Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis CURI CURI CINTA
May 7, 2019May 8, 2019

Sinopsis CURI CURI CINTA – Astro

Gandingan pasangan serasi sama cantik sama padan ni Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson tentu akan buat korang dok ngadap depan TV kann..? Nak plak drama ni ada scene yang cecomel lucu sakat menyakat. Cukup santai tapi adanya pengajaran yang tersirat di sebalik cerita ni

Isi Kandungan hide
1 SINOPSIS CURI-CURI CINTA
2 Related posts:
3 DoorGift My Mini Choc Moist Cake
4 Sinopsis Drama VOICE NOTE TV3 | Fuuhhhh... Seram seyh!
5 Sarapan paling mudah sedap! Resipi Breakfast Egg Bread Muffin.
6 Disebalik nama OMBAKBERGIGI | Shuhada Herman fulltime blogger berkongsi resepi dan travel juga seora...

Meh baca sinopsis Curi-Curi Cinta arahan Raja Ahmad Alauddin dan dari adaptasi dari novel Siti Rosmizah. Drama 28 episod ini mula ditayangkan 29 April 2019 ini siaran Slot Mega Drama Astro Ria. Hari isnin – khamis 10 malam.

Sinopsis CURI CURI CINTA

SINOPSIS CURI-CURI CINTA

Kisah Intan Raihana lakonan Zahirah Macwilson dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar ( Talha Harith) yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu?

Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim (Aiman Hakim), Intan merancang untuk memikat Daniel apatah lagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza (Uyaina Arshad). Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza.

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Sinopsis CURI CURI CINTA

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua

Dapatkan Daniel memujuk Intan untuk kembali padanya?
Mampukah Intan menerima kembali cinta Daniel?
Siapa punca segalanya terjadi?

JUDUL : CURI-CURI CINTA

EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd & Dear Creative Media
PELAKON : Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Haneesya, Pablo Amirul, Azri Sabri, Farisha Irwayu, Laila Nasir, Mandy, Kenji Sawahii, Khai Taufan, Hana Nabilah, Zalfa Zin

WATAK PELAKON

Aiman Hakim sebagai Daniel Hakim
Zahirah Macwilson sebagai Intan Raihana
Fauziah Nawi sebagai Puan Asmah
Talha Harith sebagai Iskandar
Uyaina Arshad sebagai Fariza
Adam Lee sebagai Badrul
Melanie Tan sebagai Peggy
Izzue Islam sebagai Suratman Suparjo
Haneesya sebagai Tina
Azri Sabri sebagai Ramli
Farisha Irwayu sebagai Pn Sri Haida
Ku Fridah sebagai Mak Long Sapiah
Pablo Amirul sebagai Adli

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Terlalu Memuja
Penyanyi : Wany Hasrita

Ada yang dah tengok ke? BEst ke best? Gandingan pelakon yang mantap kann? Seronok tengok beberapa scene yang lucu comel. Terhibur…
Kena tengok sampai habis , tak sabar nak tau kesudahannya… pasti happy ending kann? HEhee

Related posts:

DoorGift My Mini Choc Moist Cake

Sinopsis Drama VOICE NOTE TV3 | Fuuhhhh... Seram seyh!

Sarapan paling mudah sedap! Resipi Breakfast Egg Bread Muffin.

Disebalik nama OMBAKBERGIGI | Shuhada Herman fulltime blogger berkongsi resepi dan travel juga seora...

Lifestyle Review Aiman HakimAstroCuri Curi CintaDrama sangatFull SinopsisZahirah Mc Wilson

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes