JK1M
Kevin Zahri
Korang pernah dengar tak program JOM KURUS ? Alaa… program kelolaan Kevin Zahri – coach fitness yang femes tu. Nina pernah laaa dengar beberapa tahun yang lepas. Tapi masa tu tak pernah ambik port sangat pun.. rasa tak penting masa tu
JK1M10
Terdetik dalam hati ni meronta-ronta nak tahu apa yang best ngan program JK1M ni. Bila tengok gambar testimoni depa ni memang peserta semua dari gemoks jadi kurus! Apa depa makan, apa depa buat sampai betul-betul kurus? Tentu ada rahsia ni…!! Tengok tuu… tengok tuu …!! Memang dia dah kurus awakkk…. Kena korek ni… nak tau rahsia depa. Mak jemah sangat kannn….. HAhaa
Rupanya program Jom Kurus ni dah masuk ke musim ke -10. Hurmm… Menarik! Dalam hati dok berkata-kata “ tentu program ni bagus sebab program depa ni dah musim ke-10 – konsisten dan tentu ada yang menarik. Apa yang best nya??”
Yeayyy …!! Dapat join program JK1M10
Alhamdulillah.. Rezeki Nina. Bak umpama orang mengantuk di sorongkan bantal. Eh! Bukan bukan… tu peribahasa macam orang malas. Tido jer kejenya. Tak mo laa…
Rezeki Nina ni umpama langkah kanan gitu.. Eh! Bukan gak.. Orang dok fikir langkah kanan ni makan jer nanti. Kannn nak citer pasal diet. Hehee . . . Apa-apa jer laa… Yang penting, sememangnya bila umur Nina dah menganjak ke 4 series ni , Nina memang nak memupuk diri Nina tuk lebih menitikberatkan kesihatan dalaman dan luaran. Saya nak sihat!
Risau awak… Kengkawan sekolah semua dah sibuk jaga kesihatan masing-masing. Group whatsapp sekolah pun topik depa dok citer pasal sakit, sakit, sakit. Lagi seriau bila beberapa rakan sebaya ada pernah masuk IJN. Dia lak dok pesan kat kami semua suh jaga kesihatan, jangan sampai jadi cam dia. Huhuu .. . .
Hari pertama, timbang berat, posing kiri kanan, tunjukkan lelemak yang hado! Haha…
Kenapa Nina join JOM KURUS Team KLCC Kapten Black ?
Kalau korang tanya Nina kenapa nak join? Nina bukannya nak kurus sangat pun sebab Nina idok lerr montel mana kann… Ok perasan slim melim. OOuchhh …. Target utama Nina cuma Nina nak sihat, nak FIT. Nina nakkan tips pemakanan yang depa amalkan. Nina nak praktikkan budaya sihat untuk Nina dan family. Nina nak jadi contoh tuk family Nina. Bagi Nina KURUS ITU BONUS!
Maklum lah 4 series ni risau stamina semakin merosot. Teman anak pegi jogging kat taman pun kita yang pancit. Huhuu . . .Acaner? Orang pompuan ni kena sihat cergas kuat untuk family. Kita nak jaga seluruh ahli keluarga kita yang tersayang. Kebetulan Nina memang ada asthma, dengan harapan join JK team KLCC ni, asthma Nina akan berkurangan dan Nina tidak lagi mudah cepat penat. InsyaAllah
JK1M10 – Team KLCC Kapten Black
Walaupun Nina dok area Batu Caves, bila Nina tengok senarai coach kelolaan JK kat web mereka, (satu Malaysia ada tau, korang pilih kawasan yang berdekatan ngan korang) hati Nina terjatuh cinta tertarik dengan Kapten Black. Dia antara coach yang termahal dalam program Jom Kurus tuk satu Malaysia.. Hurmm… Tentu ada yang special kat dia… Lagi laa teruja nak join team KLCC. Nina tengok masa waktu latihannya dipaparkan pada hujung minggu so InsyaAllah Nina dapat turut serta. Ok, confirm nak join Team Kapten Black!
Bila dah mula sesi latihan, rupanya latihan depa hari bekerja. Oh Tidak…!! Macam mana ni? Hari keje waktu petang memang tak done laaa Nina nak join. Nina surirumah mana nak sempat ke Taman KLCC. Waktu petang laaa Nina lagi sibuk bak supir uruskan anak-anak balik sekolah, hantar depa tuition. Busy mak you! Macammana ni…?? Huhuu
Alhamdulillah … Rupanya selain latihan petang 6-7pm, ada sesi belah malam jugak. Sekitar jam 8pm – 11pm. Oooo… bagusnya! Fleksibel . 👍waktu ni boleh lah cilok-cilok ke tempat latihan sementara anak-anak Nina kat tempat tuition. Amboi … gitu sekali kannn sibuk nya Nina. Kena bijak bahagi masa tuk anak-anak dan diri sendiri. Huhuu . . .
Best ke Coach Kapten Black
Giler tak best?? Ok, secara jujurnya walaupun Nina tak berapa konsisten join latihan derang, banyak gak Nina ngelat datang latihan sekali sekala bila Nina dapat ‘me time’ join derang, lencun peloh peloh menghapuskan kalori. Hehee… Nina puji sikap Kapten Black yang tegas dengan peserta-peserta nya. Sambil latihan walau ada gelak tawa, bila part kena buat ko harus buat hokey! Jangan nak ngelat. Hahaha…
Awal minggu program, kami diberi pendedahan tentang pemakanan. ‘Do and Dont’. Sebab penyumbang berat badan kita 70% adalah dari pemakanan dan 30% adalah senaman kalau korang nak kekal kurus dan sihat.
Bila faham betul-betul, maka proses penurunan berat badan jadi lebih mudah. Banyak tips yang Nina perolehi dari Beliau. Bila kita konsisten dan displin ketat ngan diri sendiri gerenti kita akan mencapai berat idaman kalbu. Tapi kalau dok ngelat cheat meal the whole day, the whole week – tengok jarum timbang tak turun sila sendiri nangis meraung tepi bucu katil geget bantal busyuk! Sapa suh degil kannn…. Hahaa… gelakkan diri sendiri
Ini antara bahan yang bagus di cadangkan korang ambik dan gantikan apa yang korang pilih sebelum ni. Yang lain-lain tuu kena tengok ingredients. Best belajar bahan utama yang harus di elakkan, baca Kalori, ambik berat waktu makan yang bagus, dan macam-macam lagi laaa…. tips dari Kapten Black, nasi tak salah, makan lah nasi setiap hari. Yang salah adalah kuantiti yang kita ambil sehari.
Oh tidakkk….!! Denda RM10 setiap minggu kalau …
Ayoo Amaa Apaaa… Paling nervouse bila tiba hari Rabu (hari timbang). Bayangkan laaa setiap minggu korang kena turun berat badan 1 kg! Kalau tak capai penurunan 1 kg maka korang akan terdengar jeritan batin Kapten Black “bayauuuuuu, bayauuuuuu” hahaa…
Minggu pertama Nina turun 2 kg! yeayy yeayyy…!! Suka sakan naa… Cer korang bayangkan tu baru seminggu! Sebulan tengok?? Confirm capai BMI korang kann…?? Tapi minggu berikutnya tak cukup 1 kg pun. Hohoooo . . . . So kena laaa bayauuu denda! Maka RM 10 beterbang-terbangan.. huhuuu sapa suh Nina cheat meal the whole week. Jahat food review! HAhaa.. salah kan food review lak. 😋
Duit Denda RM10 tuuu buat apa?
Ahaaa… Ini lah menariknya team KLCC Charlie. Rupanya RM10 denda tu dikumpul-kumpul akhirnya minggu terakhir program, depa buat ‘Cheat Day Party!’ Vavavaa… Tak sangka sungguh program ni sangat FUN! Bukan aje memupuk semangat menjaga kesihatan, pemakanan, malah silatulrahim ukhwah sesama peserta dalam group ni sangat utuh. Sesama ambik berat each other, ambik tahu, sakit ziarah, ada masalah sesama bantu, sharing idea, macam-macam yang bermanfaat ada dalam program sebegini.
Persepsi JK1M sememangnya bagus!
Ok, akhirnya terjawab sudah persoalan Nina akan depa yang turun berat badan dalam program Jom Kurus ni. Depa ni memang konsisten jaga makan, konsisten bersenam, memang boleh turun. KURUS ITU BONUS! Nampak susah tapi bila bersama team dalam program sebegini memang korang BOLEH!
Sukan Rakyat Ohlimpik 2018
Alhamdulillah, Nina berpeluang membabitkan diri dalam Ohlimpik 2018. Seronok! Team KLCC juara weyy…!! Semangat kesukanan Team KLCC tidak mampu Nina menafikannya. Semua peserta Team KLCC Charlie sporting dan depa sangat FIT! Sungguh tak sangka dengan berat badan sebegitu, mereka ni mampu lari dan lari dan lari tanpa henti dari pagi. Kagum! FIT nya derang. So … buang jauh-jauh bahawa kurus tu tak bermakna sihat hokey!
Walaupun Nina ni celah gigi sekadar join sukan rakyat, “Alaa… apa lah sangat game kanak-kanak, setakat ” main galah panjang, timbang bola sepak takraw, jalan atas batu bata (macam mudah kann…. korang cuba lah – semput weyy…!! ) Hahaa… dan paling best – baling selipar! Macam mudah padahal stamina weyyy stamina. Gulp! Sangat penat. Keseluruhan program Ohlimpik ni sangat enjoy walau terasa macam kanak-kanak Ribena. Eerkkk … HAhaa
JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK
JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK Terbaik laaaa…!!
Thank you Team KLCC – Kapten Black
Best nya…. siap dapat sijil lagi selepas tamatnya program.
Buat Kapten Black, terima kasih banyak di atas curahan ilmu, nasihat, marah-marah sayang sepanjang program Jom Kurus ni. Insya’Allah Nina akan cuba konsisten dalam menjaga diri dan pemakanan sewajarnya. Setelah berakhirnya program Jom Kurus ni, maka CABARAN Jom Kurus yang sebenar-benarnya lah bermula.
Tanpa coach, tanpa latihan yang konsisten, tanpa jeritan “bayauuuuuu” …. Mampu kah Nina meneruskan cabaran Jom Kurus? Eerkkk . . . . Doakan yaa… Hehee . . .
Fit Superb – FS4
Ok, walaupun program Jom Kurus dah tamat tuk musim ke-10 ni, para peserta yang lain berpeluang turut serta join program personal Kapten Black. Fit Superb kelolaan Kapten Black musim ke 4 telah bermula. Latihan yang basic semasa Jom Kurus kali ni akan menitikberatkan latihan selepas berat badan dah turun. Latihan yang lebih terperinci mengikut kesesuaian peserta. Mana-mana lemak dah hilang tuu, gelebeh kann… Ada caranya tuk firm kan badan korang solid molid bergetah gitu.
Korang berminat nak tahu lebih lanjut, korang rajin-rajin laaa whatsapp Kapten Black yang sebenarnya peramah baik hati. Dia sedia layan pertanyaan korang walau pun korang tengok rupanya dia bila macam garanggg jer kann…?? Macam jer… Huhuuu
Kalau nak tahu lagi mendalam, nak gali-gali, nak hadamkan tips Kapten Black, korang follow
Page facebook : https://www.facebook.com/Kapten.Black.The.Coach/
Instagram : https://www.instagram.com/kaptblack/
Fit Superb : https://www.instagram.com/fitsuperb/
Tel : 013-331 0702 Kapten Black
meh layan video seminit Kapten Black .. tengok jangan tak tengok! Sebab tu laaa depa boleh FIT, SIHAT dan KURUS!
Last …. ni betul-betul last… Terima kasih banyak buat Kelab Blogger Ben Ashaari #KBBA9 di atas peluang yang diberikan. Tak sangka Nina dapat join program yang bermanfaat macam ni. InsyaAllah, next musim ke-11 Nina nak join lagi. Meneruskan misi nak pakai Kebaya Merah! Ooppssss…!! Hehe. . . . Nina nak FIT, nak sihat dan kurus itu bonus!
https://www.instagram.com/p/BhIyilChlU1/?taken-by=kaptblack
Good luck Nina! Moga terus istiqomah jaga pemakanan & keep fit.
Memang best join JK1M10 bawah bimbingan Kapten Black.. Pastu sambung pulak dgn Fit Superb.. Ohsem sangat.. Tati one of the testimoni..
woo… u really look different and kurus banyak.. wanna have the determination like you so i can put down weight also… but i just wallop chicken chop.. ahahaha
Wah akak join ke program ni?
Saya pun teringin nak join. Nak kurus jugak.
Tapi tu la, malu pula join kalau takde teman.
Menariknya aktiviti kurus ni. Sape tak nak kurus kan..kena ada will yang kuat ni. Kadang-kadang terbabas tengok makanan sedap-sedap ni. Bila makan baru nak rasa menyesal. Hehehe….
Wahhh join jugak yer program kevin zahari nie. Good luck ya. Suka inisiatif yg cuba diketengahkan dlm melahirkan masyarakat malaysia yg sihat.
Wahhhh sangat jeles tengok kak Nina dah semakin kurs. Aishhh bila lah misi kita menurunkan berat badan nak berjaya nih. Kena kuatkan azam macam kak Nina juga.
Peserta dapat menimba lebih ilmu bermanfaat selain mengalami transformasi diri dengan lebih berkesan. Teringin nak join. Hahaha. tapi tengah sibuk. 🙂
Tercabar tengok Kak Nina nak kurus dan sudah ada pengurangan berat badan, Good luck Kakak… You Can do it , raya nanti tarjet pakai kebaya merah tau kak.. Pasti meletop Bonde support akak tau!
Jadi lebih semangat lepas baca entri kak nina ni. Rasa tertarik pula nak join. Jeles tengok kak nina dah turun 2kg. Ana nak fit juga. Macam nak join je ni.
Mau sangat nih Abby joi ma JK1M10 bawah bimbingan Kapten Black tapi apalah daya Abby jauh di seberang. Kalau saja di sini ada keg macam tuh, pengenlah Abby ikutan sebab badan Abby makin melar aja hahahaa…
Ala jelesnya. Bestnya dapat join aktiviti
Macam ni. Patutla dah kurus sekarang. Oh inilah rahsiannya ya
Aida Hampir-hampir join di melaka. Tapi bila kenangkan aktiviti nyer tiap hari, x join. Sebab ada komitmen kelas 2-3 hari. Next LA kot Aida join.
Tahniah Nina sebab join and abis.
Bagulah kelas macam ni sebab mereka bukan sahaja ajar fizikal luaran untuk jaga tapi juga dalaman dari segi pemakanan tu hehehehe suka2..
Wah bestnya Nina, Kak Sue pun minat juga kalau ada aktiviti macam nie. Bukan lah nak kurus sangat tapi lebih pada kesihatan kan.. Tahniah Nina
Bestlah dear. Mak pun asyik procrastinate je ni. Entah bila nak dietnya, macam nak join la program ni nanti.
Peeeweeit patut nampak akak kurus… Rupanya join sl1m ya… Seronoknya..rasa nak join sekali..dekat kawasan sini pon ada juga lah tu ye..nak g check lah
Nampak seronok dan bersemangat. Semoga dapat la akak kurus lagi. Hahaha. Akak dah slim dah!! So belajar diet je la ni ehhhh. Raya nak dekat dah, moga berjaya.
It seems you enjoy the program. Is a good program whereby you can discipline yourself in term of eating and push you for frequent exercise.
wah dah lama nak cri program macam ni. nak sihat n perut kempis. x nak mok mok. huhu
bagusnya program ni.. kena konsisten selalu
bagusnya program ni.. kena konsisten selalu lepas habis program ni
best program2 macam ni.. 🙂
bagusla kak..join-join macam ni semua..terbaiklaa..