Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Telur masak kicap menu paling cepat sedap
October 17, 2018August 25, 2023

Bila mama kononnya busy! Maka…

Telur masak kicap menu paling cepat sedap! Setuju? Biasa lah sejak kecil ini lah menu yang mostly kita semua layan. Sampaikan dah besar gini orang kata air tangan seorang ibu, masakkan telur goreng buh kicap pun dah heaven! Korang pun feel yang sama tak?

Isi Kandungan hide
1 Telur masak kicap menu paling cepat sedap
2 Telur Masak Kicap jerr ….
3 Related posts:

Alamak…!! Dah jam 12pm. Nina lupa nak jemput Eilhan tadika. Pastu jemput Yana, lagi 30 minit lepas tu jemput Eilman. Lagi 40 minit lepas tu jemput kakak Eillya. Before 2:30pm hantar Eilman Yana Sekolah Agama lak.. Aduyai!  Acah-acah busy nya la hai mama ni.

Tapi…. Bukan tu masalahnya.
Itu rutin harian Nina as Embak Supir. Jangan tak tau, Nina banyak jawatan yang di sandang selain  pengurus kewangan dan house manager. Cam gempak jer jawatan kan?  Padahal surirumah jer.  Hehe…   Busy nya mengalahkan Director Ahmad Nisfu. Eerkk… Tak de kaitan pun!

Masalahnya sekarang Nina belum masak. Derang dah nak balik sekolah, nak makan sebelum pegi sekolah agama lak nanti. Huhuuuu…. 😭😭😭 Entah apa yang sibuk sangat pagi tadi sampai tak sempat masak pun entah ler… 🙈🙈 jangan ditanya

Maka… Dalam kelam kelibut masak nasi, goreng telur mata kerbau, kelentang kelentung kat dapur ini lah hasilnya.

Telur masak kicap menu paling cepat sedap

Telur masak kicap menu paling cepat sedap

Telur Masak Kicap jerr ….

Bahan-bahan
3-4 biji telur – goreng mata kerbau (jangan tanya mana dapat nama tu, tak de pun kerbaunya) . Favorite anak-anak suka part telur kuningnya ½ cook! Nyummy
1 biji bawang besar – hiris jer
3 ulas bawang putih – nak cepat ketuk jer
Beberapa cili merah, cili hijau (nak pedas buh cili padi)
1 biji Tomato potong baji
Kicap lemak manis JALEN
Sedikit sos tiram Jalen
Air
Minyak tuk menumis

Cara masak Telur Masak Kicap Eh! Nak share ke sebab semua orang pun tahu masak kicap kannn?
Tak pe lah share je lah kot resepi Nina ni rare! HAhaa.. Perasan

Resipi TELUR MASAK KICAP SEDAP

1. Telur yang dah di goreng ala telur mata kerbau tu ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau wangi. Kot masa masak tu korang selsema hidung tersumbat, nampak dah kuning kekuningan tu pass laaa…
3. Masukkan air.. Masak hingga mendidih. Sebatikan rasa tumisan dan air.
4. Masukkan kicap lemak manis Jalen dan sedikit sos tiram. Kombinasi dua ni aje dah cukup menyedapkan masakan.
5. Masak sampai mendidih, pastu masukkan tomato kasi seimbangkan ada rasa original masam sikit. Pastu cili merah, cili hijau potong.
6. Curahkan kuah atas telur mata kerbau tadi . Makan dengan nasi panas-panas memang syiokk… Laju jer anak-anak makan! Settel menu paling cepat ringkas gerenti licin! Alhamdulillah

So ini aje menu yang termampu di kala masa tak mengizinkan. Jangan mengade tanya video tutorial  masak.  Bababb kang. .  Kita lagi kalut mana done nak bikin video. Masak kicap jer kot! 🙈

Resipi Daging Masak Kicap Sedap Mudah Senang

Ahaa… Selain telur  sedap di masak kicap, Nina pun suka masak kicap Daging. Wajib nya daging mesti kena betul-betul empuk baru lah sedap. Kalau daging liat sampai nak tercabut gusi , hilang lah rupa cantik molek ini. HAhaa..

Mmmm… Kalau daging , ini cara Nina Resepi Daging Masak Kicap Lemak Manis Sedap ni memang mudah je cara masaknya. Yelah, walaupun Nina surirumah tapi sibuknya kalah PM tau! Nak pi toilet pun kadang rasa tak sempat apatah lagi nak goyang kaki. Entah apa sibuk jangan tanya. Hanya surirumah je faham apa yang depa sibukkan. HAhaa

Maka nya… Time management amat lah penting. Tapi memang selalu akan ke laut masa tu berenang-renang mencari tepian. Sempat berfalsampah! HAhaha.. Kekadang bila nak cepat , menu lain yang Nina masak antaranya resepi tofu telur bersos tiram mudah sedap ni pun pilihan anak-anak Nina.

Korang lak apa menu paling ringkas cepat di masak ?

Related posts:

Aarrgghhhh...!! Malasnya nak masak akhirnya masak ...
Orange Cake lagi ~~~~ sempena CNY. Hehehe . . .
Keledek Ohhh ... Keledek~ MEE REBUS sudahnya !!
Grilled Salmon With Black Pepper Sauces
Lifestyle Parenting Resepi Tips Masak Kicap Paling Sedap Mudahmenu anak-anakmenu cepatmenu jimatMenu RingkasResipi cepatresipi segera siapTelurtelur masak kicapTips dan Petuatips masakanTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (13)

  1. IQ aka Izyan Balqis says:
    October 17, 2018 at 2:13 pm

    memang tengok telur masak kicap macam ni pun dah rasa sedap. alahai.

    Reply
  2. ray says:
    October 17, 2018 at 4:18 pm

    lamanya x makan telur masak kicap.

    Reply
  3. adianiez AIDA says:
    October 17, 2018 at 4:36 pm

    ni la lauk feveret aida dari kecik tau.
    now memang buat utk anak2 plak.
    time x kecemasan pun aida buat nih.
    cili padi. cili hijau. bwg besar. air limau skit.
    kuning telur separuh masak mcm Nina tu.
    wow!

    Reply
  4. Mariana says:
    October 17, 2018 at 8:29 pm

    Terliur tgk. Senang dan sedapp

    Reply
  5. Julia Johari says:
    October 18, 2018 at 10:56 am

    Menu all time tak pernah bosan hadap ni haha

    Reply
  6. YB Shehan says:
    October 18, 2018 at 10:49 pm

    ini pun leh tambah berpinggan2 woooooo

    Reply
  7. Qiah says:
    September 4, 2019 at 9:15 pm

    Sy belajar masak telur kicap dr sini hehe

    Reply
  8. Hotel & Hospitality Writing Services says:
    August 5, 2020 at 2:41 pm

    Hotel & hospitality assignment writing services are essential for hospitality management coursework writing service students and Hotel & Hospitality Writing Services seekers.

    Reply
  9. Nursing writing services says:
    November 15, 2022 at 11:10 am

    This is a great site

    Reply
  10. Nursing thesis writing services says:
    November 15, 2022 at 11:11 am

    Are you searching for nursing thesis writing services? Nursing writing center is the best solution for you. Contact us today and get the best nursing thesis writing help

    Reply
  11. Cheap Nursing Writing Company says:
    March 31, 2023 at 6:10 am

    I want to always read your blogs.

    Reply
  12. 3d rendering says:
    April 12, 2023 at 1:48 pm

    3D rendering examples the creation of an idea requested by a client it may be a real-world object or an imaginary that represented in a sketch say, architectural, interior design or products

    Reply
  13. Clyde Bloom says:
    July 27, 2023 at 2:42 pm

    Wow its Delicious addition, Thanks for sharing the details of such a sweet recipe.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes