Warna.
Apa warna kegemaran uolls?
Putih, Pink, Hijau ataupun Biru?
Adakah warna memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita?
Adakah warna mampu mencorakkan kerjaya buat anda?
Amboi boi boii…. Banyaknya soalan Nina kannnn~
Hah! Jangan tak tahu warna sangat memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita mahupun mampu mencorakkan kerjaya buat anda.
Eh ehh…. Yo yo orrr ajer Nina ni.. Tak kan laaa dengan warna kita mampu ketahui kerjaya yang sesuai buat kita?
“Ini bukan cobaan, ini betul-betul” ala-ala dialog Pendekar Mustar dalam filem P.Ramlee – Pendekar Bujang Lapok.
Ok, Nina berbesar hati nak kongsikan disini.
Sabtu yang lalu, 13 Jun 2015 Nina bersama #KelabBloggerBenAshaari berpeluang mengikuti ‘Workshop MYRYL Warna & Kerjaya’ yang bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya tajaan Team MYRYL.
Dengan adanya bengkel sebegini mampu memberi pendedahan buat kita akan warna personaliti kita. Secara tidak langsung kita akan mengenalpasti sifat, kelemahan diri, potensi yang ada dalam diri dan akan fokus ke arah kekuatan diri. Kemudian bagaimana warna mampu memberi impak positif dalam kehidupan seharian dan seterusnya. Mengenal pasti keupayaan diri adalah sesuatu yang amat penting supaya kita tidak tersalah percaturan dalam hidup dengan melakukan pekerjaan yang bukan bidang dan minat kita,
Ini adalah warna luaran kita
Bagaimana nak tahu? Adakah mengikut warna pilihan dan kegemaran?
Oh tidak tidak….. Ada cara dan teknik yang perlu dilakukan untuk tahu yang mana satu warna luaran kita. Ianya merangkumi 80% personaliti luaran seseorang.
Selain dari warna, kami juga diberi pendedahan maksud disebalik nombor yang juga memainkan peranan dalam pembetukan personaliti kita. Hah! macam best jer kann…??
Pas warna, nombor lak~
Semuanya punya maksud yang tersendiri mengikut individu.
Peluang dan kesempatan ini yang telah Nina dan rakan blogger KBBA pelajari di bengkel MYRYL yang diketuai oleh Puan Shuhada Alauddin.
Suatu pengalaman yang cukup bermanfaat dan seronok. Nak bisik sikit nie….. siap ada selingan sesi tarian zumba lagi tau! Ahaks~
Seronok sakan kami kat sana……
Bengkel yang tidak langsung membosankan apatah lagi nak rasa mengantuk. Jangan verangan nak take a nap atau curi-curi tido kat bengkel ni. Memang tak laaa~
Nak ke wash room pun sanggup “ku tahan Jebat”. hahahaa…..
Tak mau rugi walau sepatah ayat-ayat motivasi dan kata-kata semangat dan ilmu yang disampaikan.
Nak tau cerita lagi tentang bengkel ini, Nina akan sambung ceritera ini nanti….
nanti kalau semua dok citer kat sini, mau jari-jemari kejung! hehee…
Selesai sudah workshop…. macam biasa, gambar ramai buat kenang-kenangan~Andai ada kat luar sana yang tetiba rasa ehh… keliru **blur-blur** akan kerjaya anda sekarang dan ingin ketahui warna dan kerjaya yang sesuai buat anda
Maklumat lanjut di
Instagram : www.instagram.com/myrylpoint
Email : ask.us@myrylpoint.net
Atau hubungi 03-4065 0091
Dengan warna anda mampu membentuk personaliti, kerjaya dan kehidupan yang lebih baik dari sekarang!