila berpeluang join event ini, Nina teruja nak tahu lebih lanjut berkembangan terkini D’Aura VCO!
Tahniah Dayah Bakar – D’Aura Ambassador !
Ini laaa ambassador D’AURA – personaliti TV Dayah Bakar. Bakal ibu tak lama lagi yang cukup berseri-seri. Aura positif, ceria sentiasa, comel dengan ketelahnya yang menghiburkan. Mesra dengan followers di IG.
Dayah berkesempatan kongsi pengalaman beliau consume D’AURA Minyak Kelapa Dara. Paling kelakar katanya masa dia tanya followersnya tentang makanan tambahan untuk ibu hamil ramai yang mengatakan Minyak Kelapa Dara dan rupanya dia sorang jer yang tak tahu pasal D’AURA – ramai dah lama consume VCO ni semasa mengandung.
Sempena perlantikan Dayah Bakar sebagai Duta produk, D’AURA turut melancarkan produk baru mereka.
Produk terkini D’AURA – Set Berpantang dan Aromatic VCO
Set Berpantang Bersalin
Dalam set Berpantang ni ada 7 produk yang lengkap untuk ibu selepas bersalin.
Feminine Intimate Wash
Firming Herbal Paste
Baby Massage Oil
Soft & Natural Nipple Cream
Herbal Warming Bady Soap
100% Pure VCO
Calming & Refreshing Spray
Nina tertarik nak cuba nanti walaupun tak mengandung. Sebab kalau korang tengok apa yang ada dalam set berpantang ni, memang kegunaan lengkap untuk wanita.
Aromatic VCO
Aromatic VCO ada 2 pilihan. Morning Dew dan Fresh Floral. Kedua-dua nya tiada campuran bahan kimia.
Depa kata boleh buat as makeup remover, pelembab kulit, perapi rambut dan pelbagai manfaat lain lagi. Tak sabar nak cuba Aromatic Virgin Coconut Oil D’Aura ni…
Okies, Good news!
D’AURA AURApreneur Program
Sebelum habis majlis, pihak D’Aura sempat berkongsi pelan perancangan D’AURA akan datang. Nina sendiri teruja nak join program yang D’AURA sediakan. Manalah tahu rezeki Nina ker kannn…?
Peluang dan ruang serta benefit yang di tawarkan semamangnya menarik! Tinggal kita sendiri jer nak buat ngan tidak. Nak berjaya kena buang jauh-jauh sikap malas tuu… Cakap kat diri sendiri Huhuuu .. . .
Buat yang berminat nak tambah pendapatan, dropship atau keluar dari masalah kewangan D’Aura melancarkan
Program Intrapreneur Challenge
pada 8.8.2020
di Wisma D’Aura pada jam 10am
Hubungi :- 019-9999 256
Masuk PERCUMA!
Program AURApreneur ini dianjurkan bagi membimbing orang ramai menjadi usahawan D’Aura yang berjaya secara PERCUMA! Rugi kalau korang lepaskan peluang keemasan ini. Jommm sesama daftar nanti. Kita jumpa nanti kat sana ehh . . .
Oh ya .. . .
Datang event selalu ada ole-ole. Nina dapat Aromatic VCO Morning Dew.
Nina dah cuba . Best menyegarkan! Walaupun ianya berasaskan Minyak Kelapa Dara, ya minyak! Tapi selepas sapu Aromatic VCO D’Aura ni kat kulit, tak sampai 10 saat dah meresap. Dan memang melembutkan kulit. Suka laaa… 💕
Apa yang korang tahu pasal Minyak Kelapa Dara?
Atau korang dah pernah consume D’AURA VCO ni?
Untuk keterangan lebih lanjut, korang pi laaa intai usha di
Website : https://www.daura.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/daura.hq.official/
Instagram : https://www.instagram.com/daura_hq
Link Tree : https://linktr.ee/daurahq
Suka dnegan produk baru dia tu.. Memang cepat meresap.. Tak berminyak mas apakai. Tahniah Dayah, jadi duta DAura..
Tahniah Dayah jadi Duta D’Aura. Produk2 D’Aura memang bagus dan terbaik..
Tahniah dayah! Wah jadi duta dah, ramai org suka minyak ni.
dulu pernah consume pakai dAura. memang bagus
Suka vco dia….
rasa mcm nak amalkan balik jer vco.. prefer jenis softgel
Tahniah Dayah Bakar jadi duta D’Aura. Rezeki anak kan. VCO memang bagus. Baik untuk ibu hamil. Kita yang tak hamil pun boleh makan juga. Hehehe
minyak kelapa dara mmg baguih kalau org pregnant pakai kan.. kurang lah strech mark nnt
tak pernah lagi guna VCO ni..sekarag ada dengan haruman ya…mmg sangat menarik..bolehlah mencuba nanti
Bestnya kumpul ramai2 dgn kawan lain. Lama benar tk join event . Ada tgk blogger share pasal DAura haritu. Dkt farmasi2 boleh je beli kan? Ke online je
Dah lama tak ikuti perkembangan dayah bakar tak tahu plak die mengandung. Naiklah seri lepas consume D’aura VCO
Wahhh Dayah jadi duta. Sesuai sangat lah dia pun nak bersalin dah tak lama lagi.
Comelnyaaa ko Ninaa uii…suka nengok laaa tema putih oren tu..nice sangat..
Sis dulu masa bersalin belum ada lagi minyak kelapa dara ke gini..sekarang senangnyaa laa nak jaga diri..nak dengan taknak jee kann..
ramai kata minyak kelapa dara nie bagus. banyak manfaat boleh kita dapat kalau guna. bolehlah lepas nie beli minyak kelapa dara D’Aura
VCO ni ai suka pakai kat rambut.
Dah pakai, memang produk ni mudah meresap ke kulit.