Zende Restaurant Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Eermm… Dinner di Zende Restaurant Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur !! Apa pendapat korang? Sebuah Hotel ternama yang terletak di lokasi yang stategik di tengah ibukota metropolitan Kuala Lumpur. Pasti korang terbayang kan suasana Dinner yang syahdu romantis dan dihidangkan menu yang menyelerakan tertarik lagi menarik!
Buat sapa yang bercadang nak meraikan saat istimewa bersama yang tersayang mahupun kawan-kawan di bulan April ni , kat Zende Restaurant Seri Pacific Hotel KL pilihan yang tepat!
Meh Nina nak habaq kat korang berita baik! Sempena bukan April ni, Zende Restaurant mengadakan promosi Bountiful Dinner at Zende Restaurant. Menariknya kat sini ada tiga jenis Dinner Set dan paling best ianya Semi Buffet! Main course korang boleh pilih samada nak Western Food atau pun Local Food. Ahaa… Best kan..?? Buffet tuu… Istilah melayu rojak – Makan lah kamu berulang-rulang kali makan tanpa henti selagi terdaya di kandung perut. Hahaa… *jangan kecam peribahasa rojak*
Apa yang menarik Dinner di Zende Restaurant Seri Pacific Hotel KL
Kali ni banyak sangat yang menarik! Apa kata korang nikmati gambar Nina sambil cuci mata nengok apa yang bakal korang nikmati… Nak pesan ni… Gambar Nina tak bersalah kalau kalau tekak korang geli-geli manja suh dinner ke sana malam ni.. Hehe
Semi Buffet Combo RM70 seorang
Isnin hingga Jumaat , korang akan menikmati appetizers dan desserts di meja buffet dan hidangan utama (main course) adalah pilihan combo yang terdiri dari selera tempatan atau pun makanan barat !
Antara pilihan makanan tempatan yang ada ialah Mee Mamak , Nasi Goreng Omelet , Mee Rebus , Nasi Ayam , Char Kuey Teow , Cantonese Kuey Teow. Manakala selera barat pula terdiri dari Fish & Chips , Pasta Bolo & Napo , Sandwiches, Lamb Chop, Chicken Chop Cajun dan Choice of Pizza 6″ .
BBQ Nite RM95 seorang
Setiap Rabu ada special! Korang akan dihidangkan dengan Carribean Jack Beef Steak , Old Bay Marinated Lamb Shoulder Steak , Grilled Spiced Spring Chicken , Buffolo Wings , BBQ Beef Ribs dan macam macam lagi.
Untuk appetizer dan desserts ada pelbagai pilihan untuk dinikmati seperti Chorizo Fundido , Homemade Guacamole , Texas Egg Rolls , Country Red Potato Salad dan Nachos. Dessers lak ,Blueberry Mousse yang dihidangkan dalam gelas , Mocha Brulee ,Jack Fruits Strudels , Semolina Pudding , Miniature Pavlova Lemon Cheese Cake dan Macaroons.
Enticing Seafood RM100 seorang
Ahaa… Seafood lovers! Setiap Jumaat , hidangan istimewa buat penggemar seafood. Nina minat giler seafood! Oh Udang udanggg…. Sotong, Ketam.. Banyakkkk lagi! Korang akan nikmati kesegaran Lobster Terrine with Tarragon Tomato Coulis , Marinated Jellyfish with Young Mango , Cocktail, Pam Seared Blackened Tuna with Citrus Salsa , Assorted, Nigiri Sushi Platter , Smoked Salmon , Grilled Flat Head Lobster with Garlic Butter . Seafood Otak Otak dan Breaded Soft Shell Crabs with Aioll Sauce . Aduyai… meremang anak tekak ni…!!
Amacam…?? Terliur tak… Nina upload gambar Nina sendiri pun terkonang-konang akan kesedapan hidangan dari Zende Restaurant Seri Pacific Hotel ni.. Lazat weyy…
Sekali sekala reward diri sendiri bersama orang tersayang pasti nya jadi kenangan terindah bersama. Mmm… Asyiknya.. Kan kan kann…
Apa kurllass dinner kat hotel tapi dok order Nasi Goreng Special bersama air kordial aje kan… Jangan buat lagu tuu wey… Hilang romantik gitu! Hehe.. Meh try Semi Buffet Dinner kat Zende. Diner dari 6:30pm – 10:30pm. Gerenti tak kan lupa saat indah kat sini …
Nak datang Seri Pacific pun senang sangat. Public transport LRT ada. Turun jer kat PWTC. Excersice jalan kaki sikit dah sampai. Kalau naik kete, korang boleh park kat hotel atau kat PWTC atau Sunway Mall pun boleh… Mudah jer..
Ok.. kalau korang ada apa-apa pertanyaan atau nak buat tempahan , korang call 03-4042 5555 atau email ke fbresv@seripacific.com atau lawati www.seripacifichotel.com
Fuhhh.. Gambar mengancam… Menduga btul…
Semua nampak sedap! Bila laa nak dpt pi sana ni…
wow semua nampak sedap